Wednesday, 11 June 2014

AKU PERSEMBAHKAN TAUBAT PADA-MU

Setelah bertahun melangkah di atas bumi Allah ini, pelbagai perkara yang telah diri ini lakukan. Bila difikirkan semula terasa begitu banyak dosa yang telah dilakukan. Apakah yang perlu diri ini untuk terus melangkah atas setiap memungkaran yang diri ini perbuat? Hati ini ingin pulang. Tapi kemanakah diri ini perlu tuju? Ya Khaliq, aku ingin pulang kepadaMu. Aku sesali segala perbuatanku.

Alhamdulillah. Jika terasa menyesal, itu petanda iman masih di dalam dada. Sebaiknya, jika dosa tidak memberi kesan apa apa, , malah kita tetap bergembira, itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk mati.

Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa apa tetapi meyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita sesalkan. Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya. Tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai galang-ganti kepada kejahatan kita yang pernah lakukan.

Menangislah Hari Ini

Pangkat di dunia ini tidak akan berguna selepas mati. Sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah, malah lebih berguna di kehidupan akhirat nanti yang kekal abadi.

Rasulullah saw bersabda:
"Malaikat Jibril datang kepadaku dengan berkata: Rrugilah (kecewa)  orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat ke atasmu.' Aku mengucapkan 'Amin'. 'Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk syurga'. Aku berkata 'Amin'. Jibril berkata lagi 'Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya'. Lalu aku mengucapkan 'Amin'."
-Hadith riwayat Ahmad.

Hati siapa yang tidak tetsentuh apabila melihat hadith Rasulullah saw di atas? Betapa ruginya nanti kita di akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah swt. Menyesallah dahulu kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini. Menangis di akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.

Takutlah akibat dosa yang telah kita lakukan. Jangan ambil mudah dengan kemurkaan Allah. Jika marah isteri, suami, boss atau kawan-kawan, sudah boleh menyebabkan hidup kita resah apalagi murkanya Allah Tuhan yang menciptakan kita semua ini. Ya. Kita sering terlupa bencana yang datang akibat dosa yang telah kita perbuat.

Lupakah kita dengan kisah kaun Aad yang ditimpa bencana tepat ketika mana mereka beriak riak menuju 'syurga' ciptaan raja mereka? Apakah kita lupa bagaimana sikap Rasulullah saw ketika baginda dan para sahabat  melalui lokasi tempat kaum Aad  dan Tsamud menerima bala? Baginda terlalu terganggu oleh nostalgia-nostalgia dosa hingga sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah saw menyuruh para sahabat menundukkan muka dan jangan memandang ke langit (tanda merendahkan diri) ketika melalui tempat tersebut?

Rasulullah saw pernah berdoa memohon agar Allah swt tidak menurunkan bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan solat dengan penuh tawadhuk dan baginda berdoa:

"Tuhanku,. Tidakkah Engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku berada bersama mereka. Tidakkah Engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat" -HR Sulaiman bin Al- Ash'ath dan Abi Daud.

Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, seorang insan yang maksum daripada dosa dan dijamin masuk syurga. Padahal baginda insan yang mulia, para penduduk kota Madinah ialah para sahabat Rasulullah saw yang terkenal sebagai generasi Al Quran itu sendiri adalah kota suci yang penuh rahmat dan keberkatan.

Jangan Rasa Selamat

Dengan segala kelebihan itupun baginda masih tidak ada rasa jaminan keselamatan daripada bala bencana. Sinisnya, bagaimana nasib kita yang setiap masa bergelumang dengan kemungkaran dan kemaksiatan? Kadangkala hidup ditengah kota yang dikelilingi premis dosa? Walaubagaimanapun, bencana alam, penyakit kronik, gejala sosial boleh membawa rahmat jika kita dapat mencungkil ibrahnya yang tersirat.

Ia boleh diumpamakan sebagai racun kepada hati yang telah derhaka kepada Allah tetapi penawarnya kepada hati yang tunduk dan patuh kepada Allah. Kata orang "What happens in you is more important than what happens to you". Apa yang berlaku 'di dalam' diri kita jauh lebih penting daripada apa yang berlaku kepada diiri kita.

Untuk memahami yang tersirat dan mengcungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Bencana alam yang telah menimpa umat-umat nabi terdahulu kerana kederhakaan dan kedegilan mereka walaupun telah diberi peringatan berkali-kali perli diamati sebaiknya.

Renungilah hakikat ini. Umat Nabu Nuh as yang tunduk kepada hasutan syaitan, yang mana syaitan itu diciptakan daripada api, Allah musnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar.Kaum Saba' yang juga menyembah matahari, Allah datangkan air sebagai pemusnah. Hukum ini terus berjalan sepanjang zaman. Apabila kemungkaran yang bermaharajalela di tengah umat manusia, Allah akan datangkan bala bencana ssebagai azab yang memusnahkan mereka.

Inilah yang berlaku kepada umat Nabu Luth as yang telah ditelan bumi kerana mengamalkan homoseksual. Kaum Nabi Salleh as kerana curang dalam peniagaan. Kaum Aad dan Tsamud yang ditimpa hujan batu kerana kederhakaan mereka.

'Tentera Allah' (air, angin, tanah) dihantar kepada para pendosa yang ingkar walaupun tlah diberi peringatan berulangkali oleh nabi-nabi mereka. Sepanjang sejarah, sudah lapan bangsa pada lapan zaman yang telah mendapat akibat buruk daripada Allah swt kerana mendustakan rasul mereka.

Beruntungnya menjadi umat kaum Nabi Muhammad saw yang mempunyai banyak kelebihan berkat kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Bencana tidak akan berlaku serta-merta kepada umat Nabi Muhammad saw seperti mana yang menimpa umat nabi-nabi yang terdahulu. Masih ada penangguhan tempuh masa untuk perbaiki diri.

Bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir dan bermacam lagi walaupun sudah hebat dan berkali ganda lebih ringan daripada bencana yang tertimpa umat terdahulu, tetapi itu semua petanda yang sama iaitu peringatan bagi mereka yang ingkar pada agama Allah.

Apapun mesejnya ia tetap sama sebagai peringatan dan amaran. Dengarkanlah 'bisikan' Allah ini.Jangan sampai kita terpaksa mendengar 'jeritanNya' (bencana yang lebih dasyat). Lihat saja loji-loji nuklear di Fusyima Jepun yang telah dilumpuhkan hanya dengan kuasa air. Bukankah ini satu tempelakkan kepada kemajuan teknologi yang dibanggakan oleh manusia tetapi akhirnya tunduk kepada kuasa 'konvensional' Allah yakni air?

Walaubagaimanapun, ada bencana lebih seni dan makwani sifatnya.Tidak ketara oleh mata tetapi sangat derita pada hati. Didunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta daripada kebenaran. Ia akan menutup pintu hati daripada melihat kepada yang hakiki dan membuatnyaterbalik dalam membuat penilaian.

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah Kami peringatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa" -Surah Al An'am, 44.

Pendosa Tidak Tenteram Jiwanya

Manakala secara peribadi dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit,perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kadangkala kita sudah memiliki kekayaan, pekerjaan yang baik dan kesihatan terjamin.

"Dan barangsiapa yang berpaling daripada peringatanKu maka sesungguhnya bnginya penghidupan yang sempit" -Surah Thaaha, 124.

Di dunia ini tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatan. Meskipun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja yang diingini, mampu tinggal dimana sahaja yang dikehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung dan masih terus ragu-ragu. Inilah kehidupan yang sempit.

Hati Yang Bercahaya

Hati orang yang soleh begitu lembut, sensitif, mudah tersentuh, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup berkarat, keras dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran .Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa tetapi salahkan diri sendiri.

Perhatikanlah hari-hari yang kita lalui selepas Ramadhan nanti, apakah penuh pahala atau sebaliknya? Bagaimana kita di sini begitulah kita di akhirat nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai. Sebusuk apa pun maksiat yang telah kita lakukan dan sebanyak apa pun dosa yang telah kita perbuat bilamana manusia itu kembali kepada Allah, maka Allah akan menerima taubatnya. Bahkan terhadap orang kafir sekalipun, bilamana dia memeluk agama Islam Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.

Pintu taubat sentisa terbuka. Allah swt akan sentiasa menanti kedatangan hambaNya yang bertaubat. Namun, tidak selamanya pintu taubat itu terbuka. Sudah tiba saatnya pintu taubat itu akan tertutup rapat terutamanya pada dua keadaan.

Keadaan Pertama

Ketika nyawa manusia sudah berada dikerongkong Rasulullah saw bersabda:

Sesungguhnya Allah Maha Mulia lagi Maha Agung menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai di kerongkong" - HR Tirmidzi.

Keadaan Kedua

Ketika matahari terbit dari sebelah barat. Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa bertaubat sebelum matahari terbit dari sebelah barat nescaya Allah akan menerima taubatnya." - HR Muslim.

Apabila pintu taubat tertutup maka penyesalan, perbuatan baik, dan keimanan orang kufur tifdak akan bermanfaat lagi. Allah swt tidak akan menerima taubat dan amalan mereka.

"Yang mereka nantikan tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan sebahagiaan dari tanda-tanda Tuhanmu.Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah 'Tunggulah olehmu, sesungguhnya kami pun menungguh (pula)" -Surah Al An'am, 158.

Hal ini harus menjadi perhatian kita untuk tidak menunda-nunda taubat. Apablia tidak akan dilakukan maka bukan tidak mungkin hal itu akan menenggelamkan kita pada kemaksiatan yang pada akhirnya diri kita akan menganggap baik sesuatu yang buruk. Selagi kita hidup di dunia ini, mari kita gunakan kesempatan ini untuk bersiap diri sebelum pintu taubat tertutup.

"Sesungguhnya penerimaan taubat disisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya. dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"
-Surah An Nisa, 17.

Bersegeralah melakukan pelbagai kebaikan sebelum datangnya masa yang menyebabkan kita sukar untuk melakukannya. Rasulullah besabda: "Bersegeralah kamu untuk melakukan untuk mengerjakan amal soleh kerana akan terjadi berbagai fitnah akhir yang menyerupai malam yang gelap gelita"
-HR Tirmidzi dan Muslim.

Berusahalah meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt. Hanya dengan ketaqwaan kita akan diberi kemampuan untuk membezakan yang benar dan salah.

Wahai para pembaca yang saya kasihi, telah banyak perkara yang kita lakukan di atas dunia ini yang telah mengundang kemurkaan Allah swt. Telah banyak dosa yang telah kita perbuat sehingga hati kita menjadi keras untuk mengingati azab Allah yang lagi keras itu. Bersegeralah dalam bertaubat supaya Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita dan menyelamatkan kita di akhirat kelak. In Shaa Allah :)

No comments:

Post a Comment