Assalamualaikum semua.
Lama rasanya saya tak menulis. Maaf buat para pembaca. Saya habiskan kerja di Daerah Sik hari tu. Line celcom sangat teruk di sana. Hmmm. Keluar je dari sana saya pon kembali aktif di laman sosial. Hehehe
Tapi! Saya ketinggalan banyak isu. Sedihnya. Yang paling menarik perhatian kes gadis ditoreh muka. Apa lagi, saya pon kalut la cari maklumat.
Macam-macam benda yang saya jumpa masa pencarian. Spekulasi dimana-mana. Wahai orang-orang yang beriman, dimana iman kamu bila kamu berkata tentang sesuatu yang kamu sendiri tidak mengetahui?
Ada yang kata dia kena toreh dengan bekas kekasih sakit hati sebab dia bertunang dengan orang lain. Macam-macam lagi la. Kesian jugak dia kena hentam. Yang paling kesian orang yang dok hentam tu. Kalau apa yang mereka kata tu salah, free free je dapat dosa fiitnah orang.
Meh saya nak nasihatkan sesuatu. Tak usah nak jadi cerdik pandai guna deria keenam dok berteka-teki bagai pasal kenapa dia kena toreh tang muka tu. Kita sebagai orang Islam, berdoa la semoga dia baik-baik sahaja dan kuat menghadapi dugaan.
Jangan la dengar sangat cakap orang. Ni la masalah orang Islam. Suka sangat percaya tanpa usul periksa. Daripada kita hentam dia, ada baiknya kita doakan dia. Saya bukannya nak sokong atau salahkan sesiapa tapi saya nak kita semua sedar yang kadangkala kita ni melampaui batas dalam bercakap atau menghakimi sesuatu.
Islam tak ajar kita cakap ikut sedap mulut. Islam tak ajar kita tulis sesuatu ikut cakap dengar orang. Kita tak kenal pon siapa dia secara peribadi, tak kenal pon baik buruk dia. Jadi jangan menilai dengan jahil sendiri.
Bagi orang yang kenal dia, ada baiknya kamu simpan aib dia. Kamu syok sangat jaja buruk perangai orang sampai kamu lupa gamaknya yang kamu juga punya aib. Bila-bila masa sahaja aib kamu boleh memalukan kamu.
Saya sangat pelik bila baca isu ni. Ramai sangat yang hentam daripada mendoakan. Kot mana pon lelaki yang toreh muka dia tetap salah. Dia menganiaya orang lain. Asbab musabab kenapa dia ditoreh, hanya dia dan Allah sahaja yang tau.
Buat sesiapa yang dah tulis macam-macam spekulasi tu mohon istighfar. Hentikan menghentam mana-mana pihak. Daripada kamu buang masa berkata di luar pengetahuan kamu, ada baiknya kamu mendoakan dia. Tak dikatakan beriman seseorang itu melainkan dia mengasihi sesama insan yang lain.
Takut apa yang kita kata jadi umpat. Umpat ni perbuatan keji. Bila dah banyak sangat perkataan keji keluar dari mulut, lama-lama hati jadi keras. Ibadah pon takut dibuat sekadar cukup syarat, bukan sepenuh hati. Masa itu nanti tanya diri sendiri, dimanakah iman kita? Layak ke masuk syurga tanpa iman? Sama-sama kita fikirkan.
No comments:
Post a Comment