"Kenapa rumah Bedah besar?"
"Macam mana la duit aku boleh hilang?"
"Isteri Hakim cantik tapi isteri aku ni gemuk."
"Dah jenuh aku kerja siang malam tapi kenapa masih tak cukup?"
Kenapa?
Nanti dulu!
Jangan dipersoal sebelum kamu mengetahui apa yang disebutkan di dalam Al Quran.
"Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat."
-Surah Ar Ra'd, ayat 26.
Atas setiap rezeki yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya adalah di atas kekuasaan dan kehendakNya. Kita sebagai hamba wajib yakin bahawa Allah Maha Mengetahui akan segala hal yang terjadi di dalam dunia ini.
Ada orang badan gemuk makan sepinggan nasi tapi kenyang.
Ada orang kurus makan 2 pinggan nasi tapi tak kenyang.
Ada orang anak ramai bergaji RM1500 sebulan tapi gajinya cukup bagi menampung perbelanjaan keluarga.
Ada orang gaji RM5000 sebulan dan masih belum berkahwin tapi gajinya tetap tak cukup.
Kenapa?
Orang yang sentiasa bersyukur Allah akan tambah rezekinya.
Tanya diri sendiri. Dimana rasa syukur kita?
Wahai mukmin.
Setiap apa yang terjadi semuanya datang daripada Allah, hatta sebutir beras sekalipun.
Manusia fikir nasi bagi kenyang tapi hakikatnya Allah bagi kenyang.
Manusia fikir duit bagi kemewahan tapi hakikatnya Allah berikan kemewahan.
Manusia fikir perkahwinan berikan kebahagiaan tapi hakikatnya Allah bagi kebahagiaan.
Kerana tak faham konsep syukur la ramai manusia tak bahagia. Kerana tak faham konsep syukur la ramai manusia yang sengsara.
Setiap kurniaan Allah kepada makhluk adalah namanya rezeki.
Manusia rasa gaji RM1000 tu tak cukup. Tapi kalau manusia itu bersyukur dan faham bahawa rezeki RM1000 nya tu datang daripada Allah dan bukannya dari bosnya, maka percayalah RM1000 tu akan cukup menampung kehidupannya. Tarbiah rezeki RM1000 tu adalah nikmat daripada Allah yang perlu dirancang dengan sebaiknya.
Ingat! Allah berikan apa yang kita perlu dan bukannya apa yang kita mahukan.
Kadangkala Allah uji kita dengan kesempitan rezeki sebab Allah nak hantar nikmat khusyuk dalam ibadah. Manusia itu apabila dah leka dengan dunia, Allah dilupakan. Lalu Allah hantar sedikit ujian dengan kesempitan rezeki supaya manusia itu kembali kepada fitrah asal untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Itu juga merupakan nikmat.
Rezeki yang melimpah ruah juga tidak akan kekal. Sama seperti kepayahan yang diberikan. Semuanya tidak akan kekal. Sebab setiap apa yang berada di atas muka bumi ini hanyalah sementara.
Yang kekal abadi hanyalah kehidupan di akhirat kelak.
Nikmat yang banyak atau nikmat yang sedikit hanyalah kurniaan daripada Allah supaya manusia itu berasa selesa dengan nikmat tersebut dan melahirkan rasa syukur untuk terus taat dalam melakukan ibadah kepada Allah swt.
ciknaura.blogspot.com
No comments:
Post a Comment