Friday, 10 April 2015

MENCINTAI BUKAN KERANA KESEMPURNAAN

Ramai sekarang ni yang terlalu mengejar kesempurnaan.

Apa lagi kalau bukan pengaruh:

Drama.
Movie.
Novel.

Terdetik nak tulis pasal kehidupan yang berlaku disetiap hari kita.

Wahai insan,

Jika kamu mencintai sesuatu kerana rupanya, bagaimana kamu mencintai Allah yang tidak berupa itu?

Allahuakbar.

Kasihan pada diri sendiri. Istighfar.

Sudah sememangnya fitrah manusia itu menginginkan kesempurnaan dan kecantikan tetapi kerana keinginan inilah ramai orang yang khilaf dalam membuat keputusan.

"Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya)."
-Surah Ar Rad, 9.

Jangan mengeluh dengan kehidupan.
Jangan mengeluh dengan ujian.
Jangan mengeluh dengan kesusahan.

Demi Allah, Dia yang Maha Mengetahui.

Jalani la kehidupan ini dengan penuh rasa syukur dengan rendah diri. Takkan ada seorang manusia pun di atas muka bumi ini yang kehidupannya sentiasa gembira. Hidup ini pasti ada suka dukanya.

Kerana itulah jangan mencintai kerana kesempurnaan. Apa pun di atas dunia ini tidak ada yang sempurna.

Yang sempurna itu hanyalah Allah.

Terimalah apa yang diberikan Allah itu dengan hati yang terbuka. Bersyukurlah dengan setiap nikmat yang Allah berikan. Berlapang dadalah dengan setiap ujian yang datang.

Jangan cintakan dunia ini sebab ianya tidak sempurna dan takkan pernah sempurna.

Cintailah Allah kerana kesempurnaan iti hanya terletak padaNya.

Allah Maha Tahu.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment