Monday, 9 June 2014

TAUBAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt pada malam ini kerana saya masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk berkongsi ilmu dengan anda semua. TAUBAT.

Pengertian Taubat:
Taubat dalam bahasa arab bermaksud taubah atau perkataan tawaba. Dari sudut bahasa taubat bererti kembali. Seseorang itu dikatakan bertaubat sekiranya dia telah kembali kepada Allah swt dari melakukan dosa atau telah meninggalkannya. Adapun dari sudut istilah, apabila dikatakan seseorang itu telah bertaubat maksunya dia telah kembali dari melakukan maksiat atau dosa terhadap Allah swt untuk mentaati Allah swt. Dalam bahasa mudahnya taubat itu adalah pengaduan kita kepada Allah swt supaya Allah swt ampunkan dosa dosa kita yang telah lalu serta memberi keredhaanNya.

Kenapa Kita Perlu Bertaubat:
Kerana kita perlukan pengampunan dari Allah swt atas segala kesilapan dan dosa yang telah dilakukan. Allah itu Maha Pengampun tapi hanya sekiranya kita minta dari Allah tetapi kita sombong nak meminta dengan Allah, maka Allah tidak akan memberi keampunan kepada kita.

Apakah Bukti Kita Bertaubat:
Kita berhenti melakukan dosa dosa tersebut dan tidak lagi melakukannya lagi pada masa akan datang.

Kenapa Kita Perlu Segera Bertaubat:
Kerana kita tidak tau bila kematian akan datang kepada kita. Mati akan datang kepada orang tua tapi ingat mati juga datang kepada orang orang muda dan agar hati kita boleh menerima hidayah Allah swt. Kalau seseorang itu berbuat dosa, akan melekat satu titik hitam di dalam hatinya dan titik hitan itu tidak akan hilang melainkan sekiranya dia bertaubat kepada Allah swt. Sekiranya seseorang itu menangguhkan taubatnya, maka makin banyaklah titik titik hitam dihatinya sehingga hatinya  penuh dengan titik titik hitam.Maka pada masa itu tidak ada ruang untuk nur hidayahmasuk ke dalam hatinya. Hatinya akan menjadi tidak lut dengan segala apa pun ayat ayat Al Quran, hadith hadith, dan nasihat-nasihat. Nauzubillahi min zalik. Kerana itulah kita kena segerakan bertaubat agar hati bersih dari titik titik hitam.

Bilakah Kita Harus Bertaubat:
Esok? Lusa? Minggu hadapan? Selepas membaca blog ini? Selepas solat nanti? Sekarang! Sekarang jugalah kita kena bertaubat. Jangan bertangguh lagi.

Apakah Jenis-Jenis Taubat:
Taubat terbahagi kepada dua jenis:-

1) Muwaqqatan - Kalau tersedar kesalahannya, dia sega memperbetulkannya. Yakni dipanggil taubat sementara. Taubat yang kurang berkesan.

2) Nasuha - Yakni taubat yang sebenar-benarnya dan selama lamanya. Taubat seperti ini selalunya taubat yang memberi kesedaran sepenuhnya kepada hati dalam pembasmian dosa.

Bagaimanakah Mendapatkan Taubat Nasuha:
Keikhlasan dan kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah swt dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir daripada keihklasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah swt akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau taubat yang ikhlas. Ia taubat yang diterima oleh Allah swt.

Tanda-Tanda Taubat Diterima:
* Selepas bertaubat keadaanya lebih baik daripada sebelumnya. seseorang hamba hendaklah melihat dirinya selepas bertaubat. Apakah bertambah baik hidupnya atau masih berada dalam kejahatan? Kalau kehidupannya makin membaik, Alhamdulillah bersyukurlah tetapi kalau masih berada dalam keadaan kesesatan maka hendaklah disesali.

* Berasa takut dan tidak aman terhadap azab Allah swt.

* Hendaklah mengunci keinginan hatinya daripada melakukan maksiat. Hendaklah menyesal dan takut untuk melakukan sama ada dosa kecil ataupun dosa besar.

* Berasa dirinya hina dan tawadhuk.

Tanda-Tanda Taubat Ditolak:
* Lemah keazamannya dan hatinya membayangkan keseronokkan melaukan dosa itu semula. Itu adalah taubat orang yang dusta. Malunya kepada manusia tetapi tidak kepada Allah. Takutnya kepada manusi tetapi bukan kepada Allah swt.

* Tenang dan yakin dirinya telah bertaubat dan berasa aman daripada murka Allah. Ini yang biasa dirasakan oleh orang orang yang bertaubat. Hanya dengan beristighfar dan mengerjakan solat sunat taubat, memadailah bagi diri mereka untuk berasa tenang dan aman seolah-olah dosanya telah diampunkan.

* Beku airmatanya daripada menangis dan keras hatinya. Tidak takut terhadap kematian dan peristiwanya. Tidak takut kepada azab neraka serta peristiwanya.

Solat Sunat Taubat:
* Niat - usolli-sunnatan-taubati-rok'ataini-lillahi-ta'ala (sahaja akau solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala

* Bacaan Surah Al Fatihah. Membaca Surah Al kafirun pada rakaat pertama dan bacaan Surah Al Ikhlas pada rakaat kedua.

* Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali.

"laa-ila-hailla-anta-subhaa-nakainniiy-kuntu-minaz-zolimin" (tiada Tuhan melainkan Dikau. Maha Suci Dikau. Seseungguhnya aku ini termasuk daripada golongan yang zalim)

* Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar.

"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus dan aku bertaubat kepadaNya"

"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus. Aku bertaubat kepadaNya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada mengusai dirinya dan tidak mampu membuat, menolat mudarat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan dibangkitkan"

* Kemudian bacalah penghulu istighfar:

"Ya Allah, Dikaulah Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Kau. Engkaulah yang menciptakan aku dan aku hambaMua. Dan sedaya upaya mampuku, aku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadapMu. Aku memohon perlindunganMu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan. Aku mengaku akan segala nikmat yang Kau berikan kepadaku dan aku mengaku segala dosa dosaku. Maka ampunilah aku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau"

* Bacalah doa taubat:

"Aku memohon ampun kepada Allah. Aku memohon ampun kepada Allah. Aku memohon ampun kepada Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Hidup lahi Maha Mengurusi. Aku bertaubat kepadaNya selaku taubatnya seorang hamba yng banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudarat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan. Aku memohon perlindunganMu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Aku memohon perlindunganMu daripada segala kesalahan dan hukuman. Ya Allah, bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kotoran, Ya Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu  atas segala dosaku, dan aku berjanji tidak akan mengulanginya. Ya Allah, pengampunanMu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunanMu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak sekali menganiayai diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Aku. Maka berikanlah aku keampunanMu, kasihanilah akiu. Ya Allah, terimalah taubatku. Suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Fadhilat Taubat:
* Diampunkan Allah swt.
* Dimudahkan segala urusan.
* Menceriakan kehidupan seharian.
* Menghilangkan perasaan tertekan.
*Mencegah daripada melakukan dosa.

No comments:

Post a Comment