Bismillahirrahmanirrahim.. Allahumma solliala sayidina muhammad wa ala ali sayidina muhammad
JODOH
Bila disebut tentang jodoh pasti ramai yang tersenyum.Sememangnya kita inginkan jodoh yang baik..jodoh yang mampu bimbing kita dan kekal hingga ke syurga..betul ke betul ?? Itu sememangnya fitrah semua orang Islam.
KEMATIAN
Apabila berbicara tntg kematian.. Apakah respon kita? Mood tiba2 bertukar.. Perasaan gerun, seram, sedih, takut dan risau semua menerpa.. Betul ke betul?
Tetapi hakikatnya kematian itu adalah perkara yang pasti manakala jodoh ini tidak pasti. Sama ada kita sempat atau tak itu tiada jaminan benar jodoh ini juga penting tetapi kita harus mempersiapkan kedua-duanya..bkn hny persediaan pertemuan jodoh tetapi juga persediaan pertemuan dgn ajal dan kematian
Itulah lumrah dan fitrah hidup seorang manusia Lebih suka untuk membicarakan persoalan-persoalan yang menggembirakan hati mereka daripada membicarakan persoalan-persoalan yang akan menggusarkan dan menyedihkan mereka. Tetapi manusia seharusnya menerima hakikat bahawa persoalan-persoalan yang menyedihkan dan menggusarkan hati pada fikiran mereka itulah sebenarnya yang lebih akan mendekatkan dan mengingatkan diri kepada Allah s.w.t.
Benar kata Rasulullah s.a.w. Terpadam terus nafsuku untuk dunia tatkala mengingati lahad.
Walau segenius mana pun kita dlm ilmu dunia tidak berguna jika tiada ilmu akhirat.. Kerana ilmu akhirat akan dibawa ke akhirat manakala ilmu dunia hnya digunakan didunia sahaja..
Sabda Rasulullah SAW :"Secerdik-cerdik manusia adalah orang yang paling banyak ingataanya pada mati serta banyak bersiap untuk menghadapi kematian. Mereka itulah orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa' dengan membawa kemuliaan dunia dan kemuliaan akhirat. "
Allah s.w.t. telah menyatakan di dalam Al-Quran :
"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."
(Surah Al-A'raf, 7:34)
Firman Allah s.w.t. :
"Di mana pun kamu berada, kematian pasti akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu berada di dalam benteng yang kukuh dan tinggi."
(Surah An-Nisa', 4:78)
Semasa di alam sana pula.. Kita tidak mengenali satu sama lain.. Mahupun keluarga, jiran atau sahabat Penentuan sama ada kesyurga atau neraka itu mengikut amalan kita semasa di dunia.. Allah cukupkah amalan kita selama ini
Allah s.w.t. pernah berfirman :
"Dan sungguh, telah akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah) Mereka seperti haiwan ternakan bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."(Surah Al-A'raf, 7:179)
Justeru itu kita sarankan selalu mengingati kematian supaya tidak terlalai dlm membuat apa2 perkara..Supaya tidak terleka mengingati soal dunia dan melanggar perintahNya.. kerana pada akhirnya kita akan kembali pada-Nya
Rasulullah s.a.w. sendiri pernah mengingatkan para sahabatnya untuk sentiasa mengingati mati.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang memusnahkan kelazatan dunia (iaitu mati)."
Mengingati soal dunia itu bukanlah satu dosa..tetapi mengingati dunia semata tanpa memikirkan akhirat itulah yang salah Allahu
Terjumpa satu hadith yang berbunyi, Siti Aisyah r.a. berkata, :
"Wahai Rasulullah! Adakah orang yang bukan syahid itu boleh dibangkitkan bersama para syuhada'?
Jawab Baginda : "Boleh, iaitu orang yang mengingati mati sebanyak dua puluh kali pada siang dan malam hari."
Mari soal hati kita..berapa kalikah kita mengingati mati dalam sehari ??
Cukupkah amalan kita selama ini??
Allahu
Dua perkara yang kita pandang sangat berbeza antara satu dengan yang lain di mana seringkali kita bercakap berkenaan satu tanpa mengaitkan dengan yang satu lagi. Mana mungkin kita berbicara soal jodoh dan dikaitkan dengan kematian dan agak sukar untuk kita bicara soal kematian,ajal dan mengaitkannya dengan jodoh kan?
Namun hakikatnya, kedua-duanya mempunyai persamaan dan kaitan antara satu sama lain
Macamana kita tau yang sebelum kita berkahwin, persediaan yang bukan sedikit kita perlu ada haa macam tu jugak sebelum kita mati. Dua-dua memerlukan persiapan yang banyak dan mantap. Kita kena menuntut ilmu untuk kedua-duanya. Dan kedua-duanya sebenarnya kita persiapkan diri untuk diri kita sendiri.betul tak? kita persiapkan diri dengan menjadi seorang muslimah yang solehah, mentaati kedua ibu bapa, melakukan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Semua tu kita buat in order to become a good practicing muslim kerana kita sendiri tau dalam surah an nur ayat 26 :
"...wanita-wanita yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik..."
Kita perlu menjadi wanita solehah untuk kita dapat jodoh yang baik yang akan tentukan syurga/neraka kita.Sedar tak kita yang sebenarnya, benda yang sama kita patut buat untuk mati dengan baik insyaAllah. Dengan mentaati perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. amal soleh kita.Jadi, as long as kita pegang prinsip ni, insyaAllah, yang terbaik menanti kita.
Seperti yang kita tau, dari ketentuan takdir,jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki di tentukan Allah. Namun manusia tidak mampu menjangkau keputusan takdir Allah itu terhadap dirinya, kerana ia merupakan hak dan ketetapan Allah SWT. Itulah sebabnya Allah menyuruh manusia bekerja atau berikhtiar dalam menuju kepada ketentuan takdir yang telah ditetapkan-Nya
LANGKAH UTAMA UNTUK MENCARI JODOH
1-Berdoa dengan bersungguh-sungguh2. Berusaha dengan cara yang ditetapkan Islam3. Bertawakkal kepada Allah
Sabda Rasulullah SAW :"Secerdik-cerdik manusia adalah orang yang paling banyak ingataanya pada mati serta banyak bersiap untuk menghadapi kematian. Mereka itulah orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa' dengan membawa kemuliaan dunia dan kemuliaan akhirat. "
Sama macam jodoh, ada banyak persediaan yang kita boleh lakukan untuk mempersiapkan diri kita untuk bertemu-Nya.
2-Sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada-Nya
Firman Allah SWT : "Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”(Al-Anfal:33)
3-Betulkan solat kita dan cuba untuk khusyuk
Sabda Rasulullah SAW : ...'Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia......
4-Selesaikan semua hutang
"Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''(Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).
5-Banyakkan bersedekah
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang solih yang berdo'a untuknya.”
6-Ilmu yang bermanfaat
"Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayah, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.
7-Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepadanyaDi sini, dapat kita simpulkan bahawa 'jodoh' dan 'kematian', walaupun kedua-duanya adalah aturan Allah. tiada alasan bagi kita untuk tidak mempersiapkan diri demi memperoleh yang terbaik di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Pentingnya kedua-duanya ini kerana kedua-duanya boleh menyebabkan kita terjerumus ke dalam neraka atau membawa kita ke syurga-Nya yang pasti.
Insya Allah.Moga Allah redha.
No comments:
Post a Comment