Azab Perempuan di Neraka
Maka Rasulullah saw telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia. Antara kejadian yang telah diperlihatkan oleh Allah swt kepada baginda saw ialah:
- Dan adapun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tidak mahu menutup rambutnya daripada lelakiyang haram memandang dia.
- Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.
- Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberi air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.
- Dan adapun perempuan yang tergantung dengan dua kakinya didalam kerongkongan api neraka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.
- Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.
- Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan kedua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia (ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.
- Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (Perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya)
- Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai ; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.
- Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki-mendengki.
Sebagai seorang muslim, kita telah dijanjikan syurga ataupun neraka yang akan kita raih berdasarkan amalan ibadat kita.
Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan, "Hai ahli syurga, Allah akan menepati janjiNya kepada kamu". Mereka berkata, "Apakah itu? Tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka.." Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada ditanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat kepada zat Allah.
Jenis-jenis Neraka
Kali ini sebagai peringatan bersama, dikongsikan 7 jenis neraka yang bakal dihuni sekiranya tidak bertaubat kepada Yang Esa.
Neraka tempat penyeksaan itu, kemudian banyak disebut orang dengan nama Jahannam. Jahannam itu memiliki 7 pintu , setiap pintu (tingkat) telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari para makhlukNya. Pintu (tingkat) neraka yang disebutkan di dalam Al-Quran adalah:
1. Hawiyah
Neraka yang diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, iaitu mereka yang selama hidup di dunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan. Orang muslim laki dan perempuan yang tindak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran agama Islam seperti para wanita muslim yang tidak menggunakan jilbab, bagi para lelaki muslim yang sering memakai sutera dan emas, mencari rezeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya. Hawiyah adalah sebagai tempat tinggalnya. (Surah Al-Qari'ah)
2. Jahim
Neraka sebagai tempat penyeksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah. Mereka akan diseksa oleh para sesembahan mereka. Dalam ajaran Islam, syirik adalah sebagai salah satu dosa paling besar menurut Allah kerana syirik bererti menganggap bahawa ada makhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat Allah dan boleh pula menganggap bahawa ada Tuhan selain Allah. (Surah Asy-Syura' dan Surah As-Saffat)
3. Saqar
Neraka untuk orang munafik, iaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan rasul. Mereka mengetahui bahawa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Muhammad, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. (Surah Al-Muddassir)
4. Lazhaa
Neraka yang disediakan untuk orang yang suka mengumpulkan harta, serakah dan menghina orang miskin. Bagi mereka yang tidak mahu bersedekah, membayar zakat atau bahkan memasang muka masam apabila ada orang miskin datang meminta bantuan. (Surah Al-Ma'arij)
5. Huthamah
Neraka yang disediakan untuk orang yang gemar mengumpulkan harta berupa emas, perak atau platina, mereka yang serakah tidak mahu mengeluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini, harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai seksaan kepada manusia pengumpul harta. (Surah Al-Humazah)
6. Sa'iir
Neraka yang diisi oleh orang-orang kafir dan orang yang memakan harta anak yatim. (Surah Al-Ahzab, Surah An-Nisa', Surah Al-Fath, Surah Luqman)
7. Wail
Neraka yang disediakan untuk para pengusaha atau pedagang yang licik, dengan cara mengurangkan berat timbangan, mencalokan barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda. Barang dagangan mereka akan dibakar dan dimasukkan ke dalam perut mereka sebagai azab dosa-dosa mereka. (Surah Al-Tatfif dan Surah At-Tur)
Neraka dipegang (ditahan) oleh 70000 ribu tali dan setiap talinya dipegang oleh 70000 malaikat.
Penghuni neraka terbanyak disebutkan di dalam salah satu hadis, bahawa penghuni neraka yang terbanyak adalah dari kalangan perempuan. "...orang-orang ahli neraka telah diperintahkan masuk neraka maka ketika saya berdiri dekat pintu neraka, tiba-tiba kudapatkan kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah orang-orang perempuan.."
Jenis Hukuman dan Seksaan di Neraka
Di akhirat, para penghuni neraka akan menjalani hukuman berupa seksa yang sangat pedih. Seksaan yang mereka derita dalam neraka itu bermacam-macam sekali, sebagaimana yang difirmankan Allah seperti berikut:
"Dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka.." -Surah At-Taubah 9:35
"Ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, supaya mereka diseret kedalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api" -Surah Al-Mu'min 40:71-72
Azab di Akhirat Bagi Wanita
Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri...
Sayidina Ali r.a menceritakan sesuatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis.. Baginda menjawab,
"Pada malam aku di-isra' kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksanya."
Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya,
"Aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih,
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair ditungkan ke dalam tengkoraknya,
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kala jengking,
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, d bawahnya dinyalakan api neraka,
Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri,
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta,
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu ribu kesengsaraan dihadapinya,
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka" kata Nabi saw.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa begitu?
Rasulullah menjawab..

- Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
- Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
- Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya , ia keluar rumah tana izin suaminya dan perempuan yang tidak mahu andi suci dari haid dan nifas.
- Perempuan yang memakan badannya sendiri adalah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
- Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
- Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kala jengking padanya kerana ia boleh solat tetapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.
- Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.
- Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami
Mendengar itu, Sayidina Ali r.a dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
7 Azab Yang Dilihat Penggali Kubur
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah swt.
Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itudan ingin sekali bertaubat".
1. Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya mengahadap kiblat tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

- Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah swt sewaktu hidupnya, Lantaran Allah swt menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari menghadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada gologan muslim yang lain", jawab ahli ibadah tersebut.
2. Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, aku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
- Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain".
3. Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu".
- Jawab ahli ibadah tersebut, "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda".
4. Golongan keempat ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru".
- Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungghunya Allah swt sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya".
5. "Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya", sambung pemuda itu.
- "Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya, mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari. Bukankah Rasululullah saw pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
6. "Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya".
- "Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya", jawab ahli ibadah tadi.
7. "Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
- Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang peroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah swt baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya".
Ingatlah sesungguhnya daripada Allah swt kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.
Astaghfirullahalazim... Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang ke-7. Aamiin ya Allah..
Setelah anda membaca kisah ini, sampaikan atau bagikan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diperhitungkan oleh Allah Ta'ala di akhirat kelak. Aamiin.
Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad saw bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah terlalu busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan. Mereka ini, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ia memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70000 belahan tanah yang daripada api, pada setiap belahannya pula terdapat 70000 lembah dari api. Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70000 gudang daripada api dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70000 ular dan 70000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70000 ekor dan setiap ular pula memiliki 70000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70000qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan manusia) apabila terpandang akan asap tersebut makabergetarlah dan mereka melutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah". Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah swt dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras" ".
Setiap malaikat apa yang ada di antara puncaknya adalah jarak perjalanan setahun dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70000 ke dalam neraka Jahannam.
Azab Berzina
Allah memberi amaran bahawa balasanNya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap laranganNya.
Allah mengingatkan bahawa mana-mana umat Islam yang melakukan zina hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.
Firman Allah yang bermaksud:
"Perempuan dan lelaki yang berzinam hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian".
"Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin" -Surah An-Nur, ayat 2
Thabrani 'an Ibni Abbas meriwayatkan, daripada hadis Rasulullah saw, baginda bersabda yang bermaksud: "Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya dan ia berkekalan dalam neraka".
Menurut satu riwayat, Rasulullah bersabda: "Takutlah kamu berbuat zina, kerana bagi orang yang mengerjakan perbuatan zina itu, akan diberi enam macam bala oleh Allah. Tiga daripadanya seksa sewaktu berada di dunia, iaitu mengurangkan rezekinya, menghilangkan keberkatan umurnya dan sewaktu dicabut nyawanya kelak, tidak ada rahmat dan belas kasihan terhadap dirinya".
Wallahu'alam.

No comments:
Post a Comment