Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, syukur pada Yang Maha Kuasa atas pinjaman nikmat kesihatan untuk terus bermujahadah bagi mendapatkan keredhaanNya di atas dunia ini. Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw yang menjadi pesuruh Allah bagi membimbing ummat manusia ke arah jalan Allah swt.
Taqwa. Sering kita dengar mengenai taqwa tetapi adakah kita ini benar benar faham apa itu taqwa. Yang paling penting adakah kita ini bertaqwa? Adakah kita ini mencapai tahap keimanan yang tinggi sehingga kita merasa seronok untuk melakukan ibadah? Bagaimana taqwa itu dibina?
APAKAH ITU TAQWA?
Menurut Ibn Rajab dalam kitab 'Jami Al Ulum Wal Hikam,:
Taqwa itu ialah merasa takut kepada Allah, tinggi tahap keimanan kepada Allah, mengaku Allah itu berkuasa ke atas segala sesuatu. Di sinilah wujudnya "amar ma'ruf nahi mungkar". Ketaqwaan ini akan menjadi pelindung kepada kemarahan dan kemurkaan swt. Ketaqwaan itu akan membuatkan kita patuh dan taat kepada segala suruhan dan perintah Allah swt dan meninggalkan segala laranganNya.
"Wahai orang orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar taqwa kepadaNya dan janganlah kamu mati melainkan dalam beragama Islam" -Surah Al Imran, 102.
Menurut Talq Habid RA yang dinukil dalam kitab Kitabul Iman, no 99, oleh Ibn Abee Shaybah:
Taqwa ialah beriman dan taat kepada Allah dan mengharapkan keampunannya di atas kebesaranNya, meninggalkan segala laranganNya dan takutlah kepada Allah swt.
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian Kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti" -Surah Al Hujurat, 13
KEBAIKAN BERTAQWA
1) Taqwa itu mendorong manusia untuk terus melakukan kebaikan agar setiap amalan itu diterima di sisi Allah swt.
"Wahai orang orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan perkataan yang benar" -Surah Al Ahzab, 70
"Nescaya Allah akan memperbaiki amalan amalanmu dan mengampunkan dosa dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan rasulNya, sesungguhnya dia menang dengan kemanangan yang sebenar" -Surah Al Ahzab, 71
2) Allah swt mengampunkan dosa dosa orang yang bertaqwa dan memberikan mereka ganjaran.
"Itulah perintah Allah yang diturunkanNya kepadamu. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan menghapuskan segala kesalahannya dan melipat gandakan pahala baginya" -Surah Al Talaq, 5
3) Taqwa itu akan memandu kita untuk terus berdiri teguh di jalan Allah swt dan jauh dari kesesatan.
"Wahai orang orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan (petunjuk untuk membezakan antara yang hak atau yang batil / pertolongan Allah pada hari akhirat) dan menghapuskan segala kesalahanmu serta mengampuni dosa dosamu dan Allah mempunyai kurniaan yang besar" -Surah Al Anfal, 25
4) Taqwa itu membolehkan kita untuk mendapatkan cahaya dan pertolongan Allah swt
"Wahai orang orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya nescaya Allah memberikan kepada kamu rahmatNya dan mejadikan kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari akhirat) serat diampunkan dosa dosamu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" -Surah Al Hadid 285
BAGAIMANAKAH UNTUK BERTAQWA?
"Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang menciptakan kamu dan orang orang sebelummuagar kamu bertaqwa" -Surah Al Baqarah, 21
Taqwa itu adalah manisan ibadah dan hanya boleh dicapai dengan melakukan perbuatan perbuatan ibadah.
"Wahai orang orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang orang sebelummu agar kamu bertaqwa" -Surah Al Baqarah, 183
SIAPAKAH ORANG ORANG YANG BERTAQWA?
"Demikianlah perintah Allah. Dan barangsiapa yang mengagungkan syiar syiar Allah, maka sesungguhnya timbul dari ketaqwaan hati" -Surah Al Hajj, 32
Menilai ketaqwaan itu adalah diluar batas akal dan fikiran manusia. Hanya Allah sahaja yang boleh menilai ketaqwaan setiap hamba hambaNya. Ketaqwaan itu lahir dari hati yang sentiasa takut kepada Allah dan khusyuk serta seronok dalam melakukan ibadah kepada Allah swt. Kita sebagai manusia yang hina ini tidak mampu untuk menilai ketaqwaan seseorang dan sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui sesuatu yang kita tidak ketahui.
"Dan diantara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu dan dipersaksikan kepada Allah atas kebenaran hatinya padahal dia adalah penentang yang pling keras" -Surah Al Baqarah, 204
"Ingatlah sesungguhnya wali wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula bersedih hati" -Surah Yunus, 62
"Iaitu orang yang beriman dan mereka sentiasa bertaqwa" -Surah Yunus, 63
"..... orang yang berhak menguasainya hanyalah orang yang bertaqwa tapi kebanyakkan mereka yidak mengetahui" -petikan Surah Al Anfal, 34
Kesimpulannya, ketaqwaan itu hanya boleh dicapai dengan melakukan ibadah kepada Allah disertai perasaan khusyuk dan tawadhuk. Takutlah kepada Allah. Apabila kita takut kepada Allah, nescaya kita akan takut untuk melakukan dosa dan maksiat kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Pelbagai nikmat dan janji Allah swt kepada setiap hambaNya yang bertaqwa. Jadi ayuh kita bina taqwa yang utuh di dalam hati agar apabila hari kita dibangkitkan, kita berada dalam golongan orang orang yang memperoleh cahaya kemanangan yang nyata :)
Luar biasa sekali, makasih ya Jasa Pembuatan Website Toko Online serta layanan Jasa Pembuatan Website Penjualan Online dan
ReplyDeleteJasa Pembuatan Online Shop
Grosir Jilbab Murah - Jilbab Segi Empat Terbaru dan Jilbab Instan Terbaru serta Jasa Pembuatan Website Murah serta Buat Toko Online Murah