Wednesday, 24 December 2014

DIA PEKAK ATAU KAMU PEMALAS

Bayangkan...

Kamu ada banyak kerja. Semuanya kena diselesaikan dalam jangka masa yang sama. Nak minta tolong kawan atau adik beradik atau jiran.

Tapi...

Kawan kamu atau adik beradik kamu duduk di bilik yang lain.

Apa kamu buat?

Jerit?
Laung?
Pekik?

Andaikata orang yang kamu panggil tu tak dengar panggilan kamu.

Apa kamu kata pada dia?

"Pekak betul dia ni."

"Takkan tak dengar."

"Menyusahkan orang betul la dia ni."

Ada kamu cakap macam tu pada dia?

MasyaAllahَ.

Dia yang pekak atau kamu yang pemalas?

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."
-Surah Luqman, ayat 19.

Allah bagi kamu 2 kaki. Sepatutnya kamu gunakan kaki kamu untuk datang kepada orang yang kamu nak minta tolong tu dan cakap baik-baik padanya.

"Assalamualaikum. Saya nak minta tolong ni. Boleh tolong saya?"

"Boleh tak awak bantu saya di rumah? Saya perlukan bantuan."

"Saya ada masalah ni. Boleh tolong saya."

Susah ke nak cakap macam tu?

Kamu perlu jalan kepada orang tu dan cakap baik-baik pada dia.

Tak susah pon.

Tapi manusia ni jahil. Dah la nak minta tolong orang, pekik laung nama orang dari jauh, lepas tu nak marah bila orang tak dengar.

Mana adab kamu?

Ini bukan akhlak Islam!

Kamu panggil seseorang dari jauh dan kamu expect dia akan dengar?

Kalau dia tak dengar, dia tak pekak!

Tapi kamu yang pemalas!

Mulai dari hari ni, ubah cara kita. Jangan jerit pekik nama orang lain semata-mata nak dapatkan bantuan dia.

Gunakan nikmat kaki yang boleh berjalan tu untuk bergerak dan pergi kepada orang tu. Cakap baik-baik pada dia yang khidmat bantuan dia diperlukan.

Akhlak Islam tu indah.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment