Berdakwah sana sini.
Bantu orang lain.
Jejak kaki je majlis ilmu.
Derma beratus ringgit.
Kita buat. Kita bagi.
Dalam hati hanya Allah yang tau.
*Istighfar*
Takde salahnya kita nak amalkan sesuatu yang baik tapi cuba semak semula apa yang ada dalam hati tu.
"Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan."
- Surah An Nahl, ayat 19.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Dia tau yang zahir.
Dia tau yang batin.
Dia tau yang hak.
Dia tau yang batil.
Mulia kita dimata manusia. Bukan atas apa kebaikan yang kita buat. Itu semua sebab Allah tutup aib kita.
Mungkin hari ni kita dimuliakan manusia atas amal baik kita pada mereka.
Tapi...
Kembali pada Allah dengan dosa yang melekat pada tubuh.
Allahuakbar.
Ya insan,
Ikhlaslah dalam beribadat. Takut amal baik tapi rosak iman dan hati. Baik kita pada manusia tapi belum tentu kita mulia di sisi-Nya.
Tak malu ke nak balik jumpa Allah dalam keadaan diri yang munafik?
Munafik dalam ibadat.
Munafik dalam amal.
Munafik pada Tuhan.
Na'uzubillahiminzalik.
Semak semula hati.
Baiki amal.
Bersihkan hati.
Ada orang lakukan sesuatu sebab untuk perhatian manusia.
Kesian pada diri.
Niat!
Niat!
Niat!
Allah bagi akal untuk berfikir.
Allah bagi hati untuk rasa.
Minta pada Allah hati yang baru. Hati kita ni banyak hitamnya. Sudah rosak.
Jangan kata nak perbaharui niat, nak bersangka baik pada Allah pon tak mampu.
Allahuakbar.
ciknaura.blogspot.com
Sunday, 26 April 2015
Friday, 17 April 2015
NAK MCAM-MACAM
Dah namanya manusia...
Nak rumah besar.
Nak kereta mewah.
Nak kerja hebat.
Nak gaji beribu.
Nak isteri cantik.
Nak macam-macam atas dunia ni.
Tapi nak capai sesuatu perkara untuk kepuasan diri bukanlah sesuatu yang mudah.
Usaha!
Tu yang utama. Mesti ken usaha bersungguh-sungguh untuk capai kepuasan dalam hidup. Semuanya untuk kesenangan dan keselesaan masa depan.
"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya)."
-Surah Al Inshiqaq, ayat 6.
Bab ni manusia lupa!
Apa-apa pun yang kita lakukan atas muka bumi ini sama ada baik bagi pandangan kita ataupun pandangan orang lain, semuanya akan dihitung, dicatit dan dipertimbangkan Allah di akhirat kelak.
Ada orang menipu untuk kaya.
Ada orang bermusuh untuk berjaya.
Ada orang menyihir untuk taknak disaingi.
Wujud segelintir manusia yang menghalalkan pelbagai cara untuk mencapai niat dan tujuan. Halal dan haram tak dipedulikan. Asalkan segala yang diimpikan tercapai.
Wahai insan,
Lambat atau cepat, suatu hari nanti kita semua akan mati.
Mati !
Kita tak bawa duit ke kubur.
Kita tak bawa pangkat ke kubur.
Kita tak bawa kemahsyuran ke kubur
Kita cuma ada kain kafan.
Kita cuma bawa amalan!
Amalan baik dan buruk.
Ada yang bawa pahala.
Ada yang bawa dosa.
Semestinya orang yang bawa pahala ke kubur akan diberi nikmat dan kelapangan oleh Allah swt.
Cuba bayangkan kalau kita ni bawa dosa ke kubur!
Apa nak jawab depan Allah?
Memang manusia takde rasa malu atau bersalah bila buat sesuatu kemungkaran.
Tapi jangan menyesal bila hari kita bertemu Allah, kita datang dalam keadaan hebat di mata manusia tapi hina disisi Yang Khaliq.
Tak malukah kita?

Friday, 10 April 2015
MENCINTAI BUKAN KERANA KESEMPURNAAN
Ramai sekarang ni yang terlalu mengejar kesempurnaan.
Apa lagi kalau bukan pengaruh:
Drama.
Movie.
Novel.
Terdetik nak tulis pasal kehidupan yang berlaku disetiap hari kita.
Wahai insan,
Jika kamu mencintai sesuatu kerana rupanya, bagaimana kamu mencintai Allah yang tidak berupa itu?
Allahuakbar.
Kasihan pada diri sendiri. Istighfar.
Sudah sememangnya fitrah manusia itu menginginkan kesempurnaan dan kecantikan tetapi kerana keinginan inilah ramai orang yang khilaf dalam membuat keputusan.
"Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya)."
-Surah Ar Rad, 9.
Jangan mengeluh dengan kehidupan.
Jangan mengeluh dengan ujian.
Jangan mengeluh dengan kesusahan.
Demi Allah, Dia yang Maha Mengetahui.
Jalani la kehidupan ini dengan penuh rasa syukur dengan rendah diri. Takkan ada seorang manusia pun di atas muka bumi ini yang kehidupannya sentiasa gembira. Hidup ini pasti ada suka dukanya.
Kerana itulah jangan mencintai kerana kesempurnaan. Apa pun di atas dunia ini tidak ada yang sempurna.
Yang sempurna itu hanyalah Allah.
Terimalah apa yang diberikan Allah itu dengan hati yang terbuka. Bersyukurlah dengan setiap nikmat yang Allah berikan. Berlapang dadalah dengan setiap ujian yang datang.
Jangan cintakan dunia ini sebab ianya tidak sempurna dan takkan pernah sempurna.
Cintailah Allah kerana kesempurnaan iti hanya terletak padaNya.
Allah Maha Tahu.