Wednesday, 14 January 2015

ISLAM HANYA DI IC?

Bila timbulnya isu yang berkaitan dengan sensitiviti dalam agama, ramai yang bangkit bersuara. Membela dengan perbagai hujah mempertahankan agama.

Bagus! Syabas!

Tapi...

Adakah orang yang menganggap dirinya sensitif terhadap isu keagamaan ini tidak tergolong dalam kalangan yang memalukan agama?

Mungkin caranya berbeza tapi skopnya tetap sama.

Bayangkan...

Orang yang tak pergi solat jumaat tapi hentam perempuan yang dipeluk artis kpop.

Orang yang dating sana sini bersentuhan dengan bukan mahram tapi hentam isu sentuh anjing.

Orang teguk arak tapi hentam orang tak solat.

Orang tak solat tapi sibuk hentam isu transgender.

Orang tak tutup aurat tapi hentam kes zina.

Macam-macam lagi contoh.

Apa beza golongan "sebelum tapi" dan golongan "selepas tapi."

Macam takde beza.

Sebab apa?

Sebab kedua-duanya memalukan agama!

Ibarat macam kain sendiri koyak tapi ketawakan baju oran lain tercarik.

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka."
-Surah Al Hadid, ayat 16.

Ya insan.

Bila umat ini mahu berubah?

Sibuk mencari dimana silapnya orang lain tanpa melihat maksiat yang dilakukan oleh kaki dan tangan sendiri.

Tak malu ke?

Al Fatihah untuk diri sendiri.

Kehebatan sesuatu umat ini apabila dia mencegah yang lainnya daripada berbuat maksiat tapi dalam masa yang sama dia menahan dirinya sendiri daripada melakukan kemungkaran.

Bukan sibuk tunding jari kecam sana sini tapi diri sendiri buat maksiat.

Bila ditanya tentang agama, mengaku dirinya Islam.

Dari mana tau datangnya Islam itu?

Jawapannya mudah.

Kad pengenalan diri aka IC.

Na'uzubillahiminzalik.

Semoga Allah mengampunkan doa kita semua.

Ya mukmin.

Bila ditanya tentang agama, Islam itu bukan di IC sahaja. Islam itu daripada hati. Islam itu daripada perakuan lidah sendiri. Islam itu lahir kepada tingkah laku yang beradab.

Bukan mengakunya diri itu Islam berdasarkan IC.

Lemahnya agama ini kerana diri kita sendiri yang menolak untuk belajar, faham dan amalkan ajaran Islam.

Jangan jadi munafik!
Jangan jadi fasik!
Jangan jadi hamba nafsu!
Jangan jadi ahli maksiat!
Jangan jadi sesat!

Fahami Islam.

Orang yang sayangkan agamanya tidak akan sesekali memalukan agamanya sendiri. Kalau sayangkan Islam, buktikan dengan hati, lidah dan tingkah laku.

Hinanya diri sendiri bila mencari salah orang lain sedangkan diri sendiri penuh dengan maksiat.

Kadangkala diri sendiri yang memalukan agama. Beralasan untuk tidak mahu belajar tentang agama. Menolak untuk amalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian.

Kalau rasa agama itu tidak penting, ketahuilah bahawa diri itu sedang jauh meninggalkan agama.

Kalau rasa tidak takut melakukan maksiat, ketahuilah diri itu sedang jauh daripada rahmat Allah.

Islam itu bukan sekadar di IC.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment