Saturday, 3 January 2015

PERBAHARUI NIAT KITA

Dalam kehidupan dalam dunia ni, banyak benda yang kita nak capai. Kalau list kan 1 per 1 rasanya kalau ditambah umur 1000 tahun lagi pon takkan cukup.

Kadangkala manusia lupa apa tujuan hidup di atas dunia ni. Menjadikan dunia ini pegangan dan tujuan untuk mencapai matlamat dan keinginan nafsu.

Nafsu juga diturutkan.

Astaghfirullahal'azim.

"Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pemurah itu adalah orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan salam."
-Surah Al Furqan, ayat 63.

Sepatutnya kita semua kena sedar bahawa kehidupan di atas dunia ini adalah ibarat kita sedang bermusafir dari 1 titik menuju kepada 1 titik matlamat. Sekadar persinggahan. Tidak boleh kekal.

Janji Allah itu pasti. Dunia ini juga akan hancur bila sudah tiba masanya. Jadi, mengapa harus mencintai sesuatu yang akan lenyap juga suatu hari nanti?

Tanya pada hati.

Masukkan tiap sesuatu yang kita lakukan itu kepada penghambaan pada Allah. Jangan mengharapkan pujian daripada makhluk kerana makhluk tidak akan mampu untuk memberikan apa-apa keuntungan kepada diri kita, bahkan diri mereka sendiri juga mereka tidak mampu.

Tajdid niat semula. Hambakan diri pada Allah. Setiap perkara yang kita lakukan, berharaplah dalam hati agar semuanya kerana redha Allah. Sebesar apa pun yang kita banggakan di atas dunia ini hanyalah sekadar alat tuntutan nafsu. Di sisi Allah, tiada nilainya.

Orang yang berjalan dan hidup di atas dunia ini dengan melakukan kebaikan serta mencegah kemungkaran, hatinya akan sentiasa menantikan pertemuan dengan Rabb-nya. Orang-orang seperti ini adalah hamba kepada Allah.

Kehidupan di dunia ini sangat indah sehingga adakalanya manusia itu terpegun dan mencintainya. Sudah lupa bahawa matlamat hidupnya di atas dunia ini adalah 1 tiket untuk mengumpul amal buat bekalan bertemu dengan Allah pada titik pengakhiran keseluruhan kehidupan.

Fahami Islam.

Islam adalah agama yang penuh dengan didikan. Islam adalah agama yang sempurna. Manusia itu tidak sempurna. Dengan kefahaman dalam didikan Islam, ketidaksempurnaan fitrah manusia itu akan terasa bahagia dengan menerima kekurangan atas ketentuan Tuhannya.

Selagimana hati menjadi hamba nafsu yang cintakan dunia, dia tidak akan pernah rasai dia punya Tuhan.

Muhasabah diri.

Cari titik-titik di dalam hati untuk kembali semula kepada tujuan penciptaan manusia di atas dunia ini. Adanya Allah itu merupakan tugas kita untuk mendapatkan keredhaanNya. Belajar untuk taat kepada Allah. Yakinlah bahawa hamba seperti diri kita ini tidak punya apa pun melainkan dengan mengharapkan kasih sayang dan keredhaan daripada Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment