Saturday, 14 June 2014

SAHABAT RINDUAN SYURGA

"Orang yang berkasih-sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Allah , orang yang saling berbelanja membelanjakan kerana Allah, orang yang saling berhubungan kerana Allah, mereka semua berhak mendapat kasih sayang Allah" -HR Ahmad.

"Sahabat pada hari kiamat orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa" -Surah Al Zukhruf, 7.

"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah atau bersikap bijaksana dalam memilih sahabat" -HR Ahmad.

"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai langkahnya baiknya kalau aku tidak menjadikan dia sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan menlepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia" -Surah Al Furqan, 27-29.

Ingin saya kongsikan bersama para pembaca kisah 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Betapa hebatnya ukhwah mereka. Mereka bersahabat kerana Allah. Mereka ingat-mengingati satu sama lain kerana Allah. Sentiasa menolong sesama sendiri semuanya kerana Allah. Subahanallah, betapa hebatnya nilai kasih sayang para sahabat ini disebabkan itulah Rasulullah saw menjanjikan syurga buat mereka.

Saidina Abu Bakar As Siddiq

Abu Bakar bin Abi Quhafah adalah seorang yang berbangsa Quraisy dari kabilah yang sama dengan Rasulullah saw, hanya berbeza keluarga sahaja. Isteri Rasulullah saw, Aisyah ra adalah anak perempuan Abu Bakar. Rasulullah saw berasal dari Bani Hashimi, manakala Abu Bakar dari keluarga Tamimi. Abu Bakar merupakan seorang pedagang yang selalu menjaga kehormatan diri. Beliau seorang yang kaya, pengaruhnya sangat besar dan memiliki akhlak mulia. Sebelum kedatangan Islam, beliau adalah sahabat Rasulullah saw yang sangat mirip perlakuannya dengan Rasulullah saw. Tiada orang yang pernah nampak Abu Bakar minum arak walaupun arak itu belum haram lagi. Beliau adalah As Siddiq, yang tidak pernah berdusta. Disebabkan banyak persamaan sikapnya dengan Rasulullah saw, tidak hairanlah beliau menjadi khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah saw. Rasulullah saw selalu mengutamakan Abu Bakar dalam kalangan sahabat lain yang menjadikan Abu Bakar sedikit menonjol dalam kalangan parasahabat. Dalam masa yang singkat sebagai khalifah, Abu Bakar banyak membantu memperbaharui kehidupan umat Islam, memerangi nabi palsu dan kaum muslimin yang tidak mahu membayar zakat pada masa itu. Pada pemerintahannya, penulisan Al Quran dalam lembaran-lembaran dimulakan.

Saidina Umar Al Khattab

Saidina Umar Al Khattab berasal daripada khabilah yang sama dengan Rasulullah saw. Saidina Umar masuk Islam selepas bertemu dengan adiknya Fatimah dan suaminya, Said bin Zaid pada tahun keenam kenabian Rasulullah saw. Sebelum Saidina Umar memeluk Islam, sudah ada 39 lelaki dan 28 wanita yang terlebih awal memeluk Islam ketika itu. Selepas Saidina Umar memeluk Islam, dakwah mula dilakukan secara terang-terangan sampai ke saat Hijrah. Saidina Umar terkenal dengan kemahirannya yang hebat berdiskusi dan bedialog memecahkan permasalahan pada zaman itu. Saidina Umar juga merupakan salah seorang yang melakukan hijrah secara terang-terangan dengan berani. Sebagai khalifah yang kedua, Saidina Umar sangat mementingkan kesejahteraan umat Islam. Setiap malam Saidina Umar akan mengelilingi rumah rakyatnya kerana beliau risau ada antara yang masih belum dipenuhi. Pada zamannya juga, kegemilangan Islam tercapai.

Saidina Uthman bin Affan

Sahabat ketiga pula ialah Saidina Uthman bin Affan. Peribadi Uhtman pula digambarkan seorang yang sangat pemalu dan sopan-santun. Saidina Uthman terkenal sebagai orang yang sangat kaya dan sangat pemurah. Dalam sebuat persiapan pasukan perang, Saidina Uthman pernah membiayai perbelanjaan peperangan itu seorang diri sahaja. Setelah kaum muslimin berhijrah, Saidina Uthman yang membeli ladang dari seorang Yahudi untuk kegunaan umat Islam. Pada masa kepimpinannya, Saidina Uthman merintis usaha penulisan Al Quran dalam bentuk mushaf dengan mengumpul lembaran-lembaran yang ditulis sejak zaman Saidina Abu Bakar.

Saidina Ali bin Abi Talib

Khalifah keempat selepas kewafatan Rasulullah saw. Beliau juga merupakan pemuda pertama yang memeluk Islam. Beliau juga menggantikan Rasulullah saw di tempat tidurnya pada malam Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. Pada ketika itu, Saidina Ali masih lagi kanak-kanak. Beliau merupakan menantu Rasulullah saw, suami kepada anak perempuan kesayangan Rasulullah saw iaitu Fatimah. Saidina Ali adalah seorang sahabat, walaupun berstatus menantu malah sepupu Rasulullah saw sendiri, kehidupannya sangat sederhana, bahkan tiada pembantu yang dapat disediakan buat isterinya di rumah.

Thalhah bin Ubaidillah

Beliau pernah menerima lebih dari 70 tikaman atau panahan anak panah ketika berperang dan jari tangannya putus ketika berperang semasa perang Uhud. Beliau merupakan insan yang tabah dan kuat, sehinga beliaulah yang melindungi Rasulullah saw dikebanyakkan saat-saat penting cubaan membunuh Rasulullah saw. Beliau pernah memapah Rasulullah saw yang tubuhnya tercedera menaiki bukit Uhud yang berada di hujung medan peperangan sehingga kaum musyrikin beredar meninggalkan medan perang kerana menyangka Rasulullah saw telah wafat

Azzubair bin Awwam

Azzubair bin Awwam adalah sahabat baik kepada Thalhah bin Ubaidillah. Beliau memeluk Islam ketika umurnya 15 tahun dan berhadapan dengan siksaan daripada ahli keluarganya sendiri. Kepahlawanan beliau terlihat dalam perang badar, saat beliau berhadapan dengan Ubaidah bin Saad Ibnul Ash, Azzubair berhasil menikam tomabk pada kedua mata musuhnya itu sehingga akhirnya tersungkur tidak bergerak lagi. Dan hal ini menyebabkan pasukan Quraisy takut dengan pasukan Islam. Beliau adalah suami kepada anak Saidina Abu Bakar iaitu Asma yang menghantarkan makanan kepada Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar ketika peristiwa hijrah. Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar, saat panglima perang Islam menghadapai tentera Romawi di Mesir, Amr bin Ash meminta bantuan tentera daripada Saidina Umar, lalu Saidina Umar mengirimkan 4000 tentera Islam yang dipimpin oleh 4 komander dan Saidina Umar menyertakan sepucuk surat yang mengatakan bahawa salah seorang komander tentera itu adalah Azzubair bin Awwam.

Abdurrrahman bin Auf

Abdurrahman bin Auf merupakan seorang pedagang yang berjaya. Namun semasa peristiwa hijrah, beliau meninggalkan seluruh harta yang telah diusahakan semenjak sekian lama. Setelah tiba di Madinah, beliau kembali menjadi seorang yang kaya. Ketika beliau meninggal dunia, wasiat beliau adalah agar setiap yang menyertai perang Badar yang masih hidup akan mendapat 400 dinar (ketika itu seramai 100 orang yang masih hidup) termasuklah Saidina Ali dan Saidina Uthman. Beliau juga berwasiat agar sebahagian hartanya diberikan kepada Ummahatul Mukminin.

Saad bin Abi Waqqas

Beliau merupakan orang yang pertama yang terkena panah di jalan Allah. KeIslaman beliau sangat kuat dan utuh meskipun beliau dikecam ibunya sendiri. Cabaran ini yang paling hebat ditempuhi olehnya iaitu memilih anatar ibu dan Allah. Saad memilih mengutamakan Allah.

Said bin Zaid

Said bin Zaid adalah adik ipar kepada Saidina umar dan suami kepada Fatimah. Beliau merupakan seorang anak yang dididik oleh seorang ayah yang mendapat hidayah Allah tanpa melalui kitab atau nabi. Kisahnya sama seperti Salman Al Farisi dan Abu Dzar Al Ghifari, Ramai para sahabat yang sering berkunjung dan berkumpul di rumahnya untuk mendapatkan keimanan dan ketenteraman semetara. Beliau adalah sahabat yang dermawan dan suka membantu meskipun hidupnya sederhana.

Abu Ubaidah Ibnul Jarrah

Beliau diduga dengan terpaksa membunuh ayahnya sendiri di saat perang Badar, sehingga Allah menurunkan kisahnya dalam Surah Al Mujadalah. Abu Ubaidah mendapat gelaran indah Rasulullah saw sebagai pemegang amanat umat.

Begitulah kisah 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah saw. Betapa hebatnya peribadi mereka sehingga Allah menyediakan syurga untuk mereka. Setiap apa yang mereka lakukan semuanya adalah kerana Allah. Sentiasa memuliakan Rasulullah saw. Begitu hebat cabaran dan dugaan yang diberikan kepada mereka tetapi sedikit pon tidak memutuskan keimanan mereka kepada Allah. Kita hendaklah mencontohi keperibadian mereka agar kita juga boleh bersama sama mereka untuk menempa taman-taman dalam syurga Allah. In Shaa Allah :)

SAHABAT

"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran ialah orang yang terbaik terhadap jirannya" -HR Al-Hakim

"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh itu sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh tidak boleh tidur" -HR Muslim.

"Seorang muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkannya (kepada musuh) dan tidak menghinakannya. -HR Muslim.

Allah menciptakan makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasang. Begitu juga manusia yang tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari daripada hidup berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal. Ini adalah anatara hikmah kenapa Allah menciptakan manusia daripada berbagai-bagai bangsa, warna kulit dan bahasa.

"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertawakkal di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" -Surah Al Hujurat, 13.

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sangggup bersusah-payah dan berkongsi suka-duka bersama kita, dan ada juga kawan yang meninggalkan kita disaat kita kesusahan. Terdapat ayat yang menyatakan mengenai peranan dan pengaruh kawan.

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar" -Surah At Taubah, 119.

Dalam erti kata yang mudah sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika kita salah memilih sahat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari denga hadith Rasulullah saw yang bermaksud:

"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya. Oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya" -HR Abu Daud.

"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakat yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumnya. Tukang besi pula menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar atau mendapat bau busuk" -HR Bukhari.

Ciri-Ciri Sahabat Yang Baik

1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia mencukupi keperluan.

2) Pilihlah sahabat yang apabila kita menghulurkan bantuan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan, dia suka menerima dengan rasa terharu. Jikalau dia melihat kebaikan yang ada pada diri kita, dia suka menghitung-hitung dan menyebutnya.

3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila kita menghulurkan bantuan tangan untuk memberikAn jasa baik atau bantuan, dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap berguna. Jika dia mengetahui mengenai keburukan diri kita, dia akan menutupinya.

4) Pilihlah sahabat yang jikalau kita meminta sesuatu daripadanya, pasti dia memberi. Jika kita diam dia akan mula bertanya dahulu dan jika dia ada sesuatu kesukaran atau kesedihan yang menimpa kita, dia suka membantu meringankan serta menghiburkan.

5) Pilihlah sahabat jikalau kita berkata, dia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jika kita mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika kita berselisih faham dengannya dia suka mengalah untuk kepentingan.

Dalam memilih sahabat, kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Sebagai remaja, yang terlepas pandang daripada pandangan ayah ibu, hendaklah berhati-hati dalam memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh merosakkan kita. Setelah meningkat dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan-kawan yanng baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Kawan yang tidak baik hanya membantutukan usaha kita ke arah yang lebih baik. Dalam kitab Al-Hikam ada menyebut "Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah."

Sufyan Astsaury berkata "Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka, harus bermuak-muka pada mereka, dan siapa bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula." Hati-hatilah atau tinggalkan sahabat seperti di bawah:

1) Sahabat yang tamak. Hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak dan hanya mementingkan diri sendiri.

2) Sahabat yang hipokrit. Dia menyatakan bersahabat berkenaan hal-hal lampau atau hal-hal yang mendatangkan meraih simpati dengan kata-kata kosong, dan jika ada kesempatan membantu dia mengatakan tidak sanggup.

3) Sahabat pengampu. Dia setuju dengan semua yang kita katakan sama ada betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran. Di hadapan kita dia memuji diri kita tetapi di belakang dia merendahkan kita.

4) Sahabat yang pemboros dan suka hiburan. Dia menjadi kawan jika berkeliaran dan melepak pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan. Saidina Ali ra berkata "Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan. Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa) maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh rendah akhlak (iman) daripadamu" 

Buat semua para pembaca, adalah lebih baik kita memilih sahabat yang boleh selalu mendorong kita mengingati Allah. Tak salah untuk kita berkawan dengan semua orang. Sekiranya kita ada sahabat yang perlu dibimbing akhlak atau akidahnya jadi ia menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkannya. Jadilah kawan yang baik supaya di hari pembalasan nanti kita tergolong dalam golongan orang-orang yang Allah tinggikan darjatnya kerana pernah menjadi sahabat yang baik. In Shaa Allah :)

HIJRAH: AKU PILIH JALAN ALLAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

HIJRAH

Pelbagai erti hijrah tiu ditafsirkan. Ada yang mentafsirkan sebagai perpindahan tempat tinggal. Ada yang mentafsirkan sebagai penghijrahan dari sesuatu keburukan kepada sesuatu kebaikan. Apapun, semuanya membawa erti yang sama. Dalam konteks kerohanian, hijrah menjurus kepada perubahan diri. Cuba kita fikir kembali. Betapa Allah itu hebat. Kita meminta, Dia memberi. Kita tak minta apapun Dia tetap memberi.

Allahuakbar. Kalau kita memperolehi apa yang kita minta kepadaNya, bersyukurlah. Kalau kita tidak dapat apa yang kita minta maka bersabarlah. Redha dengan ketentuan Allah. Ketahuilah bahawa apa yang disimpan Allah daripada kita itu adalah jauh lebih baik jika kita diberi. Ingat bahawa Allah memberi supaya kita memberi. Allah tetap memberi walaupun kita tak memberi.

Alhamdulillah. Kita sepatutnya kagum dengan kurniaan Allah buat kita. Hidayah yang telah diberikan untuk kita berhijrah kejalanNya. Ingatlah, itu tandanya Allah masih sayang kepada kita semua. Dia mahu kita kembali kepadaNya. Bersyukurlah dengan penghijrahan ini. Walaupun ada peritnya tetapi kita harus kuat!

"Dan sungguh Kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" -Surah Al Baqarah, 155.

Berasa kagumlah dengan nikmat kurniaanNya. Betapa hebat aturanNya. Mungkin kita tidak sedar yang segala kita perolehi hari ini adalah pemberianNya yang pernah kita minta suatu ketika dahulu. Terdetik hati ini untuk berubah berhijrah semuanya kerana Dia. Ya, kita minta diberi kekuatan saat kita jatuh. Kita minta kebahagiaan disaat kita tenggelam dalam kesedihan. Kita minta kebahagiaan disaat kita kesedihan. Kita minta ketabahan disaat datangnya ujian bertalu-talu.

Kadang-kadang mesti kita tertanya-tanya, kata hairan mengapa apa yang kita pinta masih belum ditunaikan Allah? Kini setelah penghijrahan ini akhirnya kita sedar dan mendapat jawapannya. Allah itu ternyata hebat! Allah tidak memberi apa yang kita mahukan tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Adakalnya Dia ganti lebih hebat daripada apa yang kita pinta. Pelbagai lagi nikmat yang Allah beri tanpa kita sedari.

Aku Perlu Berhijrah

Ikhlaskanlah hati. Kuatkanlah hati. Hati ini milik Allah. Jagakan ia sebaiknya. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penjaga. Hati mahu terus kuat berazam untuk berubah. Apabila ingin berubah hati terus mahu semangat. Niatkanlah kerana Allah. Apabila kita meletakkan Allah sebagai nombor satu dalam apa jua amalan, In Shaa Allah semuanya akan dilimpahi dengan keberkatan. Serahkan hati sepenuhnya agar ia menjadi milik Allah. Hati ini apabila dijaga Allah, takkan ada satu kesedihan pun yang mampu untuk mematahkan semangat juang untuk menanggung segala ujian yang diberikan. Ingat, bahawa hijrah itu memerlukan pengorbanan yang besar. Jadi mungkin saja hati dan diri boleh tergelincir daripada landasan. Jadi biar Allah pegang hati supaya iman dan taqwa terus bertambah dan kuat.

Doa Senjata Orang Mukmin

Doa itu tanda kita merayu memohon pertolongan daripada Allah. Mintalah kepada Allah agar hati terus kuat dan tabah dalam melangkah ke jalan Allah. Perjalanan hijrah bukannya mudah. Banyak halangan yang perlu kita tempuhi untuk mendapatkan tempat yang terbaik di sisi Allah. Jalan hijrah bukanlah jalan untuk orang orang yang banyak alasan. Jalan hijrah bukan untuk orang yang lemah. Jalan hijrah bukan untuk orang yang malas. Tetapi jalan hijrah itu untuk orang yang kuat, sabar, redha dan ingin kembali pada Allah.

"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke neraka Jahannam dalam keadaan yang hina" -Surah Al Mukminun, 60.

Sahabat Yang Soleh

Persekitaran juga mempengaruhi kita. Jadi carilah sahabat yang betul-betul boleh memberi galakkan dan semangat kepada kita untuk terus kuat berada di jalan Allah. Jauhilah rakan-rakan yang suka mempermainkan agama dan hukum-hukum Allah. Orang-orang yang sebegini selalunya akan memberi pengaruh yang besar kepada kita untuk kembali berpaling daripada jalan Allah. Bersahabatlah dengan orang-orang yang sentiasa menjadikan agama itu kecintaan mereka agar kita juga dapat semangat utuk mencontohi mereka meletakkan Allah nombor satu dalam setiap  aspek kehidupan.

Mencintai Majlis Ilmu

Penghijrahan memerlukan ilmu untuk terus menjadi panduan bagi memudahkan kita sentiasa memperbaiki diri. Dengan menghadiri majlis-majlis ilmu kita akan sentiasa dapat menambahkan ilmu. Ilmu-ilmu yang bermanfaat akan menjadikan akal kita lebih berhikmah dalam mengambil setiap keputusan dalam kehidupan. Akal yang penuh dengan ilmu juga akan memberi keterangan pada minda atas baik dan buruknya sesuatu perkara. Didik diri agar mencintai majlis-majlis ilmu supaya ilmu-ilmu yang kita timba itu boleh menjadi panduan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.

Cari Suasana Tarbiyah

Banyakkan bermuhasabah diri. Kadangkala kita tercari-cari kepada siapakah ingin kita meluahkan rasa hati. Nak meluahkan pada manusia bimbang lidah tidak bertulang. Allah biarkan kita tercari-cari supaya dipengakhirannya kita jumpa jalanNya untuk kita bermunajat dan muhasabah diri. Mengadulah kepada Allah. Banyakkan mengingati diri kepada Allah. Cari masa untuk kita selalu ingat kepadaNya. Hati-hati yang selalu ingat kepada Allah akan menjadikan seluruh anggota tubuhnya turut takut kepada azab Allah yang amat pedih.

Jangan Bertangguh

Ramai orang terlepas pandang aspek ini. Mereka suka menangguhkan hijrah. Kenapa perlu bertangguh untuk berpijak di jalan Allah? Kenapa perlu bertangguh untuk berlari menuju Allah? Mati itu pasti. Tidak ada satu pun yang dapat menahan saat kematian. Adakah kita ingin pulang menghadapNya dalam keadaan kita yang masih menyimpang jauh dijalanNya? Tak perlu untuk berkata esok untuk berdiri di jalan Allah. Mulakan sekarang. Kerana hari pembalasan juga kita pernah tertangguh.

Belajar Dan Mengajar

Apabila hati sudah tekad untuk memilih jalan Allah, maka mulakan suatu pembaharuan dalam hidup. Belajarlah bagaimana untuk menjadi hamba kesayanganNya. Belajar bagaimana untuk membina hidup atas nama Islam yang sebenar. Ada ilmu lalu berkongsilah dengan orang lain. Adakalanya kita perlu mengajar orang lain apakah itu erti kehidupan Islam yang sebenar. Jangan pernah menganggap bahawa kita belajar sekadar untuk memenuhi tuntutan agama tetapi Islam juga mengajar kita untuk berkongsi ilmu Allah itu bersama-sama dengan orang lain.

Buang Perasaan Riak Dan Sombong

Jangan pernah sesekali kita memandang hina pada orang yang masih lagi leka dengan dunia. Hidayah itu milik Allah. Sekiranya mereka mencari hidayah itu pasti Allah akan memberikannya tetapi hidayah yang Dia berikan kepada kita jika tidak dijaga maka dalam sekelip mata ia boleh ditarik balik. Sebab itulah Islam mengajar kita supaya selalu merasa rendah diri kepada sesiapa pun. Tanam sifat syukur dalam diri. Walaupun kita rasa kita sudah memenuhi segala tuntutan agama tetapi tanda amalan kita diterima atau tidak itu tiada tanda. Sedikit sahaja rasa riak dan takbur ada di dalam hati maka semua amalan itu adalah sia-sia.

Istiqamah

Istiqamah ini adalah sangat penting. Ramai orang yang sudah diberikan hidayah Allah tetapi mereka tidak menjaga hidayah itu lalu mereka tersungkur daripada jalan Allah. Jagalah hidayah dengan terus berdoa pada Allah dan istiqamah dalam menjaga kesucian Islam dalam kehidupan seharian. Jangan sia-siakan apa yang Allah berikan pada kita pada hari ini. Istiqamah dalam mencari keredhaan Allah kerana orang yang berada dalam redha Allah dia lah orang yang paling beruntung.

Hidup kita di dunia ini adalah sebagai jambatan akhirat. Baik jambatan yang kita bina maka mudahlah kita untuk sampai ke destinasi. Apakah bahan yang terbaik untuk membina jambatna ini? Adakah ia kukuh? Adakah ia menepati ciri-ciri? Sama-sama kita renungkannya.

Mudah bercakap, mudah berhujah tapi perlaksanaannya tidak semudah itu. Menuntut mujahadah dan kekuatan. Mohon agar Allah pelihara setiap butir kata, langkah yang kita ambil dalam melakukan sesuatu dan pelihara lintasan hati kita supaya kita tidak terus-terusan tertipu dengan bayangan indah ciptaan syaitan laknatullah. Memohon kekuatan agar berbakti berdiri sehebat serikandi agung.

Moga dengan peningkatan usia diri bertambah matang dan kuat untuk memikul amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Yakinlah pada Allah. Allah tidak akan mensia-siakan hamba-hambaNya yang berhati baik. Pasti akan ada kemudahan yang disediakan untuk yang ikhlas mencari.  Bagi mereka yang masih mencari, sama-sama kita berdoa agar Allah memberikan hidayah agung yang terbaik buat mereka. Bagi yang sudah menggenggamnya jagalah ia sebaik mungkin agar Allah yerus menjadikan ia milik kita. In Shaa Allah :)

Wednesday, 11 June 2014

AKHLAK DALAM BERFESYEN

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak" -HR Al-Albani.

Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa antara tujuan Nabi Muhammad saw diutuskan adalah untuk memyempurnakan akhlak umat manusia. Penyempurnaan akhlak ini adalah melalui contoh dan teladan mulia yang ditunjukkan oleh baginda kepada umatnya atau disebut sebagai qudwah hasanah.

"Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu peribadi yang mulia" _Surah Al Ahzab, 21.

Antara akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw adalah dengan menjaga penampilan diri baginda di hadapan khalayak ramai. Hal ini termasuklah bagaimana 'fesyen' baginda ketika berpakaian.

Adakah Salah Untuk Kita Berfesyen

Sesungguhnya Islam tidak melarang umatnya untuk mengenakan sesuatu fesyen sama ada dalam bentuk pakaian ataupun aksesori kecantikan. Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambaNya yang menjaga keterampilan diri dan kecantikan.

Rasulullah saw tidak melarang seseorang manusia itu untuk memperagakan fesyen malah baginda menekankan bahawa Allah itu sifatnya cantik dan suka akan kecantikan. Namun, Rasulullah saw melarang seseorang itu berfesyen dalam keadaan angkuh dan sombong kepada masyarakatnya. Walaupun kita diberikan kebebasan dalam memperagakan sesuatu fesyen, tidak bermakna kita boleh memakai apa sahaja pakaian tanpa perlu menghiraukan adab dan tatasusila.

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Berfesyen Dalam Islam

Islam telah menggariskan beberapa panduan bagi seseorang muslim ataupun muslimah dalam berpakaian.

1) Pakaian tersebut mestilah menutup aurat.
2) Tidak memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan dengan jelas.
3) Tidak memakai pakaian atau aksesori yang menyerupai ciri-ciri budaya orang bukan Islam.
4) Fesyen yang bertentangan dengan jantina adalah dilarang.
5) Mengelakkan daripada berfesyen yang keterlaluan daripada masyarakat setempat.

Nabi Muhammad saw menganjurkan kita supaya bersederhana dalam segala perkara termasuklah dalam memperagakan sesuatu fesyen. Antara larangan baginda dalam berpakaian ialah memakai pakaian yang disebut sebagai pakaian 'syuhrah' iaitu pakaian yang keterlaluan bentuk dan potongannya berbanding pakaian-pakaian kebiasaan.Hali ini bagi mengelak daripada timbulnya perasaan sombong dalam jiwa pemakai.

Wanita boleh bergaya dan berhias dalam keadaan tertentu tetapi untuk suami sahaja. Apa yang penting ialah pakaian itu mestilah diperbuat daripada kain yang tebal, tidak jarang atau terlalu ketat. Elakkan terlalu selekeh, comot atau memakai pakaian sehingga berbau busuk dan menggangu orang lain. Islam tidak melarang kita untuk berfesyen tetapi haruslah mengikut sebagaimana yang disyariatkan. Malah kita digalakkan menghias diri secara kemas, cantik dan sederhana.

101 Sebab Wanita Muslim Harus Menutup Aurat

"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya" -Surah Al Baqarah, 286.

1) Menjalankan syiar Islam.
2) Berniat untuk ibadah.
3)Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.
4) Kerana saya ingin taat kepada Allah yang telah menciptakan dan menyempurnakan saya.
5) Kerana saya ingin taat kepada rasulNya pembimbing umat dengan risalah baginda.
6) Memperoleh redha Allah.
7) Merupakan wujud tanda syukur atas nikmatNya yang tidak putus.
8) Seluruh ulama' berpakat bahawa mengenakan tudung itu wajib.
9) Agar kaum wanita menutup auratnya.
10) Bukan kerana mahu bergaya.

11) Bukan kerana mahu mengikut trend.
12) Bukan kerana berlagak baik.
13) Bukan kerana mahu menyembunyikan dosa.
14) Tidak sekadar bermaksud agar berbeza dari yang lain.
15) Meninggikan darjat wanita daripada belenggu kehinaan hamba nafsu.
16) Tudung sesuai untuk semua wanita yang mahu menjaga dirinya daripada nafsu lelaki.
17) Saya ingin menjadi wanita solehah.
18) Saya telah berusaha mencapai darjat taqwa.
19) Tudung adalah pakaian taqwa.
20) Tudung adalah identiti wanita muslimah.

21) Diawali dengan mengenakan tudung saya ingin menapak ke syurga.
22) Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka Allah.
23) Isteri-isteri Rasulullah saw berbusana muslimah.
24) Para sahabiah (sahabat wanita Rasulullah) juga berbusana muslimah.
25) Mereka merupakan ikutan seluruh wanita muslimah dan termasuklah saya.
26) Semoga Allah memberikan kepada saya balasan syurga seperti mereka.
27) Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) Islam.
28) Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) wanita muslimah.
29) Tudung lebih melindungi diri.
30) Membuat saya rasa lebih aman.

31) Menjaga diri daripada gangguan lelaki yang suka mengusik.
32) Menjaga diri daripada pandangan mata lelaki yang suka cuci mata.
33) Menjaga diri daripada syahwat lelaki.
34) Menjaga diri daripada pandangan mata lelaki yg bernafsu.
35) Menjaga diri daripada tangan-tangan lelaki yang ingin menyentuh.
36) Menghindar diri daripada zina mata dan zina hati.
37) Merupakan pencegahan daripada perbuatan zina itu sendiri.
38) Menghindari daripada sifay-sifat negatif.
39) Menghapus daripada keinginan-keinginan yang menyimpang.
40) Membuat saya lebih bersahaja.

41) Membuatkan lebih kusyuk.
42) Menjauhkan dari perbuatan dosa (In Shaa Allah).
43) Menimbulkan rasa malu apabila berbuat dosa.
44) Mendekatkan diri pada Allah.
45) Mendekatkan hati pad Rasulullah saw.
46) Mendekatkan hati pada nabi-nabi Allah.
47)Mendekatkan diri dengan sesama muslim.
48) Mendekatkan diri pada ajaran Islam.
49) Membuatkan diri ingin belajar lebih lagi tentang Islam.
50) Membuatkan hati selalu rasa haus untuk terus pelajari Islam.

51) Membuatkan saya tetap ingin menjalankan ajaran Islam.
52) Ajaran Islam berlaku sepanjang masa dan tidak ada yang kuno.
53) Tudung bukanlah sesuatu yang kuno.
54) Mengatakan tudung itu kuno bererti menggugat undang undang Allah.
55) Allah Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
56) Tudung bererti menandakan kemajuan penerapan ajaran Islam di masa kini.
57) Merupakan satu barometer telah terbentuknya suatu lingkungan yang Islam.
58) Membezakan dari dari penganut agama lain.
59) Memudahkan dalam mengenali sesama muslim.
60) Memperkuatkan silaturrahim dan ukhuwah sesama Islam.

61) Menghilangkan keraguan apabila ingin menyapa saudara seIslam.
62) Memudahkan menanam rasa sayang sesama Islam.
63)Menjadikan diri kelihatan lebih anggun.
64) Membuat kelihatan lebih menyenangkan.
65) Membuat kelihatan lebih kewanitaan.
66) Tidak terlihat seperti lelaki.
67) Membuat selalu berada dalam lingkungan yang Islamik.
68) Tudung menjaga diri daripada pergaulan yang salah.
69) Memudahkan didi untuk mendapat suami yang soleh. (In Shaa Allah)
70) Wanita yang baik (solehah) untuk lelaki yang baik (soleh)

71) Mudah-mudahan diberi jodoh daripada kalangan lelaki yang baik.
72) Jodoh merupakan urusan Allah.
73) Dengan ketaatan pada Allah, Dia akan memberikan kemudahanNya untuk kita.
74) Memudahkan dalam berdakwah.
75) Membuatkan lebih mudah bergerak.
76) Tudung menjaga tubuh sehingga menutupi setiap lekuk di badan.
77) Pakaian yang ketat menyebabkan ketidakselesaan.
78) Seluar ketat menyukarkan pergerakkan.
79) Seluar ketat merupakan salah satu faktor masalah kesihatan.
80) Menjimatkan masa dalam bersiap berpakaian.

81) Menjimatkan masa dalam berhias.
82) Tidak perlu bersusah-payah mengikut trend terkini yang kian berkembang.
83) Menjimatkan wang dalam membeli pakaian trendy.
84) Menjimatkan wang daripada membeli alat soleh.
85) Melindungi kulit daripada bahan alat solek yang boleh merosakkan kulit.
86) Melindungi kulit daripada bahaya UV.
87) Mengurangkan risiko penyakit kulit.
88) Pancaran matahari boleh menyebablan kulit menjadi kering.
89) Mengurangkan pigmentasi pada kulit.
90) Melindungi rambut daripada debu yang berterbangan.

91) Dedebu boleh mengotori rambut yang menyebabkan kerosakkan rambut.
92)  Membuatkan kehidupan ini lebih sederhana.
93) Menghindari daripada sifat membazir.
94) Membuat diri tidak silau dengan kemegahan dunia dan segala perhiasannya.
95)Membuatkan diri lebih memikirkan hal lain selain model dan perhiasan.
96) Menempatkan wanita menjadi subjek dalam proses pembangunan umat.
97) Lebih mudah dalam menabung.
98) Memiliki kesempatan untuk melakukan ibadah haji.
99) Memiliki kesempatan lebih banyak untuk berinfaq dan bersedekah.
100) Itu bererti lebih banyak beramal untuk bekalan akhirat.
101) Menjadikan diri lebih kepada wanita sejati.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana mana ulama, mufti tetapi ini adalah suruhan yang datangnya Allah yang menciptakan kita semua. Hairannya, manusia semua yang diberi Penciptanya sperti makanan, minuman, kesihatan, rezeki dan macam macm lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat Tuhan tetapi apabila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

"Dan hendaklah kamu tetap diamdi rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu, dan dirikanlah solat serta berikanlah zakat, dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanya kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai 'AhlulBait' dan hendaklah membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). -Surah Al Ahzab, 33.


Alhamdulillah. Saya harap penerangan isu ini boleh menjadi sedikit sebanyak panduan utk para pembaca untuk lebih jelas dalam berfesyen yang disyariatkan Islam. Kita tidak dilarang untuk berfesyen tetapi haruslah menepati ciri-ciri yang digariskan agar kita terhindar daripada mengikut budaya fesyen yang dibawa oleh orang-orang bukan Islam. Moga kita semua selamat daripa mangsa fesyen orang-orang kafir. Nauzubillah. Semoga terhindar daripada kemurkaan Allag. In Shaa Allah :)

AKU PERSEMBAHKAN TAUBAT PADA-MU

Setelah bertahun melangkah di atas bumi Allah ini, pelbagai perkara yang telah diri ini lakukan. Bila difikirkan semula terasa begitu banyak dosa yang telah dilakukan. Apakah yang perlu diri ini untuk terus melangkah atas setiap memungkaran yang diri ini perbuat? Hati ini ingin pulang. Tapi kemanakah diri ini perlu tuju? Ya Khaliq, aku ingin pulang kepadaMu. Aku sesali segala perbuatanku.

Alhamdulillah. Jika terasa menyesal, itu petanda iman masih di dalam dada. Sebaiknya, jika dosa tidak memberi kesan apa apa, , malah kita tetap bergembira, itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk mati.

Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa apa tetapi meyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita sesalkan. Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya. Tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai galang-ganti kepada kejahatan kita yang pernah lakukan.

Menangislah Hari Ini

Pangkat di dunia ini tidak akan berguna selepas mati. Sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah, malah lebih berguna di kehidupan akhirat nanti yang kekal abadi.

Rasulullah saw bersabda:
"Malaikat Jibril datang kepadaku dengan berkata: Rrugilah (kecewa)  orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat ke atasmu.' Aku mengucapkan 'Amin'. 'Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk syurga'. Aku berkata 'Amin'. Jibril berkata lagi 'Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya'. Lalu aku mengucapkan 'Amin'."
-Hadith riwayat Ahmad.

Hati siapa yang tidak tetsentuh apabila melihat hadith Rasulullah saw di atas? Betapa ruginya nanti kita di akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah swt. Menyesallah dahulu kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini. Menangis di akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.

Takutlah akibat dosa yang telah kita lakukan. Jangan ambil mudah dengan kemurkaan Allah. Jika marah isteri, suami, boss atau kawan-kawan, sudah boleh menyebabkan hidup kita resah apalagi murkanya Allah Tuhan yang menciptakan kita semua ini. Ya. Kita sering terlupa bencana yang datang akibat dosa yang telah kita perbuat.

Lupakah kita dengan kisah kaun Aad yang ditimpa bencana tepat ketika mana mereka beriak riak menuju 'syurga' ciptaan raja mereka? Apakah kita lupa bagaimana sikap Rasulullah saw ketika baginda dan para sahabat  melalui lokasi tempat kaum Aad  dan Tsamud menerima bala? Baginda terlalu terganggu oleh nostalgia-nostalgia dosa hingga sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah saw menyuruh para sahabat menundukkan muka dan jangan memandang ke langit (tanda merendahkan diri) ketika melalui tempat tersebut?

Rasulullah saw pernah berdoa memohon agar Allah swt tidak menurunkan bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan solat dengan penuh tawadhuk dan baginda berdoa:

"Tuhanku,. Tidakkah Engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku berada bersama mereka. Tidakkah Engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat" -HR Sulaiman bin Al- Ash'ath dan Abi Daud.

Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, seorang insan yang maksum daripada dosa dan dijamin masuk syurga. Padahal baginda insan yang mulia, para penduduk kota Madinah ialah para sahabat Rasulullah saw yang terkenal sebagai generasi Al Quran itu sendiri adalah kota suci yang penuh rahmat dan keberkatan.

Jangan Rasa Selamat

Dengan segala kelebihan itupun baginda masih tidak ada rasa jaminan keselamatan daripada bala bencana. Sinisnya, bagaimana nasib kita yang setiap masa bergelumang dengan kemungkaran dan kemaksiatan? Kadangkala hidup ditengah kota yang dikelilingi premis dosa? Walaubagaimanapun, bencana alam, penyakit kronik, gejala sosial boleh membawa rahmat jika kita dapat mencungkil ibrahnya yang tersirat.

Ia boleh diumpamakan sebagai racun kepada hati yang telah derhaka kepada Allah tetapi penawarnya kepada hati yang tunduk dan patuh kepada Allah. Kata orang "What happens in you is more important than what happens to you". Apa yang berlaku 'di dalam' diri kita jauh lebih penting daripada apa yang berlaku kepada diiri kita.

Untuk memahami yang tersirat dan mengcungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Bencana alam yang telah menimpa umat-umat nabi terdahulu kerana kederhakaan dan kedegilan mereka walaupun telah diberi peringatan berkali-kali perli diamati sebaiknya.

Renungilah hakikat ini. Umat Nabu Nuh as yang tunduk kepada hasutan syaitan, yang mana syaitan itu diciptakan daripada api, Allah musnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar.Kaum Saba' yang juga menyembah matahari, Allah datangkan air sebagai pemusnah. Hukum ini terus berjalan sepanjang zaman. Apabila kemungkaran yang bermaharajalela di tengah umat manusia, Allah akan datangkan bala bencana ssebagai azab yang memusnahkan mereka.

Inilah yang berlaku kepada umat Nabu Luth as yang telah ditelan bumi kerana mengamalkan homoseksual. Kaum Nabi Salleh as kerana curang dalam peniagaan. Kaum Aad dan Tsamud yang ditimpa hujan batu kerana kederhakaan mereka.

'Tentera Allah' (air, angin, tanah) dihantar kepada para pendosa yang ingkar walaupun tlah diberi peringatan berulangkali oleh nabi-nabi mereka. Sepanjang sejarah, sudah lapan bangsa pada lapan zaman yang telah mendapat akibat buruk daripada Allah swt kerana mendustakan rasul mereka.

Beruntungnya menjadi umat kaum Nabi Muhammad saw yang mempunyai banyak kelebihan berkat kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Bencana tidak akan berlaku serta-merta kepada umat Nabi Muhammad saw seperti mana yang menimpa umat nabi-nabi yang terdahulu. Masih ada penangguhan tempuh masa untuk perbaiki diri.

Bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir dan bermacam lagi walaupun sudah hebat dan berkali ganda lebih ringan daripada bencana yang tertimpa umat terdahulu, tetapi itu semua petanda yang sama iaitu peringatan bagi mereka yang ingkar pada agama Allah.

Apapun mesejnya ia tetap sama sebagai peringatan dan amaran. Dengarkanlah 'bisikan' Allah ini.Jangan sampai kita terpaksa mendengar 'jeritanNya' (bencana yang lebih dasyat). Lihat saja loji-loji nuklear di Fusyima Jepun yang telah dilumpuhkan hanya dengan kuasa air. Bukankah ini satu tempelakkan kepada kemajuan teknologi yang dibanggakan oleh manusia tetapi akhirnya tunduk kepada kuasa 'konvensional' Allah yakni air?

Walaubagaimanapun, ada bencana lebih seni dan makwani sifatnya.Tidak ketara oleh mata tetapi sangat derita pada hati. Didunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta daripada kebenaran. Ia akan menutup pintu hati daripada melihat kepada yang hakiki dan membuatnyaterbalik dalam membuat penilaian.

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah Kami peringatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa" -Surah Al An'am, 44.

Pendosa Tidak Tenteram Jiwanya

Manakala secara peribadi dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit,perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kadangkala kita sudah memiliki kekayaan, pekerjaan yang baik dan kesihatan terjamin.

"Dan barangsiapa yang berpaling daripada peringatanKu maka sesungguhnya bnginya penghidupan yang sempit" -Surah Thaaha, 124.

Di dunia ini tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatan. Meskipun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja yang diingini, mampu tinggal dimana sahaja yang dikehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung dan masih terus ragu-ragu. Inilah kehidupan yang sempit.

Hati Yang Bercahaya

Hati orang yang soleh begitu lembut, sensitif, mudah tersentuh, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup berkarat, keras dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran .Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa tetapi salahkan diri sendiri.

Perhatikanlah hari-hari yang kita lalui selepas Ramadhan nanti, apakah penuh pahala atau sebaliknya? Bagaimana kita di sini begitulah kita di akhirat nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai. Sebusuk apa pun maksiat yang telah kita lakukan dan sebanyak apa pun dosa yang telah kita perbuat bilamana manusia itu kembali kepada Allah, maka Allah akan menerima taubatnya. Bahkan terhadap orang kafir sekalipun, bilamana dia memeluk agama Islam Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.

Pintu taubat sentisa terbuka. Allah swt akan sentiasa menanti kedatangan hambaNya yang bertaubat. Namun, tidak selamanya pintu taubat itu terbuka. Sudah tiba saatnya pintu taubat itu akan tertutup rapat terutamanya pada dua keadaan.

Keadaan Pertama

Ketika nyawa manusia sudah berada dikerongkong Rasulullah saw bersabda:

Sesungguhnya Allah Maha Mulia lagi Maha Agung menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai di kerongkong" - HR Tirmidzi.

Keadaan Kedua

Ketika matahari terbit dari sebelah barat. Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa bertaubat sebelum matahari terbit dari sebelah barat nescaya Allah akan menerima taubatnya." - HR Muslim.

Apabila pintu taubat tertutup maka penyesalan, perbuatan baik, dan keimanan orang kufur tifdak akan bermanfaat lagi. Allah swt tidak akan menerima taubat dan amalan mereka.

"Yang mereka nantikan tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan sebahagiaan dari tanda-tanda Tuhanmu.Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah 'Tunggulah olehmu, sesungguhnya kami pun menungguh (pula)" -Surah Al An'am, 158.

Hal ini harus menjadi perhatian kita untuk tidak menunda-nunda taubat. Apablia tidak akan dilakukan maka bukan tidak mungkin hal itu akan menenggelamkan kita pada kemaksiatan yang pada akhirnya diri kita akan menganggap baik sesuatu yang buruk. Selagi kita hidup di dunia ini, mari kita gunakan kesempatan ini untuk bersiap diri sebelum pintu taubat tertutup.

"Sesungguhnya penerimaan taubat disisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya. dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"
-Surah An Nisa, 17.

Bersegeralah melakukan pelbagai kebaikan sebelum datangnya masa yang menyebabkan kita sukar untuk melakukannya. Rasulullah besabda: "Bersegeralah kamu untuk melakukan untuk mengerjakan amal soleh kerana akan terjadi berbagai fitnah akhir yang menyerupai malam yang gelap gelita"
-HR Tirmidzi dan Muslim.

Berusahalah meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt. Hanya dengan ketaqwaan kita akan diberi kemampuan untuk membezakan yang benar dan salah.

Wahai para pembaca yang saya kasihi, telah banyak perkara yang kita lakukan di atas dunia ini yang telah mengundang kemurkaan Allah swt. Telah banyak dosa yang telah kita perbuat sehingga hati kita menjadi keras untuk mengingati azab Allah yang lagi keras itu. Bersegeralah dalam bertaubat supaya Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita dan menyelamatkan kita di akhirat kelak. In Shaa Allah :)

Monday, 9 June 2014

TAUBAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt pada malam ini kerana saya masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk berkongsi ilmu dengan anda semua. TAUBAT.

Pengertian Taubat:
Taubat dalam bahasa arab bermaksud taubah atau perkataan tawaba. Dari sudut bahasa taubat bererti kembali. Seseorang itu dikatakan bertaubat sekiranya dia telah kembali kepada Allah swt dari melakukan dosa atau telah meninggalkannya. Adapun dari sudut istilah, apabila dikatakan seseorang itu telah bertaubat maksunya dia telah kembali dari melakukan maksiat atau dosa terhadap Allah swt untuk mentaati Allah swt. Dalam bahasa mudahnya taubat itu adalah pengaduan kita kepada Allah swt supaya Allah swt ampunkan dosa dosa kita yang telah lalu serta memberi keredhaanNya.

Kenapa Kita Perlu Bertaubat:
Kerana kita perlukan pengampunan dari Allah swt atas segala kesilapan dan dosa yang telah dilakukan. Allah itu Maha Pengampun tapi hanya sekiranya kita minta dari Allah tetapi kita sombong nak meminta dengan Allah, maka Allah tidak akan memberi keampunan kepada kita.

Apakah Bukti Kita Bertaubat:
Kita berhenti melakukan dosa dosa tersebut dan tidak lagi melakukannya lagi pada masa akan datang.

Kenapa Kita Perlu Segera Bertaubat:
Kerana kita tidak tau bila kematian akan datang kepada kita. Mati akan datang kepada orang tua tapi ingat mati juga datang kepada orang orang muda dan agar hati kita boleh menerima hidayah Allah swt. Kalau seseorang itu berbuat dosa, akan melekat satu titik hitam di dalam hatinya dan titik hitan itu tidak akan hilang melainkan sekiranya dia bertaubat kepada Allah swt. Sekiranya seseorang itu menangguhkan taubatnya, maka makin banyaklah titik titik hitam dihatinya sehingga hatinya  penuh dengan titik titik hitam.Maka pada masa itu tidak ada ruang untuk nur hidayahmasuk ke dalam hatinya. Hatinya akan menjadi tidak lut dengan segala apa pun ayat ayat Al Quran, hadith hadith, dan nasihat-nasihat. Nauzubillahi min zalik. Kerana itulah kita kena segerakan bertaubat agar hati bersih dari titik titik hitam.

Bilakah Kita Harus Bertaubat:
Esok? Lusa? Minggu hadapan? Selepas membaca blog ini? Selepas solat nanti? Sekarang! Sekarang jugalah kita kena bertaubat. Jangan bertangguh lagi.

Apakah Jenis-Jenis Taubat:
Taubat terbahagi kepada dua jenis:-

1) Muwaqqatan - Kalau tersedar kesalahannya, dia sega memperbetulkannya. Yakni dipanggil taubat sementara. Taubat yang kurang berkesan.

2) Nasuha - Yakni taubat yang sebenar-benarnya dan selama lamanya. Taubat seperti ini selalunya taubat yang memberi kesedaran sepenuhnya kepada hati dalam pembasmian dosa.

Bagaimanakah Mendapatkan Taubat Nasuha:
Keikhlasan dan kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah swt dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir daripada keihklasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah swt akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau taubat yang ikhlas. Ia taubat yang diterima oleh Allah swt.

Tanda-Tanda Taubat Diterima:
* Selepas bertaubat keadaanya lebih baik daripada sebelumnya. seseorang hamba hendaklah melihat dirinya selepas bertaubat. Apakah bertambah baik hidupnya atau masih berada dalam kejahatan? Kalau kehidupannya makin membaik, Alhamdulillah bersyukurlah tetapi kalau masih berada dalam keadaan kesesatan maka hendaklah disesali.

* Berasa takut dan tidak aman terhadap azab Allah swt.

* Hendaklah mengunci keinginan hatinya daripada melakukan maksiat. Hendaklah menyesal dan takut untuk melakukan sama ada dosa kecil ataupun dosa besar.

* Berasa dirinya hina dan tawadhuk.

Tanda-Tanda Taubat Ditolak:
* Lemah keazamannya dan hatinya membayangkan keseronokkan melaukan dosa itu semula. Itu adalah taubat orang yang dusta. Malunya kepada manusia tetapi tidak kepada Allah. Takutnya kepada manusi tetapi bukan kepada Allah swt.

* Tenang dan yakin dirinya telah bertaubat dan berasa aman daripada murka Allah. Ini yang biasa dirasakan oleh orang orang yang bertaubat. Hanya dengan beristighfar dan mengerjakan solat sunat taubat, memadailah bagi diri mereka untuk berasa tenang dan aman seolah-olah dosanya telah diampunkan.

* Beku airmatanya daripada menangis dan keras hatinya. Tidak takut terhadap kematian dan peristiwanya. Tidak takut kepada azab neraka serta peristiwanya.

Solat Sunat Taubat:
* Niat - usolli-sunnatan-taubati-rok'ataini-lillahi-ta'ala (sahaja akau solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala

* Bacaan Surah Al Fatihah. Membaca Surah Al kafirun pada rakaat pertama dan bacaan Surah Al Ikhlas pada rakaat kedua.

* Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali.

"laa-ila-hailla-anta-subhaa-nakainniiy-kuntu-minaz-zolimin" (tiada Tuhan melainkan Dikau. Maha Suci Dikau. Seseungguhnya aku ini termasuk daripada golongan yang zalim)

* Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar.

"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus dan aku bertaubat kepadaNya"

"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus. Aku bertaubat kepadaNya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada mengusai dirinya dan tidak mampu membuat, menolat mudarat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan dibangkitkan"

* Kemudian bacalah penghulu istighfar:

"Ya Allah, Dikaulah Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Kau. Engkaulah yang menciptakan aku dan aku hambaMua. Dan sedaya upaya mampuku, aku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadapMu. Aku memohon perlindunganMu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan. Aku mengaku akan segala nikmat yang Kau berikan kepadaku dan aku mengaku segala dosa dosaku. Maka ampunilah aku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau"

* Bacalah doa taubat:

"Aku memohon ampun kepada Allah. Aku memohon ampun kepada Allah. Aku memohon ampun kepada Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Hidup lahi Maha Mengurusi. Aku bertaubat kepadaNya selaku taubatnya seorang hamba yng banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudarat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan. Aku memohon perlindunganMu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Aku memohon perlindunganMu daripada segala kesalahan dan hukuman. Ya Allah, bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kotoran, Ya Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu  atas segala dosaku, dan aku berjanji tidak akan mengulanginya. Ya Allah, pengampunanMu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunanMu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak sekali menganiayai diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Aku. Maka berikanlah aku keampunanMu, kasihanilah akiu. Ya Allah, terimalah taubatku. Suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Fadhilat Taubat:
* Diampunkan Allah swt.
* Dimudahkan segala urusan.
* Menceriakan kehidupan seharian.
* Menghilangkan perasaan tertekan.
*Mencegah daripada melakukan dosa.

Sunday, 8 June 2014

MUSLIMAH YANG MUKMINAH

Tinta buat hamba hamba yang sedang berjihad dan berjuang di jalan Allah swt. Selawat dan salam buat rasul tercinta Nabi Muhammad saw.

Mukmin merujuk kepada orang yang benar benar beriman dan mengamalkan ajaarn Islam sepenuhnya serta mengabdikan diri kepada Allah swt. Inilah yang disebut "setiap mukmin itu muslim tetapi tidak setiap muslim itu mukmin". Jadi perkataan muslim itu umum manakala perkataan mukmin itu khusus.

Mukmin dan muslim adalah gelaran untuk lelaki manakala perkataan mukminah dan muslimah adalah untuk perempuan.

Muslimah: Seorang wanita Islam yang benar benar mengamalkan segala tuntutan agama sepertimana yang digariskan oleh Al Quran dan As Sunnah. Bukan hanya kalimah syahadah sebagai bukti keislaman malah menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Mukminah: Bukan sekadar beriman kepada Allah, para malaikat, para rasul, kitab Al Quran, hari kiamat,serta qada' dan qadar bahkan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Oleh kerana hakikat iman yang sempurna itu adalah mengikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota badan. 

Muslimah berasal dari perkataan "aslam" iaitu menyerah bukan bererti wanita Islam semata mata. Ia juga membawa erti seorang wanita yang menyerahkan keseluruhan dirinya kepada Allah swt, memberi sepenuh kepercayaan terhadap segala yang disuruh dan dilarang oleh Allah swt dan apabila Allah swt menyuruh sesuatu suruhan dia terus melakukannya, bilamana Allah swt melarang terhadap sesuatu perkara dia juga terus meninggalkannya.

Muslimah sejati tidak diukur dari kecantikan dan keayuan wajah semata-mata tapi wanita muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberi tapi seikhlas mana kebaikan yang dia beri.

Muslimah sejati juga bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia tempuhi tetapi dilihat sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya. Dia sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberi. Jikalau hati ini masih susah nak redha, kita kena didik hati supaya menjadi hati yang sentiasa redha atas segala sesuatu ketentuan. Allah itu Maha Adil. 

"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannyadan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang dikendakinya" -Riwayat Al Bazzar.


TIPS MENJADI WANITA MUSLIMAH

* Solat tepat pada waktunya.

* Banyakkan amalam sunat dan basahkan bibir dengan zikir.

* Selitkan butir bicara seperti "Bismillah, Alhamdulillah, In Shaa Allah, Subahanallah,       Allahuakbar" dan lain-lain zikir.

* Menjadikan Al Quran sebagai pendamping.

* Tidak mengeluh dengan masalah atau ujian yang kecil.

* Bercakap dengan rendah suara tetapi jangan dilunakkan.

* Lembut dan halus tingkah laku dan tidak melenggokkan badan dengan sengaja.

* Tutur bicara yang dikawal

* Berpakaian mengikut syariat.

* Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.

* Menghormati orang yang lebih tua.

* Menghormati dan taat kepada kedua ibu bapanya.

* Menjadi contoh yang baik kepada yang lebih muda dan mencontohi orang yang lebih mulia.

* Murah dengan senyuman.

* Banyak mendengar daripada bercakap.

* Senyumannya adalah ketawanya.

* Tidak keluar tanpa urusan penting agar dapat menghindari fitnah.

* Menjauhi perbuatan mengumpat dan mengkeji orang lain.

* Tidak menghebohkan kedudukan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya serta menerima dugaan dengan redha.

* Sentiasa mendoakan perkara-perkara yang baik untuk semua orang.

* Bergaul dengan semua orang tanpa mengira status dan taraf pendidikan.

* Tidak boros dalam berbelanja dan bijak menguruskan kewangan.

* Berhati-hati dengan makanan yang diambil dan menjauhi syubhah.

* Bersifat penyayang dan belas kasihan terhadap binatang.

* Mencintai alam sekitar dan mengutamakan kebersihan.

* Menjaga auratnya seperti yang diperintahkan Islam.

* Tidak berpura-pura baik untuk mendapatkan pujian dan sanjungan manusia.

* Tidak memandang harta benda serta kekayaan hidup sebagai faktor kebahagiaan yang utama.



Sebenarnya terdapat banyak lagi tips untuk menjadi muslimah yang sejati. Ini cuma sebahagian darinya. Yang pasti kita cuba untuk menjadi yang sebaiknya di mata Allah swt, bukan di mata manusia. Jangan kita menganggap kita ini lebih suci daripada orang lain. Jangan! Belum tentu kita akan mati dalam keadaan beriman. 

Mukminah adalah seorang Islam yang sanggup berjihad dan mentaati Allah swt sedangkan seorang muslimah adalah seorang Islam yang belum tentu melaksanakan perintah-perintah Allah swt. Apapun, masih ada gelaran yang lebih tinggi dari mukmin iaitu Muttaqin, Mukhlisin dan Muqarrabin.


Muttaqin: golongan orang orang yang bertaqwa.

Mukhlisin: golongan orang orang yang ikhlas daam amalannya.

Muqarrabin: golongan orang orang yang taqorrub dengan Allah swt serta hampir dengan Allah Taala.


TIPS MENJADI WANITA MUKMINAH

Elakkan berurusan dengan lelaki:
Ini kerana suara wanita yang amat lunak boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampat Allah swt melarang wanita melunakkan suara mereka. 

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemt-lembutkan suara dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan yang baik" -Surah Al Ahzab, 32.

Tundukkan hati:
Sekiranya tidak dapat dielakkan sesuatu urusan maka dibolehkan. Tetapi rasa takutlah kepada Allah swt apabila berhadapan dengan kaum lelaki. Nauzubillan. Beristighfarlah sebanyaknya apabila kita berhadapan dengan kaum lelaki kerana wanita adalah fitnah terbesar bagi kaum lelaki.

Berdoalah "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkanlah pandangannya daripada panahan-panahan syaitan"

Tundukkan pandangan:
Allah swt memerintahkan supaya para sahabat dahulu menahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri isteri nabi.

".....apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka" -Surah Al Ahzab, 53.


Tidaklah sesusah mana pun untuk menjaga pandangan ini tetapi jangan pula jaga pandangan pada hakikat dunia realiti yang sebenarnya. Mukminah itu orang orang perempuan yang beriman, menjaga solatnya, baik pengetahuan tentang agama Islam. Dengan adanya pengetahuan yang baik mengenai agama Islam yang suci ini maka akan terhindarlah diri ini daripada kemurkaan Allah swt. Jadilah wanita wanita penghuni syurga Allah swt. In Shaa Allah :)   

Saturday, 7 June 2014

SYURGA SYURGA ALLAH

Telah dinyatakan di dalam Al Quran  dan disampaikan oleh rasul junjungan teragung Nabi Muhammad saw tentang kenikmatan kenikmatan yang Allah swt janjikan bagi orang orang yang beriman. Kabar gembira ini hanya untuk mereka yang meninggalkan kenikmatan dunia hanya untuk mencapai kebahagiaan abadi akhirat di dalam syurga Allah swt.

Seperti yang kita semua ketahui bahawa syurga itu ada 7 tingkat. Di mana setiap syurga itu adalah berbeza beza bagi golongan penghuninya. Jadi dikesempatan ini ingin saya kongsikan kepada para pembaca semua tentang 7 syurga Allah swt ini dan golongan manakah yang layak untuk mendiaminya dan amalan apakah yang boleh membantu kita untuk mendapatkan tempat di dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan.


SYURGA FIRDAUS

Mengenai syurga Firdaus ini di dalam Al Quran Allah swt ada menegaskan:

"Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalh syuga Firdaus menjadi tempat tinggalnya" -Surah Al Kahfi, 107.

"Dan orang orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah yang mewarisi, yakni akan mewarisi  syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya" -Surah Al Mu'minun, 9-11


SYURGA 'ADN

Syurga 'Adn ini banyak sekali dijelaskan dalam Al Quran.

"(Iaitu) syurga 'Adn yang mengalir sungai sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya, dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan)" -Surah Taha, 76

"(Iaitu) syurga 'Adn yang pintu pintunya terbuka bagi mereka" -Surah Shaad, 50.


SYURGA NA'IM

"Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam syurga yang penuh kenikmatan" -Surah Al Hajj, 56

"Sesungguhnya orang orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, bagi mereka syurga syurga yang penuh kenikmatan" Surah Luqman, 8.


SYURGA MA'WA

"Adapun orang orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka Jannah tempat kediaman sebagai pahala terhadap apa  yang mereka kerjakan" -Surah As Sajdah, 19.

"Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya" -Surah An Naziat, 41


SYURGA DARUSSALAM

"Allah menyeru (manusia) ke darussalam (syurga) dan menunjuki orang yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus (Islam)" -Surah Yunus, 25

Erti kalimat Darussalam ialah tempat tinggal yang penuh kedamaian dan keselamatan. Pimpinan (hidayah) Allah swt berupa akal dan wahyu untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.


Semoga dengan amal soleh yang kita lakukan di atas dunia ini boleh memandu kita untuk menuju ke salah satu syurga syurga Allah swt. Tinggalkanlah segala perkara yang Allah tidak suka serta lakukanlah pekerjaan yang boleh mendatangkan kebahagiaan kepada kita di akhirat kelak. In Shaa Allah :)

Selawat dan salam ke atas nabi teragung, Rasulullah saw.

MENCARI SEBUAH HIDAYAH

Menurut tafsir Surah Al Fatihah, 6
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus"

Ia adalah salah satu pengertian doa yang mengandung permohonan agar Allah swt menujukkan kita jalan yang lurus, menunjukkan kita kepada jalanNya, dan memperlihatkan kepada kita jalan menuju petunjukNya yang akan membawa kita sehingga dekat kepadaNya.

Ia juga menunjuk kepada pengertian petunjuk dan tuntutan. Di dalam Surah Al Fatihah, kita memaohon kepada Allah swt agar diberi hidayah.  Hidayah adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan dan dengan hidayah seseorang diberi petunjuk untuk menuju ke jalan yang bena rdan dapat mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Lawan daripada hidayah ini ialah dalal (kesesatan). Dalam kaitan dengan ini manusia dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu manusia yang berada dalam hidayah dan manusia yang berada dalam dalal ataupun kesesatan. Manusia yang selalu menyimpang dari jalan yang benar, bahkan menentang jalan jalan yang benar.


APAKAH HIDAYAH ?

Hidayah adalah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah swt. Daripada seorang yang kufur menjadi seorang yang beriman dan taat kepada perintah Allah swt. Hidayah memang datangnya dari Allah swt. Akan tetapi seorang hamba itu hendaklah berusaha untuk mendapatkannya.

"Sesungguhnya  (Muhammad) engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk" -Surah Al Qasas, 56.


CONTOH ORANG YANG MENDAPAT PETUNJUK  ALLAH SWT

Saidina Umar Al Khattab:

Seorang pemuda yang sangat bengis dan benci akan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Saidina Umar seorang yang hebat berperang dan berlawan pada zaman itu. Beliau adalah pahlawan gagah kaum Quraisy. Sehingga terjadi suatu peristiwa apabila beliau terdengar adiknya membaca ayat ayat suci Al Quran. Beliau memukul adiknya sehingga berdarah di muka. Lalu Saidina Umar menyesal akan perbuatannya. Kemudian beliau meminta adiknya membacakan kembali ayat ayat suci Al Quran dan Saidina Umar menangis lalu terus berjumpa dengan Rasulullah saw.Saidina Umar terus memeluk agama Islam dan dengan beraninya beliau mengisytiharkan bahawa dirinya telah memeluk agama Islam di hadapan pahlawan pahlawan kafir Quraisy yang lain.


CONTOH ORANG YANG TIDAK MENDAPAT HIDAYAH ALLAH SWT

Abu talib

Abu Talib merupakan bapa saudara kepada Rasulullah saw. Abu Talib sangat menyayangi Rasulullah saw tetapi beliau sendiri tidak mahu memeluk Islam. Sehinggakan di saat kematian beliau, Nabi Muhammad saw mengajar beliau mengucap, beliau tetap teguh dengan pendirian untuk bersama dengan tuhan nenek moyangnya. Selepas kematian Abu Talib, Rasulullah saw bersabda, "Demi Allah, aku meminta ampundaripada Allah selagi tidak ada larang". Lalu turunlah wahyu kepada Rasulullah swt yang bermaksud:

"Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang orang yang beriman, meminta ampun bagi orang orang yang musyrik selipun kaum kerabat sendiri sesudah nyata bagi mereka bahawa orang orang musyrik itu adalah ahli neraka" -Surah At Taubah, 113.


KESAN INDIVIDU YANG MENDAPAT HIDAYAH

* Peningkatan dalam mengerjakan ibadah.

* Meninggalkan segala larangan Allah swt.

* Gembira dan tenang menjalankan perintah Allah swt.

* Taku tuntuk melakukan maksiat.

* Benci kepada perkara perkara mungkar.


TANDA TANDA ORANG YANG KUFUR

* Jiwanya cenderung kepada duniawi.

* Sukakan kemaksiatan.

* Takut dengan kematian.


TANDA TANDA ORANG YANG BERIMAN

* Jiwanya cenderungkepada akhirat.

* Benci kepada perkara perkara maksiat.

* Sentiasa bersedia mengahadapi kematian.


BAGAIMANAKAH UNTUK MEGENGGAM HIDAYAH ?

Hidayah menentukan kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat. Hidayah ini adalah kurniaan teristimewa. Dikatakan istimewanya kerana tidak semua orang boleh mendapatkannya. Ada syarat yang harus dipenuhi jika seseorang itu untuk mencapainya.

* Mahabbatullah - kecintaan kepada Allah swt

* Ridwanullah - keredhaan Allah swt

Maka, jika seseorang mendambakan hidayah ini hendaknya dia berusaha melakukan hal hal yang boleh mendatangkan kecintaan dan keredhaan Allah swt. Di antaranya adalah dengan beramal soleh dengan mengikuti cara cara Rasulullah saw dalam pelbagai aspek kehidupan yang dicontohkan baginda kepada kita. 

"Katakanlah: Jika kamu (benar benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosamu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang" -Surah Al Imran, 31


Wahai saudara saudara yang saya kasihi sekalian, mulai pada hari ini azamlah dalam hati untuk mencapai dan menggapai redha Allah swt. Agar Allah swt mengurniakan kita semua hidayahNya kerana hidayah Allah swt adalah satu kurniaan terindah. Moga dengan hidayah itu kita beroleh tempat di dalam syurga Allah swt. Lakukanlah amal soleh dan tinggalkanlah segala perkara laranganNya agar hidayah yang kita cari selama ini akan dapat dicapai dan kekal di dalam jiwa. In Shaa Allah :)

JADILAH ORANG ORANG YANG BERIMAN

Assalamualaikum wbt. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allah Yang Maha Besar. Dia yang telah mengutuskan nabi teragung Rasulullah saw dan kitab Al Quran buat panduan ummat manusia kepada jalan kebenaran yang hakiki. Demi Allah, tidak ada suatu pun yang setara denganNya. 

Alhamdulillah. Dikesempatan ini ingin saya kongsikan kepada para pembaca semua tentang intipati usrah group Young Mujahidah pada malam ini. Tajuk yang dibincangkan tersangatlah baik. 'IMAN'. Diketuai oleh 2 orang naqibah yang sangat berdedikasi dalam menyebarkan dakwah, Ukhti Azwani Ismail dan Ukhti Dhia Syazwani. Allahuakbar, pengisiannya sangat hebat dan saya ingin kongsikan bersama kalian agar manfaatnya kita perolehi bersama.


APAKAH ITU IMAN?

Definisi iman menurut bahasa ialah pembenaran hati. Manakala menurut istilah pula iman bermaksud membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota badan. Ini adalah pendapat jumhur dan Imam Syafie meriwayatkan ijma' para sahabat, tabi'in dan orang orang yang sesudah mereka yang sezaman dengan beliau atas pengertian tersebut. 


PENJELASAN DEFINISI IMAN

Membenarkan dengan hati bermaksud menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah saw. 

Mengikrarkan dengan lidah maksudnya mengucap dua kalimah syahadah "Laa ilaha illallahu wa anna Muhammadan Rasulullah" yang bermaksud tidak ada sembahan yang hak kecuali Allah dan bahawa Muhammad itu adalah utusan Alla swt.

Mengamalkan dengan anggota badan maksudnya hati mengamalkan dalam bentuk keyakinan sedangkan anggota badan mengamalkannya dalam bentuk ibadah sesuai dengan fungsinya.

Kaum salaf menjadikan amal termasuk dalam pengertian iman dan dengan demikian iman itu boleh bertambah dan berkurangnya amal soleh.  


PERKARA PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

1) Bertawakal dan bergantung selain daripada Allah swt.

2) Bekerja dengan tujuan selain daripada niat kerana Allah swt.

3) Menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan.

4) Melantik orang kafir dan tidak mencintai orang orang yang beraqidah Islam mukmin.

5) Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah saw.

6) Rasa takut, lemah hati dalam menegakkan syiar Allah swt.

7) Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadat yang dinamakan syirik kecil.


IMAN BOLEH BERTAMBAH DAN BERKURANG

Jadi, kita nak capaisyurga di akhiratsana bukanlah mudah. Syurga itu mahal dan hanya untuk orangyang berusaha untuk mendapatkannya. Tingkatkanlah iman kita supaya ganjaran syurga menanti kita semua.


CARA MENINGKATKAN IMAN

Ilmu:
*Ilmu ini kita kena belajar secara menyeluruh, step by step. Ilmu yang berkaitan dengan Allah, nama namaNya, sifat sifatNya, perbuatanNya dan nikmatNya.

*Ilmu yang berkaitan dengan Rasulullah saw dari segi akhlak, manhaj hidupnya dalam masalah ibadahnya, perjuangannyaserta muammalahnya.

*Ilmu yang berkaitan dengan kitaabullah iaitu mengandungi berita berita, pengajaran, contoh contoh, hukum hukum, dan kabar gembira.

Perbanyakkan berzikir .

Berfikir tentang kebesaran Allah swt.

Perbanyakkan ibadah dan amal soleh.



10 WASIAT IMAM HASSAN AL BANNA

* Pengasas Ikhwanul Muslimin
* Penyusun Al Ma'thurat

1) Solat di awal waktu

2) Selalulah membaca Al Quran, buku buku ilmiah, berzikrullah dan jangan membuang masa dengan perkara perkara yang tidak berfaedah.

3) Berusahalah dalam bahasa Arab yang Fushah.

4) Jangan banyak bertengkar.

5) Jangan terlalu banyak ketawa.

6) Jangan terlalu banyak bergurau.

7) Tidak cakap meninggikan suara.

8) Jauhi perbuatan mengumpat dan ghibah.

9) Berkenalanlah sesama muslimin.

10) Gunakanlah masa dengan sebaiknya dan ringkaslah perlaksanaannya.


"Katakanlah, Wahai hamba hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Mengasihani" -Surah Az Zumar, 58.


Alhamdulillah. Syukur pada Allah swt dengan izinNya perkongsian daripada Ukhti Azwani dan Ukhti Dhia Syazwani memang hebat. Usaha mereka untuk berkongsi ilmu dengan kita semua semoga menjadi manfaat dan boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita. Agar perkongsian ini menambah serta menguatkan keimanan kita kepada Allah swt :)

Friday, 6 June 2014

MEMBINA TAWQA

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, syukur pada Yang Maha Kuasa atas pinjaman nikmat kesihatan untuk terus bermujahadah bagi mendapatkan keredhaanNya di atas dunia ini. Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw yang menjadi pesuruh Allah bagi membimbing ummat manusia ke arah jalan Allah swt.

Taqwa. Sering kita dengar mengenai taqwa tetapi adakah kita ini benar benar faham apa itu taqwa. Yang paling penting adakah kita ini bertaqwa? Adakah kita ini mencapai tahap keimanan yang tinggi sehingga kita merasa seronok untuk melakukan ibadah? Bagaimana taqwa itu dibina?


APAKAH ITU TAQWA?

Menurut Ibn Rajab dalam kitab 'Jami Al Ulum Wal Hikam,:
Taqwa itu ialah merasa takut kepada Allah, tinggi tahap keimanan kepada Allah, mengaku Allah itu berkuasa ke atas segala sesuatu. Di sinilah wujudnya "amar ma'ruf nahi mungkar". Ketaqwaan ini akan menjadi pelindung kepada kemarahan dan kemurkaan swt. Ketaqwaan itu akan membuatkan kita patuh dan taat kepada segala suruhan dan perintah Allah swt dan meninggalkan segala laranganNya.

"Wahai orang orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar taqwa kepadaNya dan janganlah kamu mati melainkan dalam beragama Islam" -Surah Al Imran, 102.

Menurut Talq Habid RA yang dinukil dalam kitab Kitabul Iman, no 99, oleh Ibn Abee Shaybah:
Taqwa ialah beriman dan taat kepada Allah dan mengharapkan keampunannya di atas kebesaranNya, meninggalkan segala laranganNya dan takutlah kepada Allah swt.

"Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian Kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti" -Surah Al Hujurat, 13


KEBAIKAN BERTAQWA

1) Taqwa itu mendorong manusia untuk terus melakukan kebaikan agar setiap amalan itu diterima di sisi Allah swt.

"Wahai orang orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan perkataan yang benar" -Surah Al Ahzab, 70

"Nescaya Allah akan memperbaiki amalan amalanmu dan mengampunkan dosa dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan rasulNya, sesungguhnya dia menang dengan kemanangan yang sebenar" -Surah Al Ahzab, 71


2) Allah swt mengampunkan dosa dosa orang yang bertaqwa dan memberikan mereka ganjaran.

"Itulah perintah Allah yang diturunkanNya kepadamu. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan menghapuskan segala kesalahannya dan melipat gandakan pahala baginya" -Surah Al Talaq, 5


3) Taqwa itu akan memandu kita untuk terus berdiri teguh di jalan Allah swt dan jauh dari kesesatan.

"Wahai orang orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan (petunjuk untuk membezakan antara yang hak atau yang batil / pertolongan Allah pada hari akhirat) dan menghapuskan segala kesalahanmu serta mengampuni dosa dosamu dan Allah mempunyai kurniaan yang besar" -Surah Al Anfal, 25


4) Taqwa itu membolehkan kita untuk mendapatkan cahaya dan pertolongan Allah swt

"Wahai orang orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya nescaya Allah memberikan kepada kamu rahmatNya dan mejadikan kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari akhirat) serat diampunkan dosa dosamu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" -Surah Al Hadid 285



BAGAIMANAKAH UNTUK BERTAQWA?

"Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang menciptakan kamu dan orang orang sebelummuagar kamu bertaqwa" -Surah Al Baqarah, 21

Taqwa itu adalah manisan ibadah dan hanya boleh dicapai dengan melakukan perbuatan perbuatan ibadah.

"Wahai orang orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang orang sebelummu agar kamu bertaqwa" -Surah Al Baqarah, 183



SIAPAKAH ORANG ORANG YANG BERTAQWA?

"Demikianlah perintah Allah. Dan barangsiapa yang mengagungkan syiar syiar Allah, maka sesungguhnya timbul dari ketaqwaan hati" -Surah Al Hajj, 32

Menilai ketaqwaan itu adalah diluar batas akal dan fikiran manusia. Hanya Allah sahaja yang boleh menilai ketaqwaan setiap hamba hambaNya. Ketaqwaan itu lahir dari hati yang sentiasa takut kepada Allah dan khusyuk serta seronok dalam melakukan ibadah kepada Allah swt. Kita sebagai manusia yang hina ini tidak mampu untuk menilai ketaqwaan seseorang dan sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui sesuatu yang kita tidak ketahui.

"Dan diantara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu dan dipersaksikan kepada Allah atas kebenaran hatinya padahal dia adalah penentang yang pling keras" -Surah Al Baqarah, 204

"Ingatlah sesungguhnya wali wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula bersedih hati" -Surah Yunus, 62

"Iaitu orang yang beriman dan mereka sentiasa bertaqwa" -Surah Yunus, 63

"..... orang yang berhak menguasainya hanyalah orang yang bertaqwa tapi kebanyakkan mereka yidak mengetahui" -petikan Surah Al Anfal, 34



Kesimpulannya, ketaqwaan itu hanya boleh dicapai dengan melakukan ibadah kepada Allah disertai perasaan khusyuk dan tawadhuk. Takutlah kepada Allah. Apabila kita takut kepada Allah, nescaya kita akan takut untuk melakukan dosa dan maksiat kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Pelbagai nikmat dan janji Allah swt kepada setiap hambaNya yang bertaqwa. Jadi ayuh kita bina taqwa yang utuh di dalam hati agar apabila hari kita dibangkitkan, kita berada dalam golongan orang orang yang memperoleh cahaya kemanangan yang nyata :)

Sunday, 1 June 2014

AKU INI HAMBA CUMA PADA ALLAH

Alhamdulillah. Syukur pada Allah sekali lagi saya diberi kesempatan untuk menulis di dalam blog ini buat santapan rohani para pembaca semua. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, rasul terakhir dan kekasih Allah swt. Allahuakbar. Tersenyum apabila mengenangkan betapa tingginya akhlak dan pekerti baginda Rasulullah saw.

Sejauh perjalanan kita melangkah di atas bumi Allah ini, apakah yang telah kita jumpa? Apakah yang telah kita capai? Apakah yang telah kita genggam? Adakah kita ini telah menjadi tuan kepada hati sendiri atau masih lagi menjadi hamba kepada nafsu? Tarik nafas dan beristighfarlah. Moga Allah kurniakan kita semua hikmah untuk menjadi raja kepada hati sendiri.

Apabila kita mengimbas kembali kepada zaman Rasulullah saw dan para sahabat, terdapat sistem hamba. Sistem ini dimana ada manusia yang harus bekerja atau berkhidmat kepada  seseorang dalam pelbagai jenis bentuk perkhidmatan. Tetapi pada zaman kita sekarang ini sistem perhambaan itu telah dihapuskan. Alhamdulillah. Syukur pada Allah kita bebas untuk menentukan arah kehidupan sendiri.

Apabila kita duduk dan berfikir sejenak, tanya pada diri sendiri adakah diri kita ini benar benar bebas? Atatu masih lagi menjadi hamba? Banyak sekali saya lihat manusia manusia yang terlalu mengejar dunia ini telah mencampakkan diri mereka ke dalam perhambaan dunia. Terlalu mengejar kesenangan sehingga menjadi hamba duit. Terlalu mengejar kenikmatan bersama wanita sehingga menjadi hamba nafsu. Terlalu mengejar pangkat sehingg menjadi hamba syaitan.

Yang paling menyedihkan mereka mereka ini sanggup menghalalkan 1001 cara untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Nauzubillah. Menjadi hamba syaitan dan nafsu. Membiarkan kewarasan akal ditahap yang paling rendah. Membiarkan hati menjadi gelap dek kerana dibutakan dengan keduniaan. Wahai saudara saudaraku sekalian, ayuh kita bebaskan diri kita daripada menjadi hamba dunia ini. Dunia ini adalah terlalu sedikit kenikmatannya kalau hendak dibandingkan dengan akhirat. 

Katakan aku ingn bebas! Bagaimana? Bisikkan pada hati agar meletakkan Allah nombor 1 dalam setiap aspek kehidupan. Hati ini adalah raja. Sekiranya baik raja ini, maka seluruh kerajaan taklukannya akan baik. Apabila hati selalu takut pada Allah maka kewarasan akal akan berada pada tempat yang tertinggi. Didik hati agar bebas dan merdeka dari segala bentuk perhambaan kecuali pada 1 iaitu menghambakan diri pada Allah.

Betapa hinanya kita manusia ini bergaduh dan berebut rebut mengejar harta, pangkat, kebendaan bahkan ingin memiliki dunia ini sehingga kita lupa bahawa apabila tiba pada hari yang dijanjikan (Hari Kiamat) dunia yang kita kejarkan selama ini akan dihancurkan dengan kekuasaan Allah swt. Didiklah hati agar mengingati mati dan bersiap sedia untuk mendiami dunia akhirat dengan kemewahan syurga yang dijanjikan Allah.

Mulai dari hari ini bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah swt kepada kita. Dalam masa yang sama perbaiki diri untuk menjadi hamba yang terbaik. Hamba yang matanya selalu menangis takutkan azab Allah. Hamba yang selalu tersenyum atas setiap nikmat kurniaan Allah pada kita. Hamba yang selalu bersujud ingin berdialog dengan Yang Maha Mencipta. Ayuh, sama sama kita menjadikan syaitan laknatullah itu musuh kita nombor 1. Kita didik nafsu agar turut patuh pada Allah. Semoga hati kita ini sentiasa tawaddhuk dan taat pada Allah.

Semoga hari hari kita yang akan datang penuh dengan berkat dan kasih sayang Allah. Jom kita kejar syurga Allah :)