Saturday, 7 June 2014

MENCARI SEBUAH HIDAYAH

Menurut tafsir Surah Al Fatihah, 6
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus"

Ia adalah salah satu pengertian doa yang mengandung permohonan agar Allah swt menujukkan kita jalan yang lurus, menunjukkan kita kepada jalanNya, dan memperlihatkan kepada kita jalan menuju petunjukNya yang akan membawa kita sehingga dekat kepadaNya.

Ia juga menunjuk kepada pengertian petunjuk dan tuntutan. Di dalam Surah Al Fatihah, kita memaohon kepada Allah swt agar diberi hidayah.  Hidayah adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan dan dengan hidayah seseorang diberi petunjuk untuk menuju ke jalan yang bena rdan dapat mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Lawan daripada hidayah ini ialah dalal (kesesatan). Dalam kaitan dengan ini manusia dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu manusia yang berada dalam hidayah dan manusia yang berada dalam dalal ataupun kesesatan. Manusia yang selalu menyimpang dari jalan yang benar, bahkan menentang jalan jalan yang benar.


APAKAH HIDAYAH ?

Hidayah adalah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah swt. Daripada seorang yang kufur menjadi seorang yang beriman dan taat kepada perintah Allah swt. Hidayah memang datangnya dari Allah swt. Akan tetapi seorang hamba itu hendaklah berusaha untuk mendapatkannya.

"Sesungguhnya  (Muhammad) engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk" -Surah Al Qasas, 56.


CONTOH ORANG YANG MENDAPAT PETUNJUK  ALLAH SWT

Saidina Umar Al Khattab:

Seorang pemuda yang sangat bengis dan benci akan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Saidina Umar seorang yang hebat berperang dan berlawan pada zaman itu. Beliau adalah pahlawan gagah kaum Quraisy. Sehingga terjadi suatu peristiwa apabila beliau terdengar adiknya membaca ayat ayat suci Al Quran. Beliau memukul adiknya sehingga berdarah di muka. Lalu Saidina Umar menyesal akan perbuatannya. Kemudian beliau meminta adiknya membacakan kembali ayat ayat suci Al Quran dan Saidina Umar menangis lalu terus berjumpa dengan Rasulullah saw.Saidina Umar terus memeluk agama Islam dan dengan beraninya beliau mengisytiharkan bahawa dirinya telah memeluk agama Islam di hadapan pahlawan pahlawan kafir Quraisy yang lain.


CONTOH ORANG YANG TIDAK MENDAPAT HIDAYAH ALLAH SWT

Abu talib

Abu Talib merupakan bapa saudara kepada Rasulullah saw. Abu Talib sangat menyayangi Rasulullah saw tetapi beliau sendiri tidak mahu memeluk Islam. Sehinggakan di saat kematian beliau, Nabi Muhammad saw mengajar beliau mengucap, beliau tetap teguh dengan pendirian untuk bersama dengan tuhan nenek moyangnya. Selepas kematian Abu Talib, Rasulullah saw bersabda, "Demi Allah, aku meminta ampundaripada Allah selagi tidak ada larang". Lalu turunlah wahyu kepada Rasulullah swt yang bermaksud:

"Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang orang yang beriman, meminta ampun bagi orang orang yang musyrik selipun kaum kerabat sendiri sesudah nyata bagi mereka bahawa orang orang musyrik itu adalah ahli neraka" -Surah At Taubah, 113.


KESAN INDIVIDU YANG MENDAPAT HIDAYAH

* Peningkatan dalam mengerjakan ibadah.

* Meninggalkan segala larangan Allah swt.

* Gembira dan tenang menjalankan perintah Allah swt.

* Taku tuntuk melakukan maksiat.

* Benci kepada perkara perkara mungkar.


TANDA TANDA ORANG YANG KUFUR

* Jiwanya cenderung kepada duniawi.

* Sukakan kemaksiatan.

* Takut dengan kematian.


TANDA TANDA ORANG YANG BERIMAN

* Jiwanya cenderungkepada akhirat.

* Benci kepada perkara perkara maksiat.

* Sentiasa bersedia mengahadapi kematian.


BAGAIMANAKAH UNTUK MEGENGGAM HIDAYAH ?

Hidayah menentukan kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat. Hidayah ini adalah kurniaan teristimewa. Dikatakan istimewanya kerana tidak semua orang boleh mendapatkannya. Ada syarat yang harus dipenuhi jika seseorang itu untuk mencapainya.

* Mahabbatullah - kecintaan kepada Allah swt

* Ridwanullah - keredhaan Allah swt

Maka, jika seseorang mendambakan hidayah ini hendaknya dia berusaha melakukan hal hal yang boleh mendatangkan kecintaan dan keredhaan Allah swt. Di antaranya adalah dengan beramal soleh dengan mengikuti cara cara Rasulullah saw dalam pelbagai aspek kehidupan yang dicontohkan baginda kepada kita. 

"Katakanlah: Jika kamu (benar benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosamu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang" -Surah Al Imran, 31


Wahai saudara saudara yang saya kasihi sekalian, mulai pada hari ini azamlah dalam hati untuk mencapai dan menggapai redha Allah swt. Agar Allah swt mengurniakan kita semua hidayahNya kerana hidayah Allah swt adalah satu kurniaan terindah. Moga dengan hidayah itu kita beroleh tempat di dalam syurga Allah swt. Lakukanlah amal soleh dan tinggalkanlah segala perkara laranganNya agar hidayah yang kita cari selama ini akan dapat dicapai dan kekal di dalam jiwa. In Shaa Allah :)

No comments:

Post a Comment