Friday, 2 January 2015

YANG KOLOT TU MANUSIA

"Eh. Kenapa pulak kena solat 5 waktu setiap hari? Benda yang sama je pon. Sekali je tak boleh ke?"

Betapa pentingnya solat sampai Allah ulang banyak kali dalam Al Quran pasal perintah menunaikan solat ni. Sehari 5 kali umat kita solat. Punya la pentingnya sampai kalau ada tinggal solat maka wajib diqada. Berdosa jika ditinggalkan.

Tu tandanya Islam nak kita ni ingat yang kita masih ada Allah. Ada Tuhan. Dari pagi sehingga ke malam usaha kerja untuk dunia. Jadi tak mustahil dalam sibuk tu langsung lupa pada Allah. Bila adanya perintah solat tu kita akan ingat bahawasanya kita masih ada Allah untuk kita sembah dan sujud. Mana la tau kot dalam hati tu ada perasaan riak, takbur, sombong, hasad, tapi bila solat tu akan terhakis segala perasaan buruk tu. Nak merengek mengadu minta tolong pada Allah pon boleh. Sebab bila solat akan ada fitrah dalam hati tentang rasa kembali kepada Allah.

"Kenapa perlu puasa? Padahal duit berkepuk dalam poket. Bukannya takde duit."

Tarbiyah puasa ni hebat. Bukan saja-saja Allah dera suruh tahan lapar dan dahaga dari terbit fajar sidiq sehingga terbenam matahari. Allah tak zalim tapi manusia yang jahil tak faham tarbiyah puasa.

Puasa ni bukannya sebab takde duit nak beli makanan tapi kerana nak lahirkan taqwa kepada Allah. Makanan ada je untuk sedia dimakan. Tapi kita diminta memilih untuk tidak makan walaupun ada makanan sebab takut kepada Allah. Dalam berpuasa tu seluruh anggota juga diajar untuk bertaqwa.

Jaga pandangan. Jaga lidah daripada bercakap perkara yang sia-sia. Jaga tangan tidak melakukan kemurkaan. Jaga hati untuk tidak bermaksiat. Jaga kaki tidak ke tempat Allah larang. Dari sudut sains, puasa amat la bagus untuk kesihatan sistem tubuh badan.

"Kenapa tak boleh sentuh kaum berlainan? Tak luak pon kalau sentuh."

Indahnya Islam tu bila setiap individu diberi hak keistimewaan dalam memelihara dirinya daripada fitnah dan godaan. Lelaki tak boleh bersentuhan dengan wanita bukan muhrim. Begitu juga wanita yang tidak boleh bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim.

Disebabkan Islam agama yang memelihara kesejahteraan, maka Allah suruh kita menjaga batas dan adab dalam pergaulan. Bayangkan kalau lelaki dan wanita bebas bersentuhan. Rasanya kes cabul dan rogol tidak boleh dipertikaikan sebab agama tidak melarang perbuatan ini. Bila tubuh terpelihara dengan tangan-tangan sentuhan syaitan, maka nafsu akan tertunduk dalam iman dan taqwa. Perasaan hormat pada orang lain disebabkan perintah Allah, maka maruah dan akhlak terpelihara.

"Asal kena tutup aurat? Fashion ni kan aliran zaman. Islam pon galakkan umatnya cantik."

Bila cakap bab aurat ni boleh disimpulkan sebagai satu penghormatan buat ummatnya. Baik lelaki mahupun perempuan, ada batas auratnya. Islam menjaga kehormatan ummatnya sehinggakan cara berpakaian juga diatur oleh Allah.

Disebabkan aurat dijaga sempurna, maka nafsu juga terdidik dengan baik. Bila aurat dilindung daripada pandangan nafsu, In Shaa Allah tiada kes zina, tiada kes anak-anak luar nikah dilaporkan. Allah sayang kita semua. Diberikan keistimewaan kepada yang berhak untuk melihat sahaja dibebaskan batasan aurat. Baru terasa ada keistimewaan di situ.

"Kenapa perlu bersedekah? Kerja penat-penat takkan nak bagi pada orang lain?"

Sedekah tu adalah kebaikan. Bila kita sedekah, runtuh la segala sifat sombong dan kedekut. Syaratnya harus la kerana Allah Taala. Bukan kerana manusia. Bagusnya sedekah bila kita mampu untuk meringankan bebanan orang lain dalam mnghadapi kesusahan.

Bantu mana yang termampu. Sedekah ni akan didik kita untuk yakin bahawa rezeki itu adalah kurniaan Allah. Tidak perlu takut dengan kemiskinan. Sebab ketuntuan segalanya telah diatur oleh Allah.

So, adakah Islam itu jumud?

Tak!

Manusia yang kolot.

"Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu; dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu."
-Surah Muhammad, ayat 10.

Dunia ni semua permainan.

Yang baik, kelihatan buruk.
Yang buruk, kelihatan baik.

Nafsu?

Jadi pak turut syaitan dengan pegang dunia.

Iman?

Menyorok dalam hati. Nak keluar, takut hilang nikmat dunia.

Taqwa?

Rasa macam tak wujud dalam diri sebab dah kena tipu dengan syaitan!

Ni la masalah umat sekarang!

Islam tak kolot!
Islam tak jumud!
Islam hebat!
Islam power!

Pemikiran manusia tu sebenarnya jumud. Syaitan kata bagus, kepala pon hangguk setuju dengan dia. Syaitan kata buruk, pon setuju. Ni la silapnya manusia.

Terlampau taksub dengan dunia sampai perintah Allah pon dikatanya jumud. Islam tak kolot. Islam pelihara kita.

Jadi kena faham bahawa kesempurnaan Islam tu boleh dirasai bila kita patuh segala perintah Allah. Allah sayang kita semua. Kita je tak sedar.

Nampak tak? Manusia yang kolot. Islam hebat.

Siapa tak nampak dia buta!

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment