Setelah dilantik Nabi Muhammad saw sebagai rasul terakhir, maka sangatlah hampir kita sebagai umat terakhir dengan kiamat. Dah banyak sangat petanda kecil kiamat yang telah ada sekarang ni.
Tapi adakah kita tau?
Zina berleluasa.
Fitnah kepada para ulama.
Penyelewengan.
Manusia saling berbunuhan.
Islam menjadi asing.
Banyak lagi petanda akhir zaman. Cuma manusia itu mengetahui atau tidak sahaja.
Kenapa taktau?
Ini kerana manusia itu tidak berilmu. Tidak ada usaha untuk menuntut ilmu. Mencari asbab untuk tidak ke majlis ilmu.
Ini silapnya manusia!
Semua orang berlumba-lumba belajar nak jadi...
Doktor.
Jurutera.
Artikek.
Wartawan.
Cikgu.
Artis.
Erkkk.
Sibuk dengan ilmu dunia sehingga meninggalkan ilmu akhirat. Merasa cukup dengan apa yang dipelajari di sekolah. Merasa cukup dengan apa yang diketahui.
Ilmu Allah itu luas.
أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna."
-Surah Az Zumar, ayat 9.
Fahami agama.
Kenapa taknak belajar agama?
Takut dikatakan kolot?
Takut diejek jumud?
Takut digelar ustazah?
Takut dipanggil ustaz?
Ya mukmin.
Mempelajari ilmu agama itu jauh lebih penting daripada ilmu hal keduniaan. Pentingnya belajar ilmu agama ini kerana tanpa ilmu mustahil nak beramal.
Bayangkan doktor nak merawat pesakit tanpa ilmu kedoktoran.
Bayangkan jurutera nak bina jambatan tanpa ilmu kejuteraan.
Bayangkan akauntan nak merangka kewangan tanpa ilmu kewangan.
Mustahil.
Begitu juga dengan ilmu agama. Terlalu banyak sangat fitnah ke atas ulama sehinggakan kadangkala kita keliru dengan ilmu.
Di sini la terletaknya kepentingan ilmu. Jahilnya manusia tanpa ilmu. Kalau kita ada ilmu, apa pun aqidah yang salah datang kita mampu menilai dan menolaknya dengan ilmu yang kita ada.
Kerana jahil ramai yang murtad. Malah, telah ramai yang meninggalkan agama jauh dibelakang. Menghumban diri mereka ke dalam jahiliyah.
Tanpa ilmu mustahil kita nak berdakwah. Disebabkan kurangnya dakwah, Islam tak sampai pada semua. Kerana tanpa penyampaian dakwah, ramai yang masih belum kenal dan fahami Islam.
Nak berdakwah pon bukannya mudah. Harus ada ilmu. Ilmu Allah ini luas. Tapi sebaik-baik ilmu adalah ilmu agama. Tak salah nak belajar ilmu dunia tapi yang salahnya bilamana manusia itu meninggalkan ilmu agama.
Kalau manusia ada ilmu, jangan sombong. Jangan pernah merasakan dirinya hebat dengan ilmu yang ada. Seluas apa pun ilmu yang ada pada manusia, tetap semuanya datang daripada Allah. Tanpa kefahaman daripada Allah, amatlah mustahil untuk ilmu singgah di dada.
Berbeza orang yang jahil dengan orang yang berilmu.
ciknaura.blogspot.com
No comments:
Post a Comment