Kenapa taknak bertaubat?
Lambat lagi nak mati?
Takut ulang maksiat?
Syok dengan dunia?
Tak dapat hidayah?
Kalau di interview setiap orang dan tanya bila nak bertaubat, macam-macam jawapan yang kita akan dapat.
Manusia yang beralasan untuk bertaubat ini, mereka tak faham suatu perkara.
"Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan."
-Surah Asy Syura, ayat 25.
Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Sebesar apa pun dosa manusia atau sehebat apa pun maksiat yang manusia lakukan, Allah tetap akan mengampunkan kesalahan hamba-hambaNya yang memohon taubat dengan bersungguh-sungguh.
Jadi, kenapa bertangguh untuk bertaubat?
Sudah namanya manusia, memang kita akan lalai dengan dunia. Tapi bila ada rasa takut dengan dosa dan maksiat, maka cepatlah memohon ampun daripada Allah.
Jangan cari alasan!
Bukan senang nak rasa takut kepada Allah. Susah! Sebab manusia selalu tewas dengan tuntutan nafsu. Jadi, bila tersedar daripada kesalahan maknanya Allah sedang panggil hati-hati itu untuk patah balik kepada fitrah yang sebenar.
Allah sayang kita semua. Cuma kita saja yang tak sedar.
Allah bagi rezeki.
Allah bagi zuriat.
Allah bagi pekerjaan.
Allah bagi kesenangan.
Allah bagi rumah.
Allah bagi banyak nikmat pada manusia.
Ada manusia yang ingkar dan kufur selepas dikurniakan nikmat. Melanggar segala perintah Allah. Meninggalkan taat.
Sampai bila nak terus ingkar?
Pernah rasa tak adakalanya hati rasa kosong?
Pernah rasa tak adakalanya apa yang dilakukan macam ada yang serba tak kena?
Pernah rasa tak adakalanya kita nak bergantung kepada sesuatu?
Apa tandanya tu?
Itu tandanya Allah sedang panggil hati-hati itu untuk kembali kepada fitrah yang sebenar.
Apa fitrah yang sebenar tu?
Fitrah kita hidup di dunia ini adalah untuk beribdah kepada Allah dan menjadi khalifah yang memakmurkan bumi ini. Kalau manusia terkeluar daripada 2 perkara ini makanya manusia itu sedang melawan fitrah.
Jadi, kalau dah tersasar taubatlah adalah jalan pulangnya. Maka jangan ditangguh untuj bertaubat. Malu nak balik jumpa Allah dalam keadaan diri yang penuh dengan dosa dan maksiat. Sedangkan Allah itu terlalu sayangkan kita.
Masa untuk U-turn.
ciknaura.blogspot.com
No comments:
Post a Comment