Sunday, 4 January 2015

BANGGA DENGAN MAKSIAT

Sedih lihat ummat zaman sekarang. Ramai yang dah jauh daripada agama. Malah ada yang taktau apa itu agama.

Betapa jahilnya manusia sehinggakan mereka bangga dengan maksiat yang dilakukan. Bermegah-megah dengan dosa seolah-olah mereka tak pernah tau apa itu hari seluruh makhluk dikumpul dan dihisab.

"Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah."
-Surah Al 'Araf, ayat 30.

Kasihan dengan umat zaman sekarang ni. Penuh dengan alasan untuk ke majlis ilmu dan masjid sehinggakan mereka jahil dengan agama. Menjadikan tempat-tempat maksiat sebagai bahan penenang jiwa.

Patuh pada syaitan.
Tunduk pada nafsu.

Na'uzubillahiminzalik.

Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.

Bangga tak solat. Ada yang seronok mencanang cerita bahawa mereka tak suka untuk solat. Memberikan bermacam-macam alasan untuk menutup dosa. Malah ada manusia yang mencegah orang lain daripada menunaikan solat.

Ampunkan kami Ya Allah.

Ada perempuan yang tak tutup aurat. Bangga apabila rambutnya dipuji cantik, bangga apabila betisnya dipuji putih, bangga apabila bentuk badannya menjadi perhatian. Mereka bangga memakai pakaian yang mendedahkan aurat. Dikatakan ianya mengikut trend fesyen terkini.

Ampunkan kami Ya Allah.

Ada manusia yang seronok jadi "keypad warrior" sebarkan fitnah. Walhal mereka tak pasti pon berita itu sahih atau pon tidak. Sibuk share status sana sini untuk sentapkan mana-mana pihak. Berdebat tanpa ilmu untuk lihat siapa lebih hebat tanpa memikirkan sudut pandang agama.

Ampunkan kami Ya Allah.

Ada di kalangan umat ini yang hampiri zina. Malah ada yang berzina. Mereka bangga upload gambar berpelukan dan berduan dengan kekasih mereka. Berpegangan tangan tanpa ikatan yang sah, berpelukan. Ada yang update status mengatakan bahawa mereka sudah berzina. Mereka bangga dengan perbuatan mereka.

Ampunkan kami Ya Allah.

Ada umat zaman sekarang yang bangga menindas orang lain. Bangga dengan kuasa yang mereka ada. Menggunakan wang dan pangkat untuk memenuhi kepentingan nafsu sendiri. Membeli maruah wanita, berbunuhan atas kepentingan diri, dan macam-macam lagi yang manusia lakukan untuk turuti nafsu mereka.

Ampunkan kami Ya Allah.

Ada umat ini yang isytiharkan mereka keluar daripada Islam. Mereka menghina Islam. Dikatanya Islam ini jumud dan tidak sesuai untuk dipegang. Ada di antara mereka mengajak orang lain meninggalkan Islam. Ada di antara mereka memfitnah agama Islam ini. Mereka bangga apabila Islam dihina.

Ampunkan kami ya Allah.

Siapa perlu disalahkan?

Tak perlu tunding jari pada sesiapa.

Bukan salah ibu ayah.
Bukan salah ulama.
Bukan salah cikgu.

Salah diri sendiri yang takde usaha untuk kenal agama!

Bilamana hati bangga dengan maksiat, telah hilang rasa "ittaqullah" dalam hati mereka. Orang yang tidak takutkan Allah, adalah orang yang jauh meninggalkan agama. Tidak ada rasa cinta pada Allah dalam hati mereka.

Mereka fikir perbuatan mereka itu adalah benar. Padahal ia adalah maksiat yang nyata. Seronok dengan maksiat sehinggakan mereka lupa akan ayat-ayat Allah tentang azab bagi orang-orang yang ingkar.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment