Wednesday, 17 December 2014

AURAT: PENGHORMATAN BUAT WANITA

Setiap apa yang Allah ciptakan pada susuk tubuh wanita itu adalah suatu keindahan. Sebab itu la wanita merupakan ujian terbesar bagi kaum lelaki.

Dari rambut...
Turun ke leher...
Badan...
Kakinya...

Semua itu adalah keindahan-keindahan yang mampu menggoncangkan iman kaum lelaki.

Kalau keindahan itu la yang menyebabkan seseorang wanita itu menjadi bahan penarik, mengapa Allah perintahkan kaum wanita supaya menutupi keindahan yang ada pada mereka?

"Wahai Nabi. Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin. Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang."
-Surah Al Ahzab, ayat 59.

Lihat!

Punya la Allah sayangkan kaum wanita sehinggakan cara berpakaiannya juga diatur.

Tapi kenapa masih ramai lagi wanita yang ingkar taknak tutup aurat?

Tapi kenapa masih ramai lagi wanita yang rela membiarkan diri mereka dinikmati oleh tiap pasang mata?

Kenapa?

Bangga bila orang puji?
Bangga bila seiring dengan perkembangan fesyen?

Ya Allah.

Ramai lagi masih buta rupanya!

Tahu tak bahawa wanita Islam adalah mangsa fesyen paling teruk dalam dunia sekarang ni!

Fesyen yang ketat.
Fesyen mendedahkan aurat.
Fesyen yang seolah-olah bertelanjang.

Teringat kepada kata-kata Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid semasa Majlis Taalim dalam memghuraikan ayat ni:

"Saya fikir orang zaman jahiliyah dulu pon malu nak pakai pakaian masyarakat zaman sekarang."
-Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Ternyata fesyen zaman sekarang lebih teruk daripada fesyen masyarakat zaman jahiliyah!

Pelik bila difikirkan.

Fesyen yang dibawa oleh kaum yahudi atau barat diterima bulat-bulat oleh wanita-wanita muslim.

Pakai tudung tapi baju ketat.

Pakai baju tapi berlengan pendek.

Pakai tudung tapi tak menutup dada.

Pakai baju tapi tak pakai tudung.

Pakai baju tapi jarang.

Fesyen Islam ke ni?

Masha Allah.

Aurat perlu ditutup tapi bukan dibalut!

Bila ditanya tentang pegangan agama, mengaku sebagai Islam. Tapi bila diperintahkan ikut syariat Islam, tolak!

Nak jadi apa ni?

Allahuakbar.

Adakah kamu fikir menutup aurat itu jumud?

Adakah kamu fikir menutup aurat tu sesuatu yang menyusahkan?

Demi sayangkan dan mengiktiraf martabat seorang wanita, Allah ciptakan 1 surah khusus dalam Al Quran untuk kaum wanita.

Surah An Nisa.

Kamu masih tak nampak lagi kasih sayang Allah?

Kerana sayangkan wanita la Allah perintahkan kaum wanita untuk menutup aurat. Kerana ingin menjaga kehormatan wanita la Allah perintahkan tubuh badan wanita itu dilindungi.

Cuba fikir!

Apa bezanya wanita muslim dan wanita kafir kalau tiada batasan aurat?

Perempuan mukmin itu dikenali kerana auratnya terjaga dengan baik. Subanallah. Betapa hebatnya kuasa Allah mengangkat darjat wanita.

Tapi ada lagi wanita yang masih buta tak nampak penghormatan yang Allah berikan kepada mereka.

Masih lagi syok sendiri buka aurat. Kononnya nak jadi ala-ala mat salleh. Kononnya mengikut perkembangan fesyen semasa.

Konon......

Kononnya Allah nak terima alasan 'mengikut perkembangan fesyen semasa' sebagai alasan di akhirat nanti.

Erkkk.

Orang yang hidup di atas dunia ni dengan mengikut hawa nafsu tapi meminta kesenangan di akhirat adalah orang jahil!

Biarlah tak setanding Emma Stone.
Biarlah tak setanding Katie Holmes.
Biar la tak setanding Paris Hilton.

Asalkan di sisi Allah, pakaian longgar ini ada makna yang besar.

Jangan sia-siakan penghormatan yang Allah berikan!

Wanita-wanita kena sedar bahawa kasih sayang Allah pada mereka itu jauh lebih hebat daripada trend fesyen mereka.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment