Friday, 17 April 2015

NAK MCAM-MACAM

Dah namanya manusia...

Nak rumah besar.
Nak kereta mewah.
Nak kerja hebat.
Nak gaji beribu.
Nak isteri cantik.

Nak macam-macam atas dunia ni.

Tapi nak capai sesuatu perkara untuk kepuasan diri bukanlah sesuatu yang mudah.

Usaha!

Tu yang utama. Mesti ken usaha bersungguh-sungguh untuk capai kepuasan dalam hidup. Semuanya untuk kesenangan dan keselesaan masa depan.

"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya)."
-Surah Al Inshiqaq, ayat 6.

Bab ni manusia lupa!

Apa-apa pun yang kita lakukan atas muka bumi ini sama ada baik bagi pandangan kita ataupun pandangan orang lain, semuanya akan dihitung, dicatit dan dipertimbangkan Allah di akhirat kelak.

Ada orang menipu untuk kaya.
Ada orang bermusuh untuk berjaya.
Ada orang menyihir untuk taknak disaingi.

Wujud segelintir manusia yang menghalalkan pelbagai cara untuk mencapai niat dan tujuan. Halal dan haram tak dipedulikan. Asalkan segala yang diimpikan tercapai.

Wahai insan,
Lambat atau cepat, suatu hari nanti kita semua akan mati.

Mati !

Kita tak bawa duit ke kubur.
Kita tak bawa pangkat ke kubur.
Kita tak bawa kemahsyuran ke kubur

Kita cuma ada kain kafan.

Kita cuma bawa amalan!

Amalan baik dan buruk.

Ada yang bawa pahala.
Ada yang bawa dosa.

Semestinya orang yang bawa pahala ke kubur akan diberi nikmat dan kelapangan oleh Allah swt.

Cuba bayangkan kalau kita ni bawa dosa ke kubur!

Apa nak jawab depan Allah?

Memang manusia takde rasa malu atau bersalah bila buat sesuatu kemungkaran.

Tapi jangan menyesal bila hari kita bertemu Allah, kita datang dalam keadaan hebat di mata manusia tapi hina disisi Yang Khaliq.

Tak malukah kita?

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment