Sunday, 20 July 2014

IKHLAS

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam ajaran Islam, ikhlas merupakan roh amal atau jiwa ibadah. Ia jadi penentu apakah amal ibadah kita diterima atau ditolak yang mana bila amal ibadah tidak ikhlas, maka ia tidak ada nilaian di sisi Allah atau tidak ada harganya lagi. Sebaliknya kalau ikhlas dalam beramal, Allah terima dan diberi ganjaran yang tidak ternilai.

Bagaimanakah yang dikatakan ikhlas ini jadi penentu?

Amal ibadah ini umpama seorang manusia, Bila nyawa (roh) sudah tidak ada, ia akan jadi bangkai. Bangkai mesti dibuang ke kubur kerana nilai kemanusiaannya sudah tidak ada lagi di waktu itu. Dia tidak layak lagi bergaul dengan orang yang hidup. Walaupun dia seorang ratu cantik, orang terpaksa buang juga kerana ia akan jadi busuk, berulat dan reput menjadi tanah.

Begitulah dengan amal ibadah kita ini. Kalau tidak ada rohnya atau tidak ada jiwanya, yakni tidak ikhlas, Allah anggap seperti bangkai yang kotor lagi busuk, yang tidak ada harganya. Tidak layak untuk Allah menerimanya dan tidak layak diberi ganjaran pahala. Bahkan akan dicampak balik ke muka kita sekalipun seluruh makhluk-makhluk Allah di langit dan di bumi semuanya memuji-muji amal ibadahnya cantik, baik dan bernilai. Sekalipun amal ibadah itu sedikit, jika ikhlas, Allah tetap menganggapnya banyak. Sedangkan amal ibadah yang banyak tetapi tidak ikhlas, Allah tetap menganggapnya sedikit atau macam amalan yang tidak wujud.

Begitulah penting dan bernilainya ikhlas itu. Allah mahu agamaNya yang suci murni itu diamalkan secara suci pula yakni tidak dicelahi dengan sebarang bentuk hati busuk. Dalam hal ini Allah ingatkan, "Ingatlah, hanya kepunyaan Allah lah agama yang bersih (khalis)" (Az-Zumar: 3)
Juga di ayat lain, "Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam menjalankan agama yang lurus. Dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan demikian itulah agama yang lurus" (Al-Baiyinah: 5)

Dalam sejarah pernah diceritakan betapa susahnya untuk mendapatkan sifat ikhlas ini sebagaimana yang digambarkan oleh Sayidina Muaz. Rasulullah saw bersabda: "Puji syukur ke hadrat Allah swt yang menghendaki agar makhlukNya menurut kehendakNya. Wahai Muaz!" Jawabku: "Ya Saiyidil Mursalin"

Sabda Rasulullah saw: "Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak. Hai Muaz, Allah itumenciptakan 7 malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya. Malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amalan itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: "Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat""

Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata: "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal kerana mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain". Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata: "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong". 

Rasulullah saw meruskan sabdanya: "Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata: Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub . Allah memerintahkan aku menahan amalan yang ujub".

Seterusnya amalan si hamba yang lulus di langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit kelima penjaganya berkata: "Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hambaNya yang lain. Dia tidak redha dengan kehendak Allah sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad". Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata: "Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang mendapat musibah, dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini".

Malaikat hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang lepas hingga langit ketujuh. Rupa cahayanya bagaikan kilat dan suaranya bergemuruh. Di antara amalan ituialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain lagi. Tetapi penjaga pintu langit berkata: "Saya ini penjaga sum'ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si pengamal ini masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah riak. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riak". Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah, diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah swt. Semua malaikat beridir di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.

Tetapi firman Tuhan: "Hafazah sekalian, pencatat amal hambaKu, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hambaKu ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas padaKu dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boeh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui. Aku melhat segala isi hati dan tidak terlindung bagiKu apa saja yang terlindung. PengetahuanKu atas apa yang telah terjadi adalah sama denga pengetahuanKu atas apa yang bakal terjadi. PengetahuanKu ata orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuanKu atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu, bagaimana hambaKu ini menipu Aku dengan amalannya? LaknatKu tetap padanya".

Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata: "Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknatMu dan laknat kami sekalian bagi mereka". Dan semua yang di langit turut berkata: "Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat".

Sayidina Muaz kemudian menangis teresak-esak dan berkata: "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat daripada apa yang diceritakan ini?" Sabda Rasulullah saw: "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan". Muaz bertanya kembali: "Tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal. Bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?" Sabda Rasulullah saw: "Ya begitulah, dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu, jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib, maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain. Jangan riak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan mengunkit-ungkit apabila membuat kebaikan. Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu, kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam".

Wallahu'alam

Thursday, 17 July 2014

NERAKA DAN IBLIS

Alhamdulillah , seperti yang kita semua tahu, pada bulan bulan Ramadhan ini semua syaitan, iblis, jin, kak ponti semuanya berada dalam neraka Allah. Harapnya tiada syaitan mahupun iblis yang 'tertinggal' di dalam hati kita semua. InshaAllah.

Jika kita bicara tentang iblis.. Semua takut.. Apa yg ada dalam bayangan minda mereka hanyalah perkara seram.. Muka mereka yang mengerikan cukup buat malam kita tak keruan. 

Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud : "Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: " Sujudlah kamu kepada Adam" ; lalu mereka bersujud selalin iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku ? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim." 

Nampak tak keangkuhan ni ? Perintah Allah mereka taknak ikut.. Allah suruh merek sujud kepada Nabi Adam a.s tapi dengan keangkuhan ! Dan merasakan diri mereka tu lebih hebat ! Kerana mereka dicipta dengan api.

Allah berfirman dalam surah al-A;raf ayat 12 bermaksud : " Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan aku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah" . 

Jika dilihat pada dunia sekarang manusia selalu kata " Aih , tak mau aku buat kerja macam tu !" "syaitan tu syaitan" Tapi berapa ramai yang 'maksudkan' kata kata itu ? Berapa ramai je yang buat apa yang dia kata.. Typical human.. Diorang rasa yang jumpa bomoh tu semua syaiton punya kerja.. Yaa memang dah janji syaitan untuk menyesatkan anak , cucu , cicit , cucut Adam.. Yang bermaksud KITA SEMUA YANG ADA DI MUKA BUMI NI LAAA !! *tutup huruf besaq*

Dalam bulan Ramadhan ni lah kita kena ambil sebanyak mana kesempatan sementara syaitan takda di sekeliling kita. Tapi , bulan Ramadhan macam ni , syaitan takda , tapi siapa je yang kejar Lailatul Qadr ? Siapa je yang bangun Qiamullail setiap malam tanpa henti ? Siapa yang solat fardhu tak pernah miss ? Tak lewat ? Kenapa eh ? Syaitan takdak pun tapi masih malas nak beribadah. Waktu sebelum puasa hati duk cakap " Haihh , godaan syaitan" Tapi kenapa masih yang tak beribadah walaupun syaitan  takdak ? Ada ja " budak Islam Melayu" pergi club. Buat maksiat , buang baby. Dimana ?? Syaitan ni dah ' didik ' sepanjang 11 bulan.. Dia cuma tinggalkan kita sebulan jaa..Tu pun dia masih senang lenang. Sebab dia tahu kerja dia settle. Dengan adanya nafsu.. NAFSU !!

" Sesungguhnya syaitan mengalir dalam tubuh manusia sebagaimana mengalirnya darah "
Iblis pada umumnya disebut juga sebagai syaitan, dan semua jin dan manusia yang menjadi pengikutnya (penyembah) nya disebut syaitan. Rasulullah SAW memberi peringatan kepada umatnya bahawa syaitan selalu menghalangi manusia dari jalan Allah sejak kali pertama hadir di dunia hingga meninggal dunia. Syaitan dikatakan mengalir dalam diri manusia senafas dengan aliran darah manusia.

Itu beerti iblis (dalam jelmaan syaitan) selalu menghalang mengganggu, menipu dan memperdaya manusia dari jalan Allah, sehingga darah manusia berhenti mengalir atau meninggal dunia. Rasulullah SAW sering mengingatkan tentang tipu daya makhluk terkutuk ini. Syaitan adalah musuh utama manusia , yang tidak pernah berhenti menyesatkan manusia dari jalan Allah Azza wa Jalla.

Rasulullah SAW bersabda : " Tidak ada seorang pun daripada kalian terkecuali dia bersama syaitan " lalu para sahabat bertanya ' Dan engkau juga wahai Rasulullah ? ' Nabi menajwab " Ya , aku juga. tetapi Allah menolongku dan aku terselamat daripada gangguan syaitan, dan Allah menyuruhku untuk berbuat kebaikan ".

Oleh itu , setiap muslim dan muslimah harus berhati hati atau sentiasa berwaspada supaya tidak terpedaya oleh tipu daya iblis dan sekutunya. Iblis dan sekutunya adalah musuh nyata bagi umat manusia. Allah mengingatkan " Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu ! Sungguhpun demikian , Allah juga memberi petunjuk kepada kita untuk menyelamatkan diri dari tipu daya iblis dan sekutunya. Caranya ialah meneguhkan keimanan dan ketaqwaan serta sifat tawakal kepada Allah Azza wa Jalla.

Firman Allah " Sesungguhnya syaitan ini tidak ada kekuasaannya ke atas orang orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya" 
( An-Nahl:99)

Dalam hadis sahih dinyatakan bahwa " tatkala iblis dan para penghuni neraka telah dimasukkan ke dalam neraka. Para malaikat penjaga neraka menyediakan sebuah mimbar, pakaian, mahkota dan tali untuk mengikat iblis. Semuanya diperbuat daripada api. Kemudian, terdengar suara menyuruh iblis naik ke mimbar untuk berucap kepada penghulu neraka. Para penghuni neraka pun mendengar ucapan dan memandang iblis ,pemimpin mereka. Makhluk terkutuk ini berkata " Wahai orang yang kafir dan orang orang munafik (hipokrit) , sesungguhnya Allah SWT, telah menjanjikan kepada kalian janji yang benar. Kalian semua mati lalu akan dikumpulkan dan dihisab menjadi 2 kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan lagi ke neraka Sair. Kalian semua menyangka bahawa tidak akan meninggal dunia. Tiada kekuasaan bagiku atas kalian, melainkan aku hanya mengganggu dan menyesatkan kalian semua !

Dan kini akhirnya, kalian semua terpedaya (tertipu) mengikuti diriku dan dosa itu untuk kalian. Oleh kerana itu , janganlah kalian mengumpat dan mencaciku. Umpatlah diri kalian sendiri, kerana sesungguhnya kalian sendirilah yang lebih berhak mengumpaty daripada aku yang mengumpat. Dan kenapa kalian tidak mahu menyembah Allah. Sebab Dialah yang menciptakan sehala sesuatunya.

Harini aku tidak dapat menyelamatkan kalian semua dari seksa Allah dan kalian pun tidak dapat menyelamatkanku. Sesungguhnya pada hari ini aku telah terlepas (tidak bertanggungjawab) dengan apa yang aku katakan kepada kalian. Sesungguhnya aku diusir dan ditolak oleh Tuhan. Kini rasakan seksaan neraka, kerana kebodohan kalian mengikuti diriku dan tertipu oleh pujukanku. Jangan salahkan diriku, salahkan diri kalian sendiri !"

Sama sama kita tutup pintu haluan syaitan kedalam jiwa kita melalui hawa nafsu. Asif kalau kalau silap di manamana , typo di manamana. Soga bermanfaat kepada semua orang. Semoga Allah tempatkan kita semua di syurga Firdaus. InshaAllah. #PrayForGaza


Sunday, 13 July 2014

ANTARA JODOH DAN KEMATIAN

Bismillahirrahmanirrahim.. Allahumma solliala sayidina muhammad wa ala ali sayidina muhammad 

JODOH
Bila disebut tentang jodoh pasti ramai yang tersenyum.Sememangnya kita inginkan jodoh yang baik..jodoh yang mampu bimbing kita dan kekal hingga ke syurga..betul ke betul ?? Itu sememangnya fitrah semua orang Islam. 

KEMATIAN 
Apabila berbicara tntg kematian.. Apakah respon kita? Mood tiba2 bertukar.. Perasaan gerun, seram, sedih, takut dan risau semua menerpa.. Betul ke betul?
Tetapi hakikatnya kematian itu adalah perkara yang pasti manakala jodoh ini tidak pasti. Sama ada kita sempat atau tak itu tiada jaminan benar jodoh ini juga penting tetapi kita harus mempersiapkan kedua-duanya..bkn hny persediaan pertemuan jodoh tetapi juga persediaan pertemuan dgn ajal dan kematian

Itulah lumrah dan fitrah hidup seorang manusia Lebih suka untuk membicarakan persoalan-persoalan yang menggembirakan hati mereka daripada membicarakan persoalan-persoalan yang akan menggusarkan dan menyedihkan mereka. Tetapi manusia seharusnya menerima hakikat bahawa persoalan-persoalan yang menyedihkan dan menggusarkan hati pada fikiran mereka itulah sebenarnya yang lebih akan mendekatkan dan mengingatkan diri kepada Allah s.w.t.

Benar kata Rasulullah s.a.w. Terpadam terus nafsuku untuk dunia tatkala mengingati lahad.
Walau segenius mana pun kita dlm ilmu dunia tidak berguna jika tiada ilmu akhirat.. Kerana ilmu akhirat akan dibawa ke akhirat manakala ilmu dunia hnya digunakan didunia sahaja.. 


Sabda Rasulullah SAW :"Secerdik-cerdik manusia adalah orang yang paling banyak ingataanya pada mati serta banyak bersiap untuk menghadapi kematian. Mereka itulah orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa' dengan membawa kemuliaan dunia dan kemuliaan akhirat. "
Allah s.w.t. telah menyatakan di dalam Al-Quran :
"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."
(Surah Al-A'raf, 7:34)


Firman Allah s.w.t. :
"Di mana pun kamu berada, kematian pasti akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu berada di dalam benteng yang kukuh dan tinggi."
(Surah An-Nisa', 4:78)

Semasa di alam sana pula.. Kita tidak mengenali satu sama lain.. Mahupun keluarga, jiran atau sahabat Penentuan sama ada kesyurga atau neraka itu mengikut amalan kita semasa di dunia.. Allah cukupkah amalan kita selama ini

Allah s.w.t. pernah berfirman :
"Dan sungguh, telah akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah) Mereka seperti haiwan ternakan bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."(Surah Al-A'raf, 7:179)
Justeru itu kita sarankan selalu mengingati kematian supaya tidak terlalai dlm membuat apa2 perkara..Supaya tidak terleka mengingati soal dunia dan melanggar perintahNya.. kerana pada akhirnya kita akan kembali pada-Nya

Rasulullah s.a.w. sendiri pernah mengingatkan para sahabatnya untuk sentiasa mengingati mati.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang memusnahkan kelazatan dunia (iaitu mati)."

Mengingati soal dunia itu bukanlah satu dosa..tetapi mengingati dunia semata tanpa memikirkan akhirat itulah yang salah  Allahu

Terjumpa satu hadith yang berbunyi, Siti Aisyah r.a. berkata, :
"Wahai Rasulullah! Adakah orang yang bukan syahid itu boleh dibangkitkan bersama para syuhada'?
Jawab Baginda : "Boleh, iaitu orang yang mengingati mati sebanyak dua puluh kali pada siang dan malam hari."

Mari soal hati kita..berapa kalikah kita mengingati mati dalam sehari ??

Cukupkah amalan kita selama ini??
Allahu

Dua perkara yang kita pandang sangat berbeza antara satu dengan yang lain di mana seringkali kita bercakap berkenaan satu tanpa mengaitkan dengan yang satu lagi. Mana mungkin kita berbicara soal jodoh dan dikaitkan dengan kematian dan agak sukar untuk kita bicara soal kematian,ajal dan mengaitkannya dengan jodoh kan?
Namun hakikatnya, kedua-duanya mempunyai persamaan dan kaitan antara satu sama lain
 Macamana kita tau yang sebelum kita berkahwin, persediaan yang bukan sedikit kita perlu ada haa macam tu jugak sebelum kita mati. Dua-dua memerlukan persiapan yang banyak dan mantap. Kita kena menuntut ilmu untuk kedua-duanya. Dan kedua-duanya sebenarnya kita persiapkan diri untuk diri kita sendiri.betul tak? kita persiapkan diri dengan menjadi seorang muslimah yang solehah, mentaati kedua ibu bapa, melakukan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Semua tu kita buat in order to become a good practicing muslim kerana kita sendiri tau dalam surah an nur ayat 26 :
 "...wanita-wanita yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik..."

Kita perlu menjadi wanita solehah untuk kita dapat jodoh yang baik yang akan tentukan syurga/neraka kita.Sedar tak kita yang sebenarnya, benda yang sama kita patut buat untuk mati dengan baik insyaAllah. Dengan mentaati perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. amal soleh kita.Jadi, as long as kita pegang prinsip ni, insyaAllah, yang terbaik menanti kita.
Seperti yang kita tau, dari ketentuan takdir,jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki di tentukan Allah. Namun manusia tidak mampu menjangkau keputusan takdir Allah itu terhadap dirinya, kerana ia merupakan hak dan ketetapan Allah SWT. Itulah sebabnya Allah menyuruh manusia bekerja atau berikhtiar dalam menuju kepada ketentuan takdir yang telah ditetapkan-Nya
LANGKAH UTAMA UNTUK MENCARI JODOH 
1-Berdoa dengan bersungguh-sungguh2. Berusaha dengan cara yang ditetapkan Islam3. Bertawakkal kepada Allah

Sabda Rasulullah SAW :"Secerdik-cerdik manusia adalah orang yang paling banyak ingataanya pada mati serta banyak bersiap untuk menghadapi kematian. Mereka itulah orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa' dengan membawa kemuliaan dunia dan kemuliaan akhirat. "
Sama macam jodoh, ada banyak persediaan yang kita boleh lakukan untuk mempersiapkan diri kita untuk bertemu-Nya.
2-Sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada-Nya
Firman Allah SWT : "Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”(Al-Anfal:33)
3-Betulkan solat kita dan cuba untuk khusyuk
Sabda Rasulullah SAW : ...'Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia......
4-Selesaikan semua hutang
"Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''(Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).
5-Banyakkan bersedekah
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang solih yang berdo'a untuknya.”
6-Ilmu yang bermanfaat
"Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayah, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.
7-Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepadanyaDi sini, dapat kita simpulkan bahawa 'jodoh' dan 'kematian', walaupun kedua-duanya adalah aturan Allah. tiada alasan bagi kita untuk tidak mempersiapkan diri demi memperoleh yang terbaik di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Pentingnya kedua-duanya ini kerana kedua-duanya boleh menyebabkan kita terjerumus ke dalam neraka atau membawa kita ke syurga-Nya yang pasti.
Insya Allah.Moga Allah redha.

JANJI SYURGA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Kehidupan Di Syurga Allah
 Al Quran banyak menceritakan tentang sebuah kehidupan setelah mati di syurga untuk orang yang selalu berbuat baik. Syurga itu sendiri sering di jelaskan dalam Al-Qur'an surat Ar-Ra'du 13:35:
“ Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman). mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti, sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa; sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka. (Ar-Ra'du 13:35) ”

TINGKATAN DAN NAMA-NAMA SYURGA
1. Jannatul Firdaus iaitu syurga yang terbuat dari emas merah.
2. Jannatul 'Adn iaitu syurga yang terbuat dari intan putih.
3. Jannatun Na'iim iaitu syurga yang terbuat dari perak putih.
4. Jannatul Khuldi iaitu syurga yang terbuat dari marjan yang berwarna merah dan kuning.
5. Jannatul Ma'wa iaitu syurga yang terbuat dari zabarjud hijau.
6. Darus Salaam iaitu syurga yang terbuat dari yaqut merah.
7. Darul Jalal iaitu syurga yang terbuat dari mutiara putih.
8. Darul Qarar iaitu syurga yang terbuat dari emas merah.

Beberapa surah dalam al-Qur'an yang menjelaskan tentang keadaan syurga adalah sperti berikut:
“ Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam syurga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir). (Dikatakan kepada mereka): “Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman, dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan. Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya. (QS.Al-Hijr:45-48) ”

“ Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam syurga2 yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di syurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. (QS.Al-Hajj 23) ”

“ Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka). Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, bertelekan di atas dipan-dipan. Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta. (Kepada mereka dikatakan): “Salam”, sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang. 
(QS.Yaa-siin 55—58) ”

“ Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman, (iaitu) di dalam taman-taman dan mata air- mata air mereka memakai sutera yang halus dan sutera yang tebal, (duduk) berhadap-hadapan, demikianlah, dan Kami berikan kepada mereka bidadari. Di dalamnya mereka meminta segala macam buah-buahan dengan aman (dari segala kekhawatiran). (QS.Ad- Dukhaan: 51-55)

AMALAN AHLI SYURGA
1. Beriman kepada Allah, Para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, dan hari akhir serta beriman kepada qadar (takdir) yang baik maupun yang buruknya.
2. Bersyahadat Laa Ilaaha Illallah (Tiada Tuhan yng berhak diibadahi kecuali Allah) dan Muhammad rasulullah (Nabi Muhammad adalah utusan Allah), mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadlan, dan berhaji ke Baitullah. Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah melihat-Nya, dan jika tidak bisa, maka yakinilah bahwa Dia melihatmu.
3. Berbicara jujur, menunaikan amanat, menepati janji, birrul walidain (berbakti kepada orang tua), menyambung hubungan kerabat, berbuat baik kepada tetangga, anak yatim, orang miskin, dan yang menjadi tanggungannya dari kalangan manusia atau binatang.
4. Ikhlas beribadah kepada Allah, bertawakkal kepada-Nya, cinta kepada-Nya dan kepada Rasul-Nya, takut kepada Allah dan berharap rahmat-Nya, kembali kepada-Nya, bersabar menetapi hukum-Nya, dan mensyukuri nikmat-nikmat-Nya.
5. Suka membaca Al-Qur’an, berdzikir kepada Allah, berdoa kepada-Nya, meminta dan berharap kepada-Nya.
6. Beramar ma’aruf (menyuruh orang berbuat kebaikan), bernahi munkar (melarang orang dari berbuat buruk), berjihad di jalan Allah dalam memerangi orang kafir munafikin.
7. Adil dalam semua urusannya, adil terhadap semua makhluk sampai terhadap orang kafir, dan amalan-amalan yg serupa.
8. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang pelit kepadamu, memaafkan orang yang menzalimimu, krana Allah menyediakan surga bagi orang-orang bertakwa, iaitu orang-orang yang tetap berinfak dalam kondisi lapang maupun sempit, menahan amarah, memaafkan manusia, dan Allah menyukai orang-orang yang senantiasa berbuat baik.

Allah Ta’ala berfirman :
“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13).
Wallahu A’lam Bis Shawab.

DARJAT DI SYURGA
Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya di syurga terdapat 100 tingkat yang disediakan Allah bagi yang berjihad di jalan-Nya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain seperti jarak antara langit dan bumi. Maka jika kalian minta kepada Allah, mintalah syurga Firdaus …” (HR. Bukhari).
Tempat tertinggi di syurga adalah al-wasilah yang terletak di syurga tertinggi. Ia hanya dihuni oleh seseorang, yaitu Rasulullah saw.
Buah-buahan di syurga banyak yang sama dengan buah-buahan di dunia, tengok dari segi bentuk dan nama cuma bezanya ialah di syurga buah tersebut tidak layu, busuk, mengecil dan berkurang seperti buah di dunia.
Para penghuni syurga kebanyakan adalah orang miskin dan lemah. Rasulullah SAW adalah orang yang pertama mengetuk pintu syurga. (HR. Muslim).

CIRI PENGHUNI SYURGA
Sebagaimana sabda Nabi SAW.: “mahukah aku tunjukkan tentang penghuni syurga? Ia adalah orang yang lemah dan merendahkan diri (tawadhu'). Jika ia bersumpah atas nama Allah, pasti Allah memperkenankan sumpahnya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Yang terbanyak dari penghuni surga adalah umat Nabi Muhammad saw, Rasulullah menyebutkan bahawa penghuni surga berjumlah 120 shaf (barisan) dan ummat Muhammad berjumlah 80 shaf dari 120 shaf tadi.

BUAH-BUAHAN SYURGA
Antara nama buah yang disebut dalam Al-Qur’an adalah delima dan anggur (QS. Ar-Rahman: 68).
Ibnu Abbas berkata: “Apabila penghuni syurga tertarik untuk memetik buah-buah syurga, maka buah-buahan tersebut mendekat kepadanya hingga ia dapat mengambil mana yang ia suka.”
Ia juga berkata: “Buah-buahan di syurga seperti anggur, ia lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, lebih lembut dari tepung dan di dalamnya tidak ada biji. Adapun tanaman di syurga, setelah benihnya ditanam, maka tumbuh dalam sekelip mata dan boleh di makan saat itu juga.” (HR. Bukhari).

KEADAAN PARA PENGHUNI SYURGA
Penghuni syurga, anggun, tampan dan bercelak, mereka akan sentiasa muda dan pakaian mereka tidak pernah lusuh. Golongan pertama yang masuk syurga diumpamakan sebagai bulan purnama.

Sungai di syurga adalah sesuatu yang pasti, ia terus mengalir dan tidak pernah berhenti, terletak di bawah ghuraf (mahligai), istana-istana dan taman-taman penghuni syurga. Sungai-sungai tersebut berupa sungai madu, sungai khamer (arak) yang tidak memabukkan, sungai susu dan sungai air jernih yang tidak pernah berubah rasanya. Sungai-sungai syurga memancar dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun ke bawah menuju ke semua tingkat syurga yg disebut dalam hadith shahih:
“… Sesungguhnya Firdaus itulah tempat terbaik dan tertinggi darjatnya. Di atas Firdaus terdapat Arsy Allah, dan dari situ mengalir sungai-sungai syurga.” (HR. Bukhari).

Mata air syurga ada yang bernama salsabila, yang akan diberikan kepada orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah (muqarrabin), sedang para abrar (orang yang berbuat baik), maka Allah memberi mereka air yang diberi campuran kafur (air sejuk) yang baunya wangi dan zanzabil (air suam yang juga berbau segar). (QS. Al-Insan: 5 dan 17).

Friday, 11 July 2014

AZAB BAGI GOLONGAN WANITA YANG INGKAR

Bismillahirrahmanirrahim.

Azab Perempuan di Neraka

Maka Rasulullah saw telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia. Antara kejadian yang telah diperlihatkan oleh Allah swt kepada baginda saw ialah:
  1. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tidak mahu menutup rambutnya daripada lelakiyang haram memandang dia.
  2. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.
  3. Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberi air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.
  4. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan dua kakinya didalam kerongkongan api neraka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.
  5. Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.
  6. Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan kedua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia (ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.
  7. Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (Perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya)
  8. Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai ; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.
  9. Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki-mendengki.
Sebagai seorang muslim, kita telah dijanjikan syurga ataupun neraka yang akan kita raih berdasarkan amalan ibadat kita.

Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan, "Hai ahli syurga, Allah akan menepati janjiNya kepada kamu". Mereka berkata, "Apakah itu? Tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka.." Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada ditanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat kepada zat Allah.


Jenis-jenis Neraka

Kali ini sebagai peringatan bersama, dikongsikan 7 jenis neraka yang bakal dihuni sekiranya tidak bertaubat kepada Yang Esa.

Neraka tempat penyeksaan itu, kemudian banyak disebut orang dengan nama Jahannam. Jahannam itu memiliki 7 pintu , setiap pintu (tingkat) telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari para makhlukNya. Pintu (tingkat) neraka yang disebutkan di dalam Al-Quran adalah:

1. Hawiyah
Neraka yang diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, iaitu mereka yang selama hidup di dunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan. Orang muslim laki dan perempuan yang tindak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran agama Islam seperti para wanita muslim yang tidak menggunakan jilbab, bagi para lelaki muslim yang sering memakai sutera dan emas, mencari rezeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya. Hawiyah adalah sebagai tempat tinggalnya. (Surah Al-Qari'ah)

2. Jahim
Neraka sebagai tempat penyeksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah. Mereka akan diseksa oleh para sesembahan mereka. Dalam ajaran Islam, syirik adalah sebagai salah satu dosa paling besar menurut Allah kerana syirik bererti menganggap bahawa ada makhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat Allah dan boleh pula menganggap bahawa ada Tuhan selain Allah. (Surah Asy-Syura' dan Surah As-Saffat)

3. Saqar
Neraka untuk orang munafik, iaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan rasul. Mereka mengetahui bahawa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Muhammad, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. (Surah Al-Muddassir)

4. Lazhaa
Neraka yang disediakan untuk orang yang suka mengumpulkan harta, serakah dan menghina orang miskin. Bagi mereka yang tidak mahu bersedekah, membayar zakat atau bahkan memasang muka masam apabila ada orang miskin datang meminta bantuan. (Surah Al-Ma'arij)

5. Huthamah
Neraka yang disediakan untuk orang yang gemar mengumpulkan harta berupa emas, perak atau platina, mereka yang serakah tidak mahu mengeluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini, harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai seksaan kepada manusia pengumpul harta. (Surah Al-Humazah)

6. Sa'iir
Neraka yang diisi oleh orang-orang kafir dan orang yang memakan harta anak yatim. (Surah Al-Ahzab, Surah An-Nisa', Surah Al-Fath, Surah Luqman)

7. Wail
Neraka yang disediakan untuk para pengusaha atau pedagang yang licik, dengan cara mengurangkan berat timbangan, mencalokan barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda. Barang dagangan mereka akan dibakar dan dimasukkan ke dalam perut mereka sebagai azab dosa-dosa mereka. (Surah Al-Tatfif dan Surah At-Tur)

Neraka dipegang (ditahan) oleh 70000 ribu tali dan setiap talinya dipegang oleh 70000 malaikat.

Penghuni neraka terbanyak disebutkan di dalam salah satu hadis, bahawa penghuni neraka yang terbanyak adalah dari kalangan perempuan. "...orang-orang ahli neraka telah diperintahkan masuk neraka maka ketika saya berdiri dekat pintu neraka, tiba-tiba kudapatkan kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah orang-orang perempuan.."


Jenis Hukuman dan Seksaan di Neraka

Di akhirat, para penghuni neraka akan menjalani hukuman berupa seksa yang sangat pedih. Seksaan yang mereka derita dalam neraka itu bermacam-macam sekali, sebagaimana yang difirmankan Allah seperti berikut:

"Dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka.." -Surah At-Taubah 9:35

"Ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, supaya mereka diseret kedalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api" -Surah Al-Mu'min 40:71-72


Azab di Akhirat Bagi Wanita

Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri...

Sayidina Ali r.a menceritakan sesuatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis.. Baginda menjawab,
"Pada malam aku di-isra' kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksanya."

Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya,
"Aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih,
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair ditungkan ke dalam tengkoraknya,
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kala jengking,
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, d bawahnya dinyalakan api neraka,
Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri,
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta,
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu ribu kesengsaraan dihadapinya,
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka" kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa begitu?
Rasulullah menjawab..
  • Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
  • Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
  • Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya , ia keluar rumah tana izin suaminya dan perempuan yang tidak mahu andi suci dari haid dan nifas.
  • Perempuan yang memakan badannya sendiri adalah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
  • Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
  • Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kala jengking padanya kerana ia boleh solat tetapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.
  • Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.
  • Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami
Mendengar itu, Sayidina Ali r.a dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.


7 Azab Yang Dilihat Penggali Kubur

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah swt.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itudan ingin sekali bertaubat".

1. Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya mengahadap kiblat tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
- Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah swt sewaktu hidupnya, Lantaran Allah swt menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari menghadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada gologan muslim yang lain", jawab ahli ibadah tersebut.

2. Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, aku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
- Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain".

3. Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu".
- Jawab ahli ibadah tersebut, "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda".

4. Golongan keempat ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru".
- Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungghunya Allah swt sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya".

5. "Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya", sambung pemuda itu.
- "Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya, mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari. Bukankah Rasululullah saw pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

6. "Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya".
- "Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya", jawab ahli ibadah tadi.

7. "Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
- Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang peroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah swt baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya".

Ingatlah sesungguhnya daripada Allah swt kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.
Astaghfirullahalazim... Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang ke-7. Aamiin ya Allah..

Setelah anda membaca kisah ini, sampaikan atau bagikan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diperhitungkan oleh Allah Ta'ala di akhirat kelak. Aamiin.

Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad saw bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah terlalu busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan. Mereka ini, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ia memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70000 belahan tanah yang daripada api, pada setiap belahannya pula terdapat 70000 lembah dari api. Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70000 gudang daripada api dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70000 ular dan 70000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70000 ekor dan setiap ular pula memiliki 70000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70000qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan manusia) apabila terpandang akan asap tersebut makabergetarlah dan mereka melutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah". Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah swt dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras" ".

Setiap malaikat apa yang ada di antara puncaknya adalah jarak perjalanan setahun dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70000 ke dalam neraka Jahannam.


Azab Berzina

Allah memberi amaran bahawa balasanNya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap laranganNya.
Allah mengingatkan bahawa mana-mana umat Islam yang melakukan zina hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.

Firman Allah yang bermaksud:
"Perempuan dan lelaki yang berzinam hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian".

"Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin" -Surah An-Nur, ayat 2

Thabrani 'an Ibni Abbas meriwayatkan, daripada hadis Rasulullah saw, baginda bersabda yang bermaksud: "Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya dan ia berkekalan dalam neraka".

Menurut satu riwayat, Rasulullah bersabda: "Takutlah kamu berbuat zina, kerana bagi orang yang mengerjakan perbuatan zina itu, akan diberi enam macam bala oleh Allah. Tiga daripadanya seksa sewaktu berada di dunia, iaitu mengurangkan rezekinya, menghilangkan keberkatan umurnya dan sewaktu dicabut nyawanya kelak, tidak ada rahmat dan belas kasihan terhadap dirinya".

Wallahu'alam.

Friday, 4 July 2014

TIPU DAYA IBLIS DAN SYAITAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud; Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam keseluruhannya (patuhi segala hukum-hakam); dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu yang terang nyata. 

Dari ayat ini kedudukan syaitan sebagai musuh adalah jelas dan tidak dapat dinafikan. Kerana kasih sayang Allah terhadap umat manusia, Allah memberitahu manusia siapakah musuh mereka yang sebenarnya supaya manusia sekalian mengambil langkah berhati-hati supaya tidak terperdaya dengan musuh manusia itu.

Firman Allah dalam surah al-A'raaf ayat 27, yang bermaksud; "Wahai anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka. Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman."

Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 91, yang bermaksud; "Sesungguhnya, syaitan itu hanyalah hendak mengadakan di antara kamu permusuhan dan kebencian dengan sebab arak dan judi, dan menghalangmu dari mengingati Allah dan daripada sembahyang. Oleh sebab itu, belum jugakah kamu mahu berhenti (dari melakukan perkara-perkara yang keji)?"

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168-169, yang bermaksud; "Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi yang halal dan baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang dan nyata bagi kamu."


Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 268, yang bermaksud; "Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruhmu berbuat perkara-perkara keji (bakhil dan kedekut), padahal Allah menjanjikanmu keampunan dan kurniaan daripada-Nya, dan Allah Maha Luas Kurnia-Nya dan Maha Mengetahui."


Firman Allah dalam surah Faathir ayat 5, yang bermaksud; "Wahai umat manusia! Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah kamu terperdaya oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terperdaya dengan (kemurahan) Allah itu (lalu kamu lalai dan terpedaya)."

Demikianlah sedikit dari contoh-contoh amaran Allah tentang musuh manusia itu yang terdapat di dalam kitab suci al-quran.


SIAPAKAH SYAITAN ITU?

Syaitan adalah keturunan dari iblis. Dan iblis adalah berasal dari golongan jin (surah al-kahfi ayat 50). Seperti manusia, iblis dan syaitan juga mempunyai keturunan. Tetapi tidak seperti manusia, iblis dan syaitan akan terus hidup dan tidak akan mati sehinggalah datangnya Hari Kiamat. Jadi, dapatlah kita bayangkan betapa banyaknya bilangan musuh manusia itu, yang kerjanya sentiasa berusaha menyesatkan manusia dari jalan Allah.

APAKAH MATLAMAT SYAITAN ITU?

Iblis dan syaitan hanya mempunyai matlamat untuk dicapai. Matlamat iblis dan syaitan adalah untuk membawa seluruh manusia ke api neraka. Apabila manusia ke api neraka dan terhindar dari syurga, manusia telah pun gagal. Iblis dan syaitan mahu semua manusia menemui kegagalan. Semua manusia akan memasuki neraka apabila mereka membuat kemungkaran dan tidak bertaubat sebelum mereka mati .

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEMUNGKARAN?

Manusia tidak mengaku hanya Allah Tuhan dan Muhammad sebagai pesuruh Allah
Apabila manusia menerima kalimah Allah tetapi mengingkarinya
Apabila manusia yang menerima kalimah Allah , dia mentaatinya tetapi bukan dengan cara Nabi Muhammad SAW.


APAKAH CARANYA UNTUK BERLINDUNG DARI SYAITAN DAN IBLIS?

Mengajak seluruh manusia untuk mengucapkan kalimah Mulia Allah dan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNYa
Carilah perlindungan Allah dari syaitan yanh direjam
Allah SWT berfirman dalam surah Fushilat ayat 36(QS41:36)

"Dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah Engkau meminta perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya DIa lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" 


1) Mu'awwidhatayn: 
Bacalah surah Al-Falaq dan An-Nas
2) Bacalah ayat Kursi
3) Bacalah Surah Al Baqarah
4) Bacalah 2 ayat terakhir surah Al Baqarah
5) Ucaplah "La ilaha ill Allah wahdahu la sharika lah, lahul mulki wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli shah in qadir" sebanyak 1000x
6) Bacalah permulaan surah Mu'min
7) Ingatlah Allah yang Maha Berkuasa
8) Wudhu' dan solat; pastikan diri sentiasa dalam keadaan berwudhuk; kedua- duanya merupakan adalah sebaik baik cara untuk melindungi diri terutamanya apabila marah ambillah wuduk dan bersolat
9) Jauhi perbuatan yang tidak baik

Wednesday, 2 July 2014

RAMADAN BERTAMU LAGI

Bismillahirrahmanirrahim.

KELEBIHAN BULAN RAMADAN.

Nabi saw bersabda,
"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar." -HR Muslim no: 233

"Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" -HR Ibn Hibban

"Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pint neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan." -HR Imam Ahmad dan Imam Nasa'i

Nabi saw bersabda,
"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." -HR Muslim

Nabi saw bersabda,
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah" -HR Bukhari

Nabi saw bersabda,
"Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulam Ramadan adalah menyamai haji." -HR Bukhari

Nabi saw bersabda,
"Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." -HR Muslim

Diceritakan dari Salman Radiyallahu 'anhu, dia berkata Nabi Muhammad saw memberikan khutbah kepada kami pada akhir hari bulan Sya'ban, baginda  bersabda: "Wahai manusia, telah hampir datang bulan suci Ramadan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari ibadah seribu bulan. Bulan yang dijadikan oleh Allah, puasa pada siang harinya suatu kewajipan dan solat pada malamnya (selain solat fardhu) sebagai solat sunnah. Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan amal kebajikan, pahalanya laksana orang yang melakukan kewajipan pada selain bulan Ramadan. Barangsiapa yang melakukan kewajipan di bulan tersebut, pahalanya laksana pahala orang yang melakukan tujuh puluh kewajipan di lain bulan suci Ramadan. Ia adalah bulan sabar, bagi orang yang bersabar tidak lain balasannya syurga, dan merupakan bulan toleransi, dan bulan ditambahkannya rezeki bagi orang Mukmin, orang yang memberi buka puasa bagi orang yang berpuasa maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari neraka dan baginya pahala seperti pahala orang yang  diberinya berbuka puasa tanpa dikurangi sedikitpun pahalanya"

Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah saw, tidaklah semua kami ini mampu memberikan makanan untuk berbuka puasa bagi orang lain? Maka Rasulullah saw bersabda: "Allah akan memberikan pahala tersebut bagi orang yang memberikan makanan bagi orang yang berpuasa sekalipun hanya dengan satu biji kurma atau seteguk munuman air putih atau sepotong susu kering. Dan adalah bulan Ramadan awalnya (10 hari pertama) rahmat, pertengahannya (10 hari kedua) keampunan dan akhirnya (10 hari terakhir) pembebasan dari neraka. Sesiapa meringankan hamba sahayanya pada bulan itu, Allah mengampuni dosanya dan dibebaskan dari neraka. Maka perbanyakkanlah di bulan Ramadan 4 hal. Dua hal kamu mendapat redha Tuhanmu dan dua hal kamu tidak akan merasa puas dengannya. Adapun dua hal yang membuatkan kamu diredhai Allah adalah: Mengucapkan dan bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan kamu mohon keampunan kepadaNya. Adapun dua hal yang kamu tidak akan merasa puas dengannya adalah: Kamu minta syurga kepadaNya dan minta perlindungan diri dari api neraka, Dan sesiapa yang memberi minum orang yang berbuka puasa, maka Allah akan memberinya minum dari telagaku, sekali minum sahaja tidak akan haus selamanya sehingga masuk ke syurga." (HR Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya, dan diriwayatkan dari jalan Al-Baihaqi, dan diriwayatkan Abu Asy Syaikh Ibnu Hibban dalam Tsawwab dengan ringkas (at Targhib wa at Tarhib II/94) dan Al Feqh Al Islamiy Wa Adillatuh (2/572))

FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADAN.

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.

Walau bagaimanapun, faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mereka yang ingkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah, tidaklah berhak mendapatnya. Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah saw mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.

Pintu langit dibuka
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Apabila masuk bulan Ramadan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitah." -Riwayat Bukhari dan Muslim

Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Pada malam pertama bulan Ramadan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadan." -Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah ra
Amal ibadah bulan Ramadan
Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadan:
  1. Solat sunat tarawih.
  2. Solat-solat sunat yang lain.
  3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
  4. Mmeberikan hidangan berbuka puasa.
  5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).
  6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt.
  7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
  8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadan adalah bulan kesabaran.
  9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.
Ganjaran pahala ibadah dan fadhilatnya
Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadan adalah berlipat-ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga 70 kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu. Pada keseluruhannya, bulan Ramadan ini terbahagi kepada tiga bahagia:

  1. Untuk mendapat rahmat Allah swt mencurah-curah.
  2. Untuk mendapat keampunan Allah swt.
  3. Untuk mendapat pelepasan dari neraka.
Fadhilat yang lain-lain:
  • Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.
  • Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah swt.
  • Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaiyu semasa berbuka puasadan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak.
  • Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga.
  • Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadan dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
Demikian sebahagian dari berbagai fadhilat dan kelebihan orang yang berpuasa Ramadan.

KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti,  sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhsah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu sekalipun dia berpuasa seumur hidup." -HR Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah

KELEBIHAN BULAN RAMADAN.

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah swt dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadan itu Allah swt. telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah swt yang bermaksud:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasaitu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah.” –Surah Al-Baqarah: 185

Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadan itu satu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama, Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

BULAN RAMADAN YANG PENUH HIKMAH, SAATNYA KITA MELENGKAPI SALAH SATU DARI HUKUM ISLAM IAITU PUASA DI BULAN SUCI RAMADAN.

Puasa menurut bahasa adalah menahan. Menurut syariat Islam, puasa adalah suatu bentuk aktiviti ibadah kepada Allah swt dengan cara menahan diri dari makan, minum, hawa nafsu dan hal-hal lain yang dapat membatalkan puasa sejak terbit matahari/fajar/subuh hingga matahari terbenam/maghrib dengan berniat terlebih dahulu sebelumnya.

Puasa Ramadan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditegakkan oleh kaum Muslim yang telah baligh. Sebagaimana sabda Rasulullah saw, “Islam adalah engkau bersaksi bahawa tiada ilah (Tuhan) yang berhak diibadahi selain Allah dan Muhammad adalah rasulNya, mendirikan solat, menunaikan zakat, shaum di bulan Ramadan dan pergi haji jika engkau mampu (melakukan perjalanan).” –HR Muslim: 8, Abu Dawud: 4695, Tirmizi: 2610, Ibnu Majah: 63, Nasa’i: 5005

Allah berfirman dalam Al-Quran:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebeum kamu agar kamu bertakwa. (Iaitu) dalam beberapa hari tertentu. Maka barang siapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan(permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hai yang lain.
Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaknya kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya uang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku (Allah) dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa, apabila ia memohon doa kepadaKu, makahendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” –QS. Al-Baqarah: 183-187
Dari firman Allah swt tersebut di atas dijelaskan tujuan utama berpuasa adalah agar kita menjadi orang yang bertakwa.

Keutamaan dan hikmah puasa di bulan suci Ramadan adalah: 
  •  Puasa adalah perisai (Pelindung). Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka” –HR Ahmad 3/241, 3/296 dari Jabir, Ahmad 4/22 dan Utsman bin Abil ‘Ash. Ini adalah hadis yang sahih

  • Puasa boleh memasukkan hamba ke syurga. Dari Abu Umamah r.a katanya, “Aku berkata (kepada Rasulullah saw): “Wahai Rasulullah, runjukkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan ku ke syurga? Baginda menjawab: “Atasmu puasa, tidak ada (amalan) yang semisal dengan itu” –HR Nasa’I 4/165, Ibnu Hibban hal 232 Mawarid, Al-Hakim 1/421, sanadnya sahih

  •    Pahala orang puasa tidak terbatas.

PUASA DAN PERUBATAN : PESAKIT DAN KEBAIKAN

Terlalu ramai umat Islam yang keliru dengan perkara-perkara ibadah, lebih-lebih lagi bab ibadah puasa. Kan dah jelas melalui dari Al-Quran dan sunnah yang sahih, perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti penerangan di bawah ini.

Artikel diambil dari Seminar Fekah Perubatan ke-9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418h bersamaan 14-17 Jun 1997. (Substances and actions that nullify the fasting)(Bahan-bahan yang boleh membatalkan puasa)

Menurut Al-Quran dan hadis yang sahih dari Nabi Muhammad saw, tiga perlakuan yang boleh membatalakan puasa ialah makan, minum dan melakukan hubungan seks. Oleh yang demikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga sama ada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan puasa.

Menurut ahli majlis/peserta seminar tersebut dan telah sepakat setuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

  •         Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga.
  •          Ubat tablet bawah lidah yang digunakan pleh pesakit Angina (jantung).
  •          Memasukkan ubat melalui faraj, memasukkan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).
  •          Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray.
  •          Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.
  •          Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah.
  •          Menderma atau menerima pemindahan darah.
  •          Oksigen dan gas bius.
  •          Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan seperti krim, jelly atau plaster berubat.
  •          Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.
  •          Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain.
  •          Endoskopi untuk keperluan diagnostik atau intervention.

MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • ·         Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati serta melalaikannya daripada mengingati Allah swt.
  • ·         Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata riak.
  • ·         Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah swt telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud: “Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.” –Surah Al-Maidah:42
  • ·         Memelihara seluruh tubuh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada memakan makanan syubhah sewaktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula dia memakan makanan yang haram.
  • ·         Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah swt daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.