Saturday, 20 December 2014

THE PORTION OF YOUR HEART

Kenapa apa-apa sahaja yang kita buat atas muka bumi ni takkan pernah puas? Macam takkan pernah habis. Macam takkan pernah ada penghujungnya.

Apa tujuan manusia itu diciptakan di atas dunia?

Jadi kaya?
Masuk audition test bakat?
Mencari tulang rusuk yang hilang?

Tu ke tujuan hidup?

"Katakanlah, sesungguhnya aku diperintahkan agar menyembah Allah dengan penuh ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama."
-Surah Al Zumar, ayat 11.

Hidup atas dunia ni tujuannya hanya untuk sembah Allah sahaja. Bukan buat benda lain!

Tapi manusia ni seolah-olah pulun dunia benda utama dan beribadah kepada Allah kerja sampaingan.

Dah terbalik.

Hati kamu diciptakan untuk taat kepada Allah.

Bukan untuk jadi kaya!
Bukan untuk cari tulang rusuk!
Bukan untuk benda lain!

Tak hairan la kalau kamu takkan rasa puas bila buat apa-apa sahaja di atas dunia ni. Sebab sesuatu yang dilakukan atas tuntutan nafsu akan buatkan kamu terus rasa tak tenang.

Hati kamu bukan dicipta untuk penuhkan tuntutan nafsu!

Nampak tak sekarang ni kenapa hidup selalu tak tenang?

Kesiankan la hati kamu tu.

Cuba kamu fikir!

Puas tak cari duit?
Puas tak cari cinta?
Puas tak kerja siang malam?
Puas tak kecewa?

Semua tu takkan berikan kepuasan!

Tapi.....

Puas bila solat?
Puas bila baca Al Quran?
Puas bila berzikir?
Puas bila istighfar?
Puas bila bersedekah?

Percayalah. Akan ada 1 titik dalam hati kamu merasa kepuasan bila kamu lakukan amalan-amalan agama.

Sebab setiap kali kamu lakukan amalan-amalan agama dengan ikhlas kerana Allah Taala, Dia akan tambah rasa ketenangan dan kesenangan dalam hati kamu.

Bayangkan...

Kalau kamu ada seguni emas, kamu akan rasa puas? Tak! Hati kamu akan mendesak untuk cari guni yang kedua. Hati takkan tenang.

Dunia ni takkan berikan apa-apa kepuasan. Dunia ni takkan berikan apa-apa ketenangan.

Cuba tengok sejarah hidup Rasulullah, para sahabat, ahli tabi'in dan para ulama. Mereka hidup dalam keadaan yang sangat berserdehana tapi kehidupan mereka tenang.

Subahanallah.

Ternyata hati manusia diciptakan untuk beribadah dan bertaqwa pada Allah.

Itu hak kepada hati.

Kalau hati diisi dengan nafsu dan benda lain, semuanya akan merosakkan hati. Semuanya akan datangkan penyakit dalam hati.

Hati yang sakit takkan ada rasa tenang!

Hati yang diisi dengan rasa taqwa dan iman, adalah hati yang hidup. Hati yang hidup adalah hati yang berada dalam kasih sayang dan kecintaan kepada Allah.

That is the portion of your heart.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment