Sudah jadi viral di media sosial mengenai gambar beberapa orang perempuan yang berpelukan dan dicium oleh artis kpop baru-baru ini. 1 Malaysia digemparkan dengan sesuatu yang mengejutkan tentang isu ini dalam kalangan mereka beragama Islam.
Pada pendapat saya artis berkenaan tidak bersalah kerana bagi mereka aksi sedemikian bukanlah sesuatu yang dihalang dalam agama mereka. Kehidupan sosial mereka bebas tanpa dibatasi halangan dalam bersentuhan sesama lelaki dan perempuan.
Yang menjadi persoalannya "mereka yang bertudung" itu.
Islam telah mengajarkan kita tentang adab dan batasan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Di sekolah telah diajar. Di rumah pon telah diperingatkan.
Jadi yang menjadi tanda tanya, adakah mereka-mereka itu tidak tau tentang batasan-batasan ini?
Atau berpura-pura taktau?
Inilah masalahnya bilamana terlalu taksub dengan manusia. Membiarkan ketaksuban itu menghalalkan sesuatu yang dilarang.
Saya sendiri rasa marah dan kecewa dengan individu-individu ini. Memakai tudung tapi merelakan diri mereka disentuh dan dicium oleh orang bukan muhrim.
Disaksikan beribu penonton!
Allahuakbar.
Kepada kamu yang sudah mendengar berita ini, berhentilah daripada terlampau melayan artis korea ini. Takut nanti kamu pun gagal mengawal diri daripada menjadi taksub.
Padahnya, dikecam hebat masyarakat!
Memang perbuatan mereka itu salah!
Sedikit sebanyak akan mencemarkan imej Islam.
Tapi itu bukan tiket bagi keypada warrior untuk terus menyebarkan dan menghetam individu-individu ini secara berterusan.
Ingat. Jaga aib orang!
Sebab itu la Islam melarang umatnya berlebihan dalam sesuatu hal. Takut begini hasilnya.
Dan rasanya mereka yang beragama Islam berhenti daripada pergi ke sebarang konsert!
Mencegah itu lebih baik.
Tidak ada 1 faedah pon yang boleh didapati daripada konsert tu.
Semuanya adalah hiburan yang sia-sia!
Lalai daripada mengingati Allah.
Orang yang mencintai agama tidak akan memalukan agamanya sendiri.
ciknaura.blogspot.com
No comments:
Post a Comment