Tuesday, 13 May 2014

SABAR ITU MANISAN JIWA

Assalamualaikum buat semua para pembaca. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menulis di halaman blog ini. Buat semua sahabat di luar sana, saya memilih tajuk ini kerana betapa hebatnya sabar dalam keimanan kita.

A MUSLIM IS THE ONE WHO AVOIDS HARMING OTHER MUSLIMS WITH HIS TONGUE AND HANDS.

Sedang saya leka tweet bersama kawan kawan di twitter, saya terjumpa gambar tweet ini yg di retweet salah seorang sahabat saya. Jadi sampai membawa ke malam saya tidak dapat tidur disebabkan memikirkan pasal kenyataan ini. Ya Allah, betapa banyakknya dosa yang telah lidah dan tangan saya lakukan. Ayuh kita sama sama reflek semula diri kita dan apa yang telah lakukan.

Buat para sahabat di luar sana, Islam kah kita seandainya lidah dan tangan ini banyak melukai orang lain? Nau'zubillah :( Kadangkala apabila perasaan marah menguasai hati kecil ini, kita tidak sedar syaitan terus terusan menaikkan api kemarahan dalam diri. Dan disebabkan itulah lidah dan tangan ini terus terusan menyakiti dan melukai orang lain.

Setelah kita tau bahawa Islam itu menyuruh kita untuk mendidik diri dengan solat dan sabar seperti mana firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah "wahai orang orang yang beriman, didiklah diri kamu dengan solat dan sabar". Jadi sejauh mana kemarahan menguasai hati dan fikiran, beristighfarlah banyak banyak. Moga dengan istighfar itu dapat menyejukkan hati yang sedang marah.

Bersabarlah walau kita diuji dengan pelbagai dugaan. Dicaci, ditipu, diherdik, dihina atau direndahkan oleh orang lain maka SABAR. Sabar itu sangat susah untuk dipupuk tapi seandainya sabar itu telah menjadi sebatiaan di dalam hati, MasyaAllah indahnya iman di dada. Jadi para sahabat yang saya kasihi, lidah kita ini adalah penawar dan racun. Baik adunannya maka ia adalah penawar tetapi buruk adunannya maka ia adalah racun.

Akhir kata, memetik kata kata Saidina Ali RA "sabar dalam iman itu seumpama pentingnya kepala pada tubuh". Didiklah diri dan hati kecil kita ini dengan sabar agar lidah dan tangan ini tidak meyakiti atau melukai orang lain. Islam itu indah.

No comments:

Post a Comment