Dalam hidup ni macam-macam manusia dikategorikan.
Ada golongan bangsawan.
Ada golongan kaya-raya.
Ada golongan bawahan.
Ada golongan diva.
Ada yang acah-acah diva.
Erkk!
Alasannya...
Aku kaya.
Aku cantik.
Aku hebat.
Aku berkuasa.
Kau buruk.
Kau miskin.
Kau lemah.
Haaa. Ni la namanya spisis perasan bagus. Kamu fikir kamu 'bagus' sebab kamu nampak ada orang yang lemah di bawah kamu.
Ni namanya spisis yang tak faham bahasa bahawanya wujud perkataan 'hamba'.
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
-Surah Luqman, ayat 18.
Kamu fikir kamu ada duit berjuta dalam akaun bank, kamu bagus?
Kamu fikir kamu ada kuasa atas sesuatu perkara, kamu bagus?
Kamu fikir kamu ramai peminat, kamu bagus?
Jadi...
Dengan kebagusan yang kamu ada itu kamu boleh hina atau abaikan orang lain?
Nampaknya dalam segumpal daging itu ada rasa sombong!
Allah benci orang yang sombong!
Ada orang suka pilih kawan.
Takmau kawan orang miskin.
Takmau kawan orang cacat.
Takmau kawan orang tak cerdik.
Nak tau 1 benda tak?
Faham tak makna 'hamba'?
Hamba tu hina!
Hamba tu kerdil!
Hamba tu lemah!
Tak kira la apa pun pangkat atau darjat kamu, kamu tu tetap seorang hamba!
Allah kurniakan kamu dengan sedikit harta, pangkat, rupa paras, kemuliaan di mata manusia tapi kamu dah merasakan kamu bagus.
Manusia yang macam ini adalah spisis perasan bagus!
Padahal bukannya bagus pun.
Setiap apa yang Allah berikan kepada kamu, semuanya hak Dia!
Bayangkan 'hamba' ada nikmat kekayaan, kemahsyuran, kekuasaan, kecantikan.
Maha Pemurahnya Allah.
Jangan fikir...
Cacat itu ujian.
Miskin itu ujian.
Lapar itu ujian.
Tapi kamu juga kena tau...
Harta itu ujian!
Kesihatan itu ujian!
Pangkat itu ujian!
Kekenyangan itu ujian!
Nikmat itu adalah ujian!
Orang yang lalai dalam nikmat maknanya telah tewas dalam ujian!
Cuba fikir.
Allah bagi macam-macam nikmat, tapi masih ada manusia yang sombong!
Dah la sombong sesama manusia, sombong dengan Allah pulak tu.
Punya teruknya manusia!
Kisah spisis perasan bagus...
Banyak duit tapi kedekut.
Muka cantik tapi tak suka pada orang.
Ada pangkat tapi tak solat.
Otak pandai tapi taknak baca Al Quran.
"Dah la takde duit, minta pada orang pulak tu."
"Dah la buruk, fesyen pon buruk macam tuannya."
"Dah la bodoh, pemalas pulak."
"Dah la miskin, beranak banyak-banyak lagi."
Astaghfirullahal azim...
Sombongnya manusia ini.
Memandang hina pada orang lain. Sedangkan semua makhluk itu adalah hina. Merasakan dirinya lebih hebat berbanding orang lain. Padahal makhluk itu penuh dengan keterbatasan.
Disebabkan sombong la iblis dilaknat Allah.
Disebabkan sombong la Qarun ditelan bumi.
Disebabkan sombong la Firaun ditenggelamkan di lautan.
Hidup la di atas dunia ni dengan penuh rasa rendah diri dan taat pada Allah swt. Setiap apa nikmat yang Allah kurniakan adalah untuk disyukuri. Bukannya untuk dibanggakan.
Jangan keji orang yang lemah. Jangan dihina orang yang kurang bernasib baik seperti diri sendiri. Apatah lagi menindas mereka yang di bawah.
Hidup cuma sekali. Allah bagi umur untuk kita habiskan di atas dunia dengan kutip amal ibadah atas ketaatan kita padaNya.
Suatu hari nanti, jasad ini akan mati.
ciknaura.blogspot.com
No comments:
Post a Comment