Friday, 16 May 2014

Renungan buat Diri

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerna limpah dan kurniaNya kita masih dihidupkan untuk hari ini. Bukan untuk meneruskan dosa semalam, tapi untuk bertaubat kerana dosa lalu. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari, hati yang barakah. Elok buat amal ibadah banyak-banyak. Dah selawat ? Dah baca al-Kahfi ke belum ? Kalau belum tak apa, masih sempat lagi nak baca. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim.
"Hadiah dariNya buat kita"
Jika hari ini kita rasa kita sudah berjaya kerana mendapat kelulusan tinggi, bekerjaya tinggi, hidup senang, semuanya kerana siapa ? Allah ! Ya, kerana Dia. Tanpa keizinan Allah kita tak mampu dapat semua itu. Allah itu Maha Pemberi. Pemberiannya itu satu ujian buat kita. Jika kita bersyukur, Alhamdulillah. Tetapi.. bila kita leka dengan nikmat itu, ia hanya sia-sia. Ibarat layang-layang yang terputus talinya. Terus terbang diudara sementara menunggu masa untuk jatuh.. Begitulah kita. Pada mulanya kita gembira.. Lama kelamaan kita makin jauh dan akhirnya jatuh.. Jika layang2 itu 'kuat' ia boleh 'terbang' kembali. Jika ia 'koyak' agak-agak macam mana? Boleh ke nak baiki ? Boleh, Caranya ialah tampungkan semula kawasan koyak tu pakai 'salotip'.. Itu untuk layang2.. Jika kita ? Penawarnya ialah TARBIYYAH.. Bangun kembali selepas diuji dengan tarbiyyahkan diri untuk berubah ke arah kebaikan yang lebih padu. Mungkin kita rasa lemah sewaktu diuji. Tapi itulah hadiah untuk kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Allah telah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud :
"(2) Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji ?"
Dari firman Allah itu kita boleh fahamkan kenapa kita diuji. Jadi ditahap mana keimanan dan ketaqwaan dalam diri kita ? Mungkin akan ada yang cakap "kau tak duduk kat situasi aku.. Cakap senanglah".. Oke.. Betul juga tu.. Tetapi lupakah kita yang setiap orang itu ujiannya berbeza-beza.. Kita sibuk bagitahu orang kita menderita sebab ditimpa pelbagai ujian.. Lupakah orang lain juga diberi ujian ? Mungkin lebih teruk dari kita. Siapa sangka orang yang senyum dihadapan kita itu sebenarnya menangis di dalam lubuk hatinya? Disaat inilah kita kena ingat bahawa Allah itu sentiasa bersama kita.. Allah turunkan ujian untuk 'cuit' hati kita yang dah lupakan Dia. Baru sikit di 'jentik' kita terus rebah.. Kuat ke kita jika begitu ? Hanya iman kita je mampu menjawabnya... Terimalah hadiah kirimanNya dengan hati yang ikhlas dan redha.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Bukan kehidupan jika tiada ujian.... Tabarakallah.

#S.A

No comments:

Post a Comment