Alhamdulillah. Dikesempatan ini ingin saya kongsikan kepada para pembaca semua tentang intipati usrah group Young Mujahidah pada malam ini. Tajuk yang dibincangkan tersangatlah baik. 'IMAN'. Diketuai oleh 2 orang naqibah yang sangat berdedikasi dalam menyebarkan dakwah, Ukhti Azwani Ismail dan Ukhti Dhia Syazwani. Allahuakbar, pengisiannya sangat hebat dan saya ingin kongsikan bersama kalian agar manfaatnya kita perolehi bersama.
APAKAH ITU IMAN?
Definisi iman menurut bahasa ialah pembenaran hati. Manakala menurut istilah pula iman bermaksud membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota badan. Ini adalah pendapat jumhur dan Imam Syafie meriwayatkan ijma' para sahabat, tabi'in dan orang orang yang sesudah mereka yang sezaman dengan beliau atas pengertian tersebut.
PENJELASAN DEFINISI IMAN
Membenarkan dengan hati bermaksud menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah saw.
Mengikrarkan dengan lidah maksudnya mengucap dua kalimah syahadah "Laa ilaha illallahu wa anna Muhammadan Rasulullah" yang bermaksud tidak ada sembahan yang hak kecuali Allah dan bahawa Muhammad itu adalah utusan Alla swt.
Mengamalkan dengan anggota badan maksudnya hati mengamalkan dalam bentuk keyakinan sedangkan anggota badan mengamalkannya dalam bentuk ibadah sesuai dengan fungsinya.
Kaum salaf menjadikan amal termasuk dalam pengertian iman dan dengan demikian iman itu boleh bertambah dan berkurangnya amal soleh.
PERKARA PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
1) Bertawakal dan bergantung selain daripada Allah swt.
2) Bekerja dengan tujuan selain daripada niat kerana Allah swt.
3) Menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan.
4) Melantik orang kafir dan tidak mencintai orang orang yang beraqidah Islam mukmin.
5) Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah saw.
6) Rasa takut, lemah hati dalam menegakkan syiar Allah swt.
7) Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadat yang dinamakan syirik kecil.
IMAN BOLEH BERTAMBAH DAN BERKURANG
Jadi, kita nak capaisyurga di akhiratsana bukanlah mudah. Syurga itu mahal dan hanya untuk orangyang berusaha untuk mendapatkannya. Tingkatkanlah iman kita supaya ganjaran syurga menanti kita semua.
CARA MENINGKATKAN IMAN
Ilmu:
*Ilmu ini kita kena belajar secara menyeluruh, step by step. Ilmu yang berkaitan dengan Allah, nama namaNya, sifat sifatNya, perbuatanNya dan nikmatNya.
*Ilmu yang berkaitan dengan Rasulullah saw dari segi akhlak, manhaj hidupnya dalam masalah ibadahnya, perjuangannyaserta muammalahnya.
*Ilmu yang berkaitan dengan kitaabullah iaitu mengandungi berita berita, pengajaran, contoh contoh, hukum hukum, dan kabar gembira.
Perbanyakkan berzikir .
Berfikir tentang kebesaran Allah swt.
Perbanyakkan ibadah dan amal soleh.
10 WASIAT IMAM HASSAN AL BANNA
* Pengasas Ikhwanul Muslimin
* Penyusun Al Ma'thurat
1) Solat di awal waktu
2) Selalulah membaca Al Quran, buku buku ilmiah, berzikrullah dan jangan membuang masa dengan perkara perkara yang tidak berfaedah.
3) Berusahalah dalam bahasa Arab yang Fushah.
4) Jangan banyak bertengkar.
5) Jangan terlalu banyak ketawa.
6) Jangan terlalu banyak bergurau.
7) Tidak cakap meninggikan suara.
8) Jauhi perbuatan mengumpat dan ghibah.
9) Berkenalanlah sesama muslimin.
10) Gunakanlah masa dengan sebaiknya dan ringkaslah perlaksanaannya.
"Katakanlah, Wahai hamba hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Mengasihani" -Surah Az Zumar, 58.
Alhamdulillah. Syukur pada Allah swt dengan izinNya perkongsian daripada Ukhti Azwani dan Ukhti Dhia Syazwani memang hebat. Usaha mereka untuk berkongsi ilmu dengan kita semua semoga menjadi manfaat dan boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita. Agar perkongsian ini menambah serta menguatkan keimanan kita kepada Allah swt :)
No comments:
Post a Comment