Menyesal.
Biasa dengar perkataan tu.
"Menyesalnya tak belajar sungguh-sungguh dulu."
"Menyesal tak dengar cakap mak ayah dulu."
"Menyesalnya aku tak kawin dengan dia."
Sempat pula fikir kawin yee.
Menyesal kena campak dalam neraka pernah rasa tak?
Alhamdulillah. Tak pernah merasa lagi. Jadi, jangan letakkan diri kita dalam golongan yang bakal merasai penyesalan atas murkanya Allah.
وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin."
-Surah As Sajdah, ayat 12.
Rasa menyesal ni tak tertanggung kecewanya. Semua orang pernah rasa menyesal. Menyesal atas dunia ni takpe lagi. Jangan menyesal di akhirat nanti.
Masa di akhirat nanti, tidak ada guna lagi atas setitis airmata pun. Merayu, meraung, bahkan berteriak sekalipun tidak ada gunanya.
Allah bagi peluang dan masa pada manusia atas muka bumi ini untuk terus memghimpunkan amalan bagi keredhaanNya di akhirat kelak. Dikurniakan kita umur berpuluh-puluh tahun lamanya untuk mencari hikmah di atas muka bumi.
Islam ajarkan kita rasa "penyesalan". Jadi, Allah dah beritahu dalam Al Quran tentang penyesalan yang tiada guna di akhirat nanti bagi golongan yang hidupnya di atas dunia ini hanya menurut hawa nafsu.
Allah sayangkan semua hambaNya. Diajarkan kita rasa penyesalan. Diberikan kitab Al Quran sebagai panduan hidup. Diutuskan Rasulullah saw sebagai petunjuk bagi jalan kebenaran. Dikurniakan akal bagi menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Diceritakan pula bagaimana dasyatnya hari kiamat itu.
Maka, tidakkah manusia itu berfikir dunia ini hanyalah suatu tempat untuk kita kumpulkan segala amal untuk menghindarkan diri kita daripada rasa penyesalan yang tidak tertanggung kelak?
Pada masa itu sesiapa pun tidak boleh memberikan pertolongan kepada kita.
Mak...
Ayah...
Kawan-kawan...
Saudara-mara...
Boyfriend...
Girlfriend...
Suami...
Isteri...
Anak-anak...
Semuanya tidak dapat menyelamatkan kita daripada rasa penyesalan itu. Semua sibuk memikirkan nasib masing-masing.
Jadi siapa yang mampu untuk tolong kita?
Amal ibadah kita di atas dunia inilah yang mampu untuk menjadi saksi di akhirat nanti.
"Eh. Dunia dah nak kiamat. Umur dah makin meningkat. Diri ini jahil. Masih sempat lagi ke nak himpun amalan?"
Ketahuilah bahawasanya pintu taubat itu masih terbuka. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Setiap taubat dan amalan yang kita lakukan, yakinlah bahawa Allah mengetahuinya.
Biar menyesal di dunia. Jangan menyesal di akhirat.
Kita masih punya waktu untuk memperbetulkan kesilapan diri.
Kita masih punya waktu untuk muhasabah diri. Kita masih punya waktu untuk bertaubat.
Kita masih punya waktu untuk kutip amalan buat bekal di akhirat nanti.
ciknaura.blogspot.com
No comments:
Post a Comment