Sejauh perjalanan kita melangkah di atas bumi Allah ini, apakah yang telah kita jumpa? Apakah yang telah kita capai? Apakah yang telah kita genggam? Adakah kita ini telah menjadi tuan kepada hati sendiri atau masih lagi menjadi hamba kepada nafsu? Tarik nafas dan beristighfarlah. Moga Allah kurniakan kita semua hikmah untuk menjadi raja kepada hati sendiri.
Apabila kita mengimbas kembali kepada zaman Rasulullah saw dan para sahabat, terdapat sistem hamba. Sistem ini dimana ada manusia yang harus bekerja atau berkhidmat kepada seseorang dalam pelbagai jenis bentuk perkhidmatan. Tetapi pada zaman kita sekarang ini sistem perhambaan itu telah dihapuskan. Alhamdulillah. Syukur pada Allah kita bebas untuk menentukan arah kehidupan sendiri.
Apabila kita duduk dan berfikir sejenak, tanya pada diri sendiri adakah diri kita ini benar benar bebas? Atatu masih lagi menjadi hamba? Banyak sekali saya lihat manusia manusia yang terlalu mengejar dunia ini telah mencampakkan diri mereka ke dalam perhambaan dunia. Terlalu mengejar kesenangan sehingga menjadi hamba duit. Terlalu mengejar kenikmatan bersama wanita sehingga menjadi hamba nafsu. Terlalu mengejar pangkat sehingg menjadi hamba syaitan.
Yang paling menyedihkan mereka mereka ini sanggup menghalalkan 1001 cara untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Nauzubillah. Menjadi hamba syaitan dan nafsu. Membiarkan kewarasan akal ditahap yang paling rendah. Membiarkan hati menjadi gelap dek kerana dibutakan dengan keduniaan. Wahai saudara saudaraku sekalian, ayuh kita bebaskan diri kita daripada menjadi hamba dunia ini. Dunia ini adalah terlalu sedikit kenikmatannya kalau hendak dibandingkan dengan akhirat.
Katakan aku ingn bebas! Bagaimana? Bisikkan pada hati agar meletakkan Allah nombor 1 dalam setiap aspek kehidupan. Hati ini adalah raja. Sekiranya baik raja ini, maka seluruh kerajaan taklukannya akan baik. Apabila hati selalu takut pada Allah maka kewarasan akal akan berada pada tempat yang tertinggi. Didik hati agar bebas dan merdeka dari segala bentuk perhambaan kecuali pada 1 iaitu menghambakan diri pada Allah.
Betapa hinanya kita manusia ini bergaduh dan berebut rebut mengejar harta, pangkat, kebendaan bahkan ingin memiliki dunia ini sehingga kita lupa bahawa apabila tiba pada hari yang dijanjikan (Hari Kiamat) dunia yang kita kejarkan selama ini akan dihancurkan dengan kekuasaan Allah swt. Didiklah hati agar mengingati mati dan bersiap sedia untuk mendiami dunia akhirat dengan kemewahan syurga yang dijanjikan Allah.
Mulai dari hari ini bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah swt kepada kita. Dalam masa yang sama perbaiki diri untuk menjadi hamba yang terbaik. Hamba yang matanya selalu menangis takutkan azab Allah. Hamba yang selalu tersenyum atas setiap nikmat kurniaan Allah pada kita. Hamba yang selalu bersujud ingin berdialog dengan Yang Maha Mencipta. Ayuh, sama sama kita menjadikan syaitan laknatullah itu musuh kita nombor 1. Kita didik nafsu agar turut patuh pada Allah. Semoga hati kita ini sentiasa tawaddhuk dan taat pada Allah.
Semoga hari hari kita yang akan datang penuh dengan berkat dan kasih sayang Allah. Jom kita kejar syurga Allah :)
No comments:
Post a Comment