Buat renungan pada kali ini ingin sekali saya mengulas mengenai topik ini. Rasa malu. Ya, rasa malu. Sebelum tu apa kata kita tanya diri kita dimanakah letaknya rasa malu kita? Oh ya. Malu kepada siapa ya? Pada ibu bapa? Pada kekasih hati atau crush? Subahanallah.
Sebelum mengulas itu semua, ingin saya mengajak kalian itu mengingati kembali kepada Yang Khaliq. Yang menciptakan kita seterusnya yang menyempurnakan kita. Alhamdulillah, kita dicipta sebaik baik kejadian. Syukur padaMu ya Allah. Berbalik kepada topik. Dimanakah letaknya rasa malu kita?
Kita ini diciptakan dengan sebaik baik kejadian. Alhamdulillah. Betapa indahnya segenap inci tubuh badan ini. Daripada kehitaman rambut turun kepada keredupan mata, kemancungan hidung, kehalusan kulit. Subahanallah. Indahnya ciptaan Mu ya Allah. Alhamdulillah, ayuh lafaz syukur kepada Yang Maha Tinggi Zatnya.
Apabila diciptakan dan disempurnakan fizikal kita ini, Allah meletakkan pula syarat untuk menjaga kesempurnaan itu. Pelihara! Pelihara apa? Peliharalah auratmu wahai manusia. Betapa Allah ingin menjaga keindahan kita, dipintanya kepada kita ini untuk memelihara keindahan itu. Saya rasa sudah ramai yang tahu apakah aurat bagi seorang wanita dan aurat seorang lelaki. Jadi, saya tidak bercadang untuk mengulas topik itu. Apa yang ingin saya ulaskan di sini? Ayuh, teruskan membaca.
Kalau kita lihat pada zaman sekarang ini, saya akui bahawa kemodenan dunia kita memang hebat. Ia telah menyebabkan berlaku 1 titik kemodenan dalam diri manusia.Tetapi adakah kemodenan ini boleh membantu kita dalam terus berdiri dan berjalan di atas jalan Tuhan? Seringkali kita mendengar pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka mereka untuk tidak mahu memlihara keindahan Allah ini. Apa alasan mereka ye?
"Sekarang ni panas. jadi boleh consider la sikit kalau tak bertudung tu kan" :- MasyaaAllah. Tak bertudung sebab panas tapi masih lagi mengipas ngipas kepanasan apabila terkena pancaran panasnya matahari
"Saya masih belum bersedia. Nak bertudung ni kena ikhlas dari hati. Kalau tak sia sia je tak dapat pahala" :- Nauzubillah. Menutup aurat itu bukannya 1 pilihan tetapi 1 perintah atau kewajipan yang wajib dilaksanakan.
"Mak, kakak kakak, adik adik, saudara mara saya pon tak bertudung. Mereka pon pakai baju dedah sana dedah sini. Jadi saya tidak ada pendedahan":- Hmmmm. Bukan ke di sekolah lagi kita didik dalam Pendidikan Islam betapa menutup aurat itu adalah wajib? Lagipun kita dikurniakan akal untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara itu.
Seringkali kita diperdengarkan alasan alasan seperti ini. Nauzubillah. Buat semua para pembaca khususnya kaum Hawa, bertudung itu tidak wajib tetapi yang wajibnya ialah menutup aurat. Kalau bertudung sahaja yang diwajibkan maknanya berlengan pendek, berpakaian ketat adalah dibolehkan. Sebab itu dalam Islam ditegaskan bahawa yang wajib itu adalah MENUTUP AURAT.
Apakah yang dimaksudkan dengan menutup aurat? Maksudnya kita mengenakan pakaian yang longgar, tidak jarang, tidak keterlaluan, tiada lambang lambang yang bercanggah dengan Islam, pakaian yang labuh dan tidak menampakkan mana mana anggota badan. Faham tak apakah itu menutup aurat?
Bagi saudara saudari yang masih lagi belum menyempurnakan perinta Allah ini, ayuh mulakan sekarang.Tidak perlu untuk menunggu 'sampai seru' baru hendak menutup aurat. Tunggu dah tua nanti baru nak tutup aurat? Ingt ye bahawa mati itu tidak menunggu masa tua sahaja. Esok pon kita boleh mati.
Ingin saya bertanya pada kalian. Tidakkah kalian malu pada diri sendiri mahupun Allah yang menyempurnakan keindahan kalian dengan melanggar perintahNya? Siapa kita untuk berkata tidak pada arahanNya? Jangan cipta bermacam macam alasan untuk tidak menutup aurat.
Bagi yang dah bertudung, syabas dan tahniah saya ucapkan. Tapi adakah ia menutup aurat? Labuhkan tudung kalian. Longgarkan pakaian kalian. Jangan pakai pakaian yang ketat. Jangan pakai pakaian yang jarang jarang. Ikhlaskan hati untuk menurut serta patuh pada arahanNya. Moga dengan kesempurnaan pakaian kita Allha perindahkan lagi akhlak solehah kita. Amin.
Biarlah berpanas sikit di dunia asalkan di akhirat nanti kita diberi nikmat keselesaan oleh Allah. Indahnya mereka yang menyempurnakan keindahan Allah itu dengan menutup aurat. Sejuk mata memandang, Ayuh kalian kita kembali kepada jalan jalan Islam. Jalan Jalan yang dilimpahkan berkat dan rahmat oleh Allah. Agar setiap saat yang kita lalui ini tidak akan sia sia. Telah Allah sempurnakan kita, jadi jangan malukan diri kita dihadapanNya dengan menjadi hamba yang tidak bersyukur. Ayuh lakukan perubahan. Moga istiqamah semua, In Shaa Allah :)