"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran ialah orang yang terbaik terhadap jirannya" -HR Al-Hakim
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh itu sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh tidak boleh tidur" -HR Muslim.
"Seorang muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkannya (kepada musuh) dan tidak menghinakannya. -HR Muslim.
Allah menciptakan makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasang. Begitu juga manusia yang tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari daripada hidup berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal. Ini adalah anatara hikmah kenapa Allah menciptakan manusia daripada berbagai-bagai bangsa, warna kulit dan bahasa.
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertawakkal di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" -Surah Al Hujurat, 13.
Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sangggup bersusah-payah dan berkongsi suka-duka bersama kita, dan ada juga kawan yang meninggalkan kita disaat kita kesusahan. Terdapat ayat yang menyatakan mengenai peranan dan pengaruh kawan.
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar" -Surah At Taubah, 119.
Dalam erti kata yang mudah sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika kita salah memilih sahat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari denga hadith Rasulullah saw yang bermaksud:
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya. Oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya" -HR Abu Daud.
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakat yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumnya. Tukang besi pula menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar atau mendapat bau busuk" -HR Bukhari.
Ciri-Ciri Sahabat Yang Baik
1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia mencukupi keperluan.
2) Pilihlah sahabat yang apabila kita menghulurkan bantuan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan, dia suka menerima dengan rasa terharu. Jikalau dia melihat kebaikan yang ada pada diri kita, dia suka menghitung-hitung dan menyebutnya.
3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila kita menghulurkan bantuan tangan untuk memberikAn jasa baik atau bantuan, dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap berguna. Jika dia mengetahui mengenai keburukan diri kita, dia akan menutupinya.
4) Pilihlah sahabat yang jikalau kita meminta sesuatu daripadanya, pasti dia memberi. Jika kita diam dia akan mula bertanya dahulu dan jika dia ada sesuatu kesukaran atau kesedihan yang menimpa kita, dia suka membantu meringankan serta menghiburkan.
5) Pilihlah sahabat jikalau kita berkata, dia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jika kita mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika kita berselisih faham dengannya dia suka mengalah untuk kepentingan.
Dalam memilih sahabat, kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Sebagai remaja, yang terlepas pandang daripada pandangan ayah ibu, hendaklah berhati-hati dalam memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh merosakkan kita. Setelah meningkat dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan-kawan yanng baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Kawan yang tidak baik hanya membantutukan usaha kita ke arah yang lebih baik. Dalam kitab Al-Hikam ada menyebut "Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah."
Sufyan Astsaury berkata "Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka, harus bermuak-muka pada mereka, dan siapa bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula." Hati-hatilah atau tinggalkan sahabat seperti di bawah:
1) Sahabat yang tamak. Hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak dan hanya mementingkan diri sendiri.
2) Sahabat yang hipokrit. Dia menyatakan bersahabat berkenaan hal-hal lampau atau hal-hal yang mendatangkan meraih simpati dengan kata-kata kosong, dan jika ada kesempatan membantu dia mengatakan tidak sanggup.
3) Sahabat pengampu. Dia setuju dengan semua yang kita katakan sama ada betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran. Di hadapan kita dia memuji diri kita tetapi di belakang dia merendahkan kita.
4) Sahabat yang pemboros dan suka hiburan. Dia menjadi kawan jika berkeliaran dan melepak pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan. Saidina Ali ra berkata "Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan. Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa) maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh rendah akhlak (iman) daripadamu"
Buat semua para pembaca, adalah lebih baik kita memilih sahabat yang boleh selalu mendorong kita mengingati Allah. Tak salah untuk kita berkawan dengan semua orang. Sekiranya kita ada sahabat yang perlu dibimbing akhlak atau akidahnya jadi ia menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkannya. Jadilah kawan yang baik supaya di hari pembalasan nanti kita tergolong dalam golongan orang-orang yang Allah tinggikan darjatnya kerana pernah menjadi sahabat yang baik. In Shaa Allah :)
No comments:
Post a Comment