Kalau....
Kalau kita buat tumpah air dekat atas carpet mahal rumah jiran, mesti kita cuak diminta ganti rugi.
Kalau kita terlewat temujanji, mesti kita takut dikatakan tidak menepati masa.
Kalau kita bergaduh dengan adii beradik, mesti kita susah hati bermasam muka.
Kalau cakap pasal "kalau" ni gajah pun boleh terbang.
Kalau la gajah boleh terbang.
Kalau...
Cuba kita cakap "kalau" pada 1 benda.
Kalau la aku mati dengan dosa-dosa aku yang belambak ni, apa aku nak jawab depan Allah?
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah!"
-Surah Ibrahim, ayat 38.
Cuba semak diri masing-masing.
Manusia ni kalau buat baik, 1 dunia nak dikecohkannya.
"Aku la yang sponsor baju artis gorgeous tu."
"Aku la yang hantar makanan pada budak-budak yang ada di rumah anak-anak yatim tu."
"Aku la yang bagi duit RM7k dekat mak di kampung."
Kalau bab benda baik, semua nak dihebahkannya.
Atas dasar apa nak orang lain tau?
Tepuk dada tanya hati sendiri.
Tapi. Adakah manusia itu nak mengaku tentang perkara buruk yang dilakukan?
"Aku la yang fitnah anak Kak Yam mengandung hari tu."
"Aku la yang menipu duit Haji Mail."
"Aku la yang rosakkan rumahtangga orang."
Agak-agak ada tak yang nak mengaku perangai buruk masing-masing?
Mustahil !
Kenapa?
Sebab kebanyakan manusia hanya melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu kedudukan di mata manusia. Di dalam hati-hati ini tiada rasa ikhlas kerana semuanya mengharapkan sesuatu balasan yang mendatangkan keuntungan pada diri sendiri.
Ramai orang mengaku ikhlas melakukan sesuatu tapi sejauh mana kebenarannya?
Jangan nilai keikhlasan orang lain. Nilai diri sendiri dahulu.
Setiap perkara itu datang daripada Allah. Semuanya dari Allah. Jadi Allah la yang menggerakkan hati-hati manusia itu untuk melakukan kebaikan.
Kenapa harus mengharapkan pujian manusia? Sedangkan yang menggerakkan hati-hati itu adalah Allah.
Kenapa?
Allah tau apa yang hamba-hambaNya lakukan. Sama ada perbuatan itu dinyatakan mahupun perbuatan yang diselindungi. Walaupun sebesar zarah niat yang terdetik di dalam hati.
Allah Maha Mengetahui.
Jujurlah pada Allah. Buatlah sesuatu perkara itu kerana takut dan mengharapkan redha Allah.
Kalau sesuatu perkara itu dilakukan kerana manusia, semuanya hanyalah sia-sia. Tidak akan ada sedikit manfaat pun.
ciknaura.blogspot.com
No comments:
Post a Comment