Mukmin merujuk kepada orang yang benar benar beriman dan mengamalkan ajaarn Islam sepenuhnya serta mengabdikan diri kepada Allah swt. Inilah yang disebut "setiap mukmin itu muslim tetapi tidak setiap muslim itu mukmin". Jadi perkataan muslim itu umum manakala perkataan mukmin itu khusus.
Mukmin dan muslim adalah gelaran untuk lelaki manakala perkataan mukminah dan muslimah adalah untuk perempuan.
Muslimah: Seorang wanita Islam yang benar benar mengamalkan segala tuntutan agama sepertimana yang digariskan oleh Al Quran dan As Sunnah. Bukan hanya kalimah syahadah sebagai bukti keislaman malah menjadikan Islam sebagai cara hidup.
Mukminah: Bukan sekadar beriman kepada Allah, para malaikat, para rasul, kitab Al Quran, hari kiamat,serta qada' dan qadar bahkan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Oleh kerana hakikat iman yang sempurna itu adalah mengikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota badan.
Muslimah berasal dari perkataan "aslam" iaitu menyerah bukan bererti wanita Islam semata mata. Ia juga membawa erti seorang wanita yang menyerahkan keseluruhan dirinya kepada Allah swt, memberi sepenuh kepercayaan terhadap segala yang disuruh dan dilarang oleh Allah swt dan apabila Allah swt menyuruh sesuatu suruhan dia terus melakukannya, bilamana Allah swt melarang terhadap sesuatu perkara dia juga terus meninggalkannya.
Muslimah sejati tidak diukur dari kecantikan dan keayuan wajah semata-mata tapi wanita muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberi tapi seikhlas mana kebaikan yang dia beri.
Muslimah sejati juga bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia tempuhi tetapi dilihat sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya. Dia sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberi. Jikalau hati ini masih susah nak redha, kita kena didik hati supaya menjadi hati yang sentiasa redha atas segala sesuatu ketentuan. Allah itu Maha Adil.
"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannyadan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang dikendakinya" -Riwayat Al Bazzar.
TIPS MENJADI WANITA MUSLIMAH
* Solat tepat pada waktunya.
* Banyakkan amalam sunat dan basahkan bibir dengan zikir.
* Selitkan butir bicara seperti "Bismillah, Alhamdulillah, In Shaa Allah, Subahanallah, Allahuakbar" dan lain-lain zikir.
* Menjadikan Al Quran sebagai pendamping.
* Tidak mengeluh dengan masalah atau ujian yang kecil.
* Bercakap dengan rendah suara tetapi jangan dilunakkan.
* Lembut dan halus tingkah laku dan tidak melenggokkan badan dengan sengaja.
* Tutur bicara yang dikawal
* Berpakaian mengikut syariat.
* Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
* Menghormati orang yang lebih tua.
* Menghormati dan taat kepada kedua ibu bapanya.
* Menjadi contoh yang baik kepada yang lebih muda dan mencontohi orang yang lebih mulia.
* Murah dengan senyuman.
* Banyak mendengar daripada bercakap.
* Senyumannya adalah ketawanya.
* Tidak keluar tanpa urusan penting agar dapat menghindari fitnah.
* Menjauhi perbuatan mengumpat dan mengkeji orang lain.
* Tidak menghebohkan kedudukan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya serta menerima dugaan dengan redha.
* Sentiasa mendoakan perkara-perkara yang baik untuk semua orang.
* Bergaul dengan semua orang tanpa mengira status dan taraf pendidikan.
* Tidak boros dalam berbelanja dan bijak menguruskan kewangan.
* Berhati-hati dengan makanan yang diambil dan menjauhi syubhah.
* Bersifat penyayang dan belas kasihan terhadap binatang.
* Mencintai alam sekitar dan mengutamakan kebersihan.
* Menjaga auratnya seperti yang diperintahkan Islam.
* Tidak berpura-pura baik untuk mendapatkan pujian dan sanjungan manusia.
* Tidak memandang harta benda serta kekayaan hidup sebagai faktor kebahagiaan yang utama.
Sebenarnya terdapat banyak lagi tips untuk menjadi muslimah yang sejati. Ini cuma sebahagian darinya. Yang pasti kita cuba untuk menjadi yang sebaiknya di mata Allah swt, bukan di mata manusia. Jangan kita menganggap kita ini lebih suci daripada orang lain. Jangan! Belum tentu kita akan mati dalam keadaan beriman.
Mukminah adalah seorang Islam yang sanggup berjihad dan mentaati Allah swt sedangkan seorang muslimah adalah seorang Islam yang belum tentu melaksanakan perintah-perintah Allah swt. Apapun, masih ada gelaran yang lebih tinggi dari mukmin iaitu Muttaqin, Mukhlisin dan Muqarrabin.
Muttaqin: golongan orang orang yang bertaqwa.
Mukhlisin: golongan orang orang yang ikhlas daam amalannya.
Muqarrabin: golongan orang orang yang taqorrub dengan Allah swt serta hampir dengan Allah Taala.
TIPS MENJADI WANITA MUKMINAH
Elakkan berurusan dengan lelaki:
Ini kerana suara wanita yang amat lunak boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampat Allah swt melarang wanita melunakkan suara mereka.
"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemt-lembutkan suara dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan yang baik" -Surah Al Ahzab, 32.
Tundukkan hati:
Sekiranya tidak dapat dielakkan sesuatu urusan maka dibolehkan. Tetapi rasa takutlah kepada Allah swt apabila berhadapan dengan kaum lelaki. Nauzubillan. Beristighfarlah sebanyaknya apabila kita berhadapan dengan kaum lelaki kerana wanita adalah fitnah terbesar bagi kaum lelaki.
Berdoalah "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkanlah pandangannya daripada panahan-panahan syaitan"
Tundukkan pandangan:
Allah swt memerintahkan supaya para sahabat dahulu menahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri isteri nabi.
".....apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka" -Surah Al Ahzab, 53.
Tidaklah sesusah mana pun untuk menjaga pandangan ini tetapi jangan pula jaga pandangan pada hakikat dunia realiti yang sebenarnya. Mukminah itu orang orang perempuan yang beriman, menjaga solatnya, baik pengetahuan tentang agama Islam. Dengan adanya pengetahuan yang baik mengenai agama Islam yang suci ini maka akan terhindarlah diri ini daripada kemurkaan Allah swt. Jadilah wanita wanita penghuni syurga Allah swt. In Shaa Allah :)
luar biasa, makasih banyak ya Jasa Pembuatan Website Toko Online serta layanan Jasa Pembuatan Website Penjualan Online dan
ReplyDeleteJasa Pembuatan Online Shop
Grosir Jilbab Murah - Jilbab Segi Empat Terbaru dan Jilbab Instan Terbaru serta Jasa Pembuatan Website Murah serta Buat Toko Online Murah