Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak" -HR Al-Albani.
Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa antara tujuan Nabi Muhammad saw diutuskan adalah untuk memyempurnakan akhlak umat manusia. Penyempurnaan akhlak ini adalah melalui contoh dan teladan mulia yang ditunjukkan oleh baginda kepada umatnya atau disebut sebagai qudwah hasanah.
"Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu peribadi yang mulia" _Surah Al Ahzab, 21.
Antara akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw adalah dengan menjaga penampilan diri baginda di hadapan khalayak ramai. Hal ini termasuklah bagaimana 'fesyen' baginda ketika berpakaian.
Adakah Salah Untuk Kita Berfesyen
Sesungguhnya Islam tidak melarang umatnya untuk mengenakan sesuatu fesyen sama ada dalam bentuk pakaian ataupun aksesori kecantikan. Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambaNya yang menjaga keterampilan diri dan kecantikan.
Rasulullah saw tidak melarang seseorang manusia itu untuk memperagakan fesyen malah baginda menekankan bahawa Allah itu sifatnya cantik dan suka akan kecantikan. Namun, Rasulullah saw melarang seseorang itu berfesyen dalam keadaan angkuh dan sombong kepada masyarakatnya. Walaupun kita diberikan kebebasan dalam memperagakan sesuatu fesyen, tidak bermakna kita boleh memakai apa sahaja pakaian tanpa perlu menghiraukan adab dan tatasusila.
Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Berfesyen Dalam Islam
Islam telah menggariskan beberapa panduan bagi seseorang muslim ataupun muslimah dalam berpakaian.
1) Pakaian tersebut mestilah menutup aurat.
2) Tidak memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan dengan jelas.
3) Tidak memakai pakaian atau aksesori yang menyerupai ciri-ciri budaya orang bukan Islam.
4) Fesyen yang bertentangan dengan jantina adalah dilarang.
5) Mengelakkan daripada berfesyen yang keterlaluan daripada masyarakat setempat.
Nabi Muhammad saw menganjurkan kita supaya bersederhana dalam segala perkara termasuklah dalam memperagakan sesuatu fesyen. Antara larangan baginda dalam berpakaian ialah memakai pakaian yang disebut sebagai pakaian 'syuhrah' iaitu pakaian yang keterlaluan bentuk dan potongannya berbanding pakaian-pakaian kebiasaan.Hali ini bagi mengelak daripada timbulnya perasaan sombong dalam jiwa pemakai.
Wanita boleh bergaya dan berhias dalam keadaan tertentu tetapi untuk suami sahaja. Apa yang penting ialah pakaian itu mestilah diperbuat daripada kain yang tebal, tidak jarang atau terlalu ketat. Elakkan terlalu selekeh, comot atau memakai pakaian sehingga berbau busuk dan menggangu orang lain. Islam tidak melarang kita untuk berfesyen tetapi haruslah mengikut sebagaimana yang disyariatkan. Malah kita digalakkan menghias diri secara kemas, cantik dan sederhana.
101 Sebab Wanita Muslim Harus Menutup Aurat
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya" -Surah Al Baqarah, 286.
1) Menjalankan syiar Islam.
2) Berniat untuk ibadah.
3)Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.
4) Kerana saya ingin taat kepada Allah yang telah menciptakan dan menyempurnakan saya.
5) Kerana saya ingin taat kepada rasulNya pembimbing umat dengan risalah baginda.
6) Memperoleh redha Allah.
7) Merupakan wujud tanda syukur atas nikmatNya yang tidak putus.
8) Seluruh ulama' berpakat bahawa mengenakan tudung itu wajib.
9) Agar kaum wanita menutup auratnya.
10) Bukan kerana mahu bergaya.
11) Bukan kerana mahu mengikut trend.
12) Bukan kerana berlagak baik.
13) Bukan kerana mahu menyembunyikan dosa.
14) Tidak sekadar bermaksud agar berbeza dari yang lain.
15) Meninggikan darjat wanita daripada belenggu kehinaan hamba nafsu.
16) Tudung sesuai untuk semua wanita yang mahu menjaga dirinya daripada nafsu lelaki.
17) Saya ingin menjadi wanita solehah.
18) Saya telah berusaha mencapai darjat taqwa.
19) Tudung adalah pakaian taqwa.
20) Tudung adalah identiti wanita muslimah.
21) Diawali dengan mengenakan tudung saya ingin menapak ke syurga.
22) Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka Allah.
23) Isteri-isteri Rasulullah saw berbusana muslimah.
24) Para sahabiah (sahabat wanita Rasulullah) juga berbusana muslimah.
25) Mereka merupakan ikutan seluruh wanita muslimah dan termasuklah saya.
26) Semoga Allah memberikan kepada saya balasan syurga seperti mereka.
27) Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) Islam.
28) Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) wanita muslimah.
29) Tudung lebih melindungi diri.
30) Membuat saya rasa lebih aman.
31) Menjaga diri daripada gangguan lelaki yang suka mengusik.
32) Menjaga diri daripada pandangan mata lelaki yang suka cuci mata.
33) Menjaga diri daripada syahwat lelaki.
34) Menjaga diri daripada pandangan mata lelaki yg bernafsu.
35) Menjaga diri daripada tangan-tangan lelaki yang ingin menyentuh.
36) Menghindar diri daripada zina mata dan zina hati.
37) Merupakan pencegahan daripada perbuatan zina itu sendiri.
38) Menghindari daripada sifay-sifat negatif.
39) Menghapus daripada keinginan-keinginan yang menyimpang.
40) Membuat saya lebih bersahaja.
41) Membuatkan lebih kusyuk.
42) Menjauhkan dari perbuatan dosa (In Shaa Allah).
43) Menimbulkan rasa malu apabila berbuat dosa.
44) Mendekatkan diri pada Allah.
45) Mendekatkan hati pad Rasulullah saw.
46) Mendekatkan hati pada nabi-nabi Allah.
47)Mendekatkan diri dengan sesama muslim.
48) Mendekatkan diri pada ajaran Islam.
49) Membuatkan diri ingin belajar lebih lagi tentang Islam.
50) Membuatkan hati selalu rasa haus untuk terus pelajari Islam.
51) Membuatkan saya tetap ingin menjalankan ajaran Islam.
52) Ajaran Islam berlaku sepanjang masa dan tidak ada yang kuno.
53) Tudung bukanlah sesuatu yang kuno.
54) Mengatakan tudung itu kuno bererti menggugat undang undang Allah.
55) Allah Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
56) Tudung bererti menandakan kemajuan penerapan ajaran Islam di masa kini.
57) Merupakan satu barometer telah terbentuknya suatu lingkungan yang Islam.
58) Membezakan dari dari penganut agama lain.
59) Memudahkan dalam mengenali sesama muslim.
60) Memperkuatkan silaturrahim dan ukhuwah sesama Islam.
61) Menghilangkan keraguan apabila ingin menyapa saudara seIslam.
62) Memudahkan menanam rasa sayang sesama Islam.
63)Menjadikan diri kelihatan lebih anggun.
64) Membuat kelihatan lebih menyenangkan.
65) Membuat kelihatan lebih kewanitaan.
66) Tidak terlihat seperti lelaki.
67) Membuat selalu berada dalam lingkungan yang Islamik.
68) Tudung menjaga diri daripada pergaulan yang salah.
69) Memudahkan didi untuk mendapat suami yang soleh. (In Shaa Allah)
70) Wanita yang baik (solehah) untuk lelaki yang baik (soleh)
71) Mudah-mudahan diberi jodoh daripada kalangan lelaki yang baik.
72) Jodoh merupakan urusan Allah.
73) Dengan ketaatan pada Allah, Dia akan memberikan kemudahanNya untuk kita.
74) Memudahkan dalam berdakwah.
75) Membuatkan lebih mudah bergerak.
76) Tudung menjaga tubuh sehingga menutupi setiap lekuk di badan.
77) Pakaian yang ketat menyebabkan ketidakselesaan.
78) Seluar ketat menyukarkan pergerakkan.
79) Seluar ketat merupakan salah satu faktor masalah kesihatan.
80) Menjimatkan masa dalam bersiap berpakaian.
81) Menjimatkan masa dalam berhias.
82) Tidak perlu bersusah-payah mengikut trend terkini yang kian berkembang.
83) Menjimatkan wang dalam membeli pakaian trendy.
84) Menjimatkan wang daripada membeli alat soleh.
85) Melindungi kulit daripada bahan alat solek yang boleh merosakkan kulit.
86) Melindungi kulit daripada bahaya UV.
87) Mengurangkan risiko penyakit kulit.
88) Pancaran matahari boleh menyebablan kulit menjadi kering.
89) Mengurangkan pigmentasi pada kulit.
90) Melindungi rambut daripada debu yang berterbangan.
91) Dedebu boleh mengotori rambut yang menyebabkan kerosakkan rambut.
92) Membuatkan kehidupan ini lebih sederhana.
93) Menghindari daripada sifat membazir.
94) Membuat diri tidak silau dengan kemegahan dunia dan segala perhiasannya.
95)Membuatkan diri lebih memikirkan hal lain selain model dan perhiasan.
96) Menempatkan wanita menjadi subjek dalam proses pembangunan umat.
97) Lebih mudah dalam menabung.
98) Memiliki kesempatan untuk melakukan ibadah haji.
99) Memiliki kesempatan lebih banyak untuk berinfaq dan bersedekah.
100) Itu bererti lebih banyak beramal untuk bekalan akhirat.
101) Menjadikan diri lebih kepada wanita sejati.
Suruhan ini bukan daripada saya atau mana mana ulama, mufti tetapi ini adalah suruhan yang datangnya Allah yang menciptakan kita semua. Hairannya, manusia semua yang diberi Penciptanya sperti makanan, minuman, kesihatan, rezeki dan macam macm lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat Tuhan tetapi apabila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.
"Dan hendaklah kamu tetap diamdi rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu, dan dirikanlah solat serta berikanlah zakat, dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanya kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai 'AhlulBait' dan hendaklah membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). -Surah Al Ahzab, 33.
Alhamdulillah. Saya harap penerangan isu ini boleh menjadi sedikit sebanyak panduan utk para pembaca untuk lebih jelas dalam berfesyen yang disyariatkan Islam. Kita tidak dilarang untuk berfesyen tetapi haruslah menepati ciri-ciri yang digariskan agar kita terhindar daripada mengikut budaya fesyen yang dibawa oleh orang-orang bukan Islam. Moga kita semua selamat daripa mangsa fesyen orang-orang kafir. Nauzubillah. Semoga terhindar daripada kemurkaan Allag. In Shaa Allah :)
No comments:
Post a Comment