Tuesday, 9 December 2014

SELESALAH DENGAN TIDAK DIBERI

Kenapa baginda Rasulullah saw memberitahu mereka yang dalam kesusahan atau mereka yang dalam kelaparan bahawa "kalau kamu tau apa yang Allah simpan untuk kamu di akhirat, pasti kamu akan meminta untuk hidup dalam keadaan susah dan kelaparan sahaja."

Rasulullah saw ajarkan kita bila kita ada masalah, tidak melihat masalah itu. Tapi lihatlah hikmah dan kebaikan yang Allah simpan disebalik masalah yang kamu hadapi.

Rasulullah saw tak ajar kita untuk melihat masalah itu kepada keburukan.

Jadi, kalau kamu tau apa yang Allah simpan untuk kamu disebalik masalah yang kamu hadapi, pasti kamu akan minta supaya kamu bermasalah saja dalam hidup.

Kalau kamu tau apa yang Allah bagi dalam masalah yang kamu alami bahawa yang baik itu tetap ada, pasti kamu bersyukur dengan masalah masalah kamu.

"Dan sssungguhnya Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang-orang yang sabar."
-Surah Al Baqarah, ayat 155.

Manusia itu perlu faham. Untuk capai sesuatu perkara yang besar, perlu ada pengorbanan. Walaupun kecil. Perlu ada kepayahan. Perlu ada kesusahan.

Sebab apa yang ada di hadapan itu jauh lebih besar daripada kesusahan yang kamu hadapi.

Kata Imam Ali bin Muhammad Al Habsyi "kalau apa yang kamu minta pada Allah itu tidak dikabulkan, maka hendaklah kamu merasa selesa dengan apa yang kamu ada sekarang. Apa yang Allah simpan atau apa yang Allah tak kabulkan itu adalah perkara yang baik sekiranya kamu tak memilikinya"

Fahamkan!

Apa yang Allah tak bagi tu kadangkala jauh lebih baik daripada perkara itu diberi.

Biasakan diri kamu dengan keadaan tidak diberi.

Sebab apa?

Kamu kena faham bahawa apa yang Allah simpan itu adalah yang baik jika tidak diberi.

Belajar untuk rasa selesa bila permintaan tak dikabulkan.

Orang yang beriman akan mengharapkan kebaikan itu diberikan kepadanya di akhirat kelak.

Harus redha!

Sifat redha itu adalah sifat orang yang kembali kepada Allah.

Harus bersyukur!

Orang yang tak bersyukur ni adalah orang yang kufur.

Kalau kamu terdetik dalam hati "aku dah tolong orang, aku dah infakkan harta, aku dah sedekahkan macam-macam tapi permintaan aku tak ditunaikan juga.

Kalau perkara seperti ini bermain dalam hati kamu, maka bangunlah kamu.

Bangun daripada apa?

Bangunlah daripada kelalaian kamu sendiri !

Jangan suka berburuk sangka kepada Allah.

Allahuakbar.

Ya insan,

Teruslah kamu terus meminta kepada Allah dengan usaha, berdoa dan bergantung harap pada Allah.

Allah Maha Mengetahui sesuatu sedangkan kamu terbatas dengan segala kekurangan.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment