Mentaliti manusia zaman sekarang...
"Tengok anak dara Kak Piah tu, asyik terperap dalam rumah je. Sorok perut bunting la tu."
"Rashid tu mentang-mentang la ada kereta baru, ke sana ke sini dia berjalan. Saja nak tayang kereta gamaknya."
"Anak Pak Bidin dapat straight A dalam SPM. Tak hairan la. Pak Bidin banyak duit. Boleh beli soalan-soalan SPM."
Ya mukmin, perbanyakkan istighfar.
Jangan bercakap tanpa kamu ketahui sesuatu perkara itu. Khuatir jadi fitnah. Berdosa. Boleh mendatangkan malu pada orang yang dimaksudkan.
Jauhkan diri daripada bersangka-sangka.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
-Surah Al Hujurat, ayat 12.
Orang yang ada iman akan sentiasa bersangka baik dengan semua orang. Orang yang berhati baik akan sentiasa berlapang dada dengan sesiapa pun. Orang yang bertaqwa akan sentiasa takut untuk berkata sesuatu yang di luar pengetahuannya.
Bersangka baik ni bagus!
Yang masalahnya apabila manusia suka bersangka buruk.
Islam lemah pada hari ini kerana tiada penyatuan dalam ukhwah. Semua saling berpecah dan berbalah. Saling mencari salah antara satu sama lain. Saling memfitnah tanpa usul periksa. Mengkafirkan antara sesama sendiri.
Apabila hilang rasa kasih sayang dalam hati kita antara satu sama lain, maka runtuh kekuatan Islam. Islam adalah agama yang menyatukan seluruh umat. Islam adalah agama yang membawa kepada kesepakatan dan perpaduan bersama.
Ada di antara manusia yang menggunakan nama Islam untuk mengkafirkan yang lain. Tidak sehaluan dituduh kafir. Saling bertepuk tangan atas kejatuhan yang lainnya.
Bila Islam nak hebat?
Sekiranya begini la sikap umat Islam pada hari ini, sampai bila-bila pun agama Islam ini tidak akan hebat dan kuat. Rasulullah saw ajarkan kita supaya bersatu atas nama Islam untuk perjuangkan agama ini.
Apa sudah jadi pada umat agama ini?
Lemah!
Ya insan.
Jauhilah bersangka buruk pada orang lain. Sentiasa bersangka baik seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah saw. Berfikiran positif atas setiap perkara.
Bersangka baik pada ujian Allah, hidup penuh bahagia.
Bersangka baik pada ibu bapa, redha Allah hidup kita.
Bersangka baik pada adik beradik, happy family namanya.
Bersangka baik pada rakan-rakan, setiap hari terasa ceria.
Bersangka baik pada jiran tetangga, ukhwah kemasyarakatan jadi kuat.
Tapi cuba bayangkan sebaliknya. Asyik nak bersangka buruk je. Hidup jadi gelisah, tak seronok dan hambar.
Hebat didikan Islam. Hanya dengan mengajarkan kita sentiasa bersangka baik, kehidupan kita akan jadi lebih baik.
Tanda-tanda hati yang sakit adalah hati yang berburuk sangka pada orang lain. Macam mana iman nak lekat di hati kalau hatinya sudah rosak? Hati yang rosak menjadi sarang syaitan dan nafsu.
Perbuatan yang dipenuhi dengan nafsu dan tuntutan syaitan, rosaklah seluruh amalan.
ciknaura.blogspot.com
No comments:
Post a Comment