Monday, 8 December 2014

KAMU FIKIR SYURGA ITU MUDAH?

Bila ditanya pada semua orang, semua kata nak masuk syurga. Alhamdulillah. Bagus! Ada cita-cita nak masuk syurga. Bila tengok bab usaha, Allahuakbar. Na'uzubillah!

Nak masuk syurga, bukannya mudah tapi bukan juga mustahil. Ada syarat nak masuk syurga.

IMAN.

Bagaimana nak ada iman?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami beriman' dan mereka tidak diuji?"
-Surah Al Ankabut, ayat 2.

Kamu fikir masuk syurga itu mudah? Kamu fikir masuk syurga itu tanpa diuji sedikit pon? Kamu fikir dengan makan, tidur, melepak boleh masuk syurga?

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke syurga padahal belum nyata di sisi Allah orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang yang sabar."
-Surah Al Imran, ayat 142.

Jangan kamu fikir syurga itu boleh dicapai dengan mudahnya. Jangan kamu fikir syurga itu murah!

Ya insan! Ya mukmin!

Bilamana kamu nak dapatkan keinginan kamu tentang hal-hal keduniaan, kamu sanggup berusaha bersusah-payah untuknya.

Contohnya, nak dapat straight A dalam SPM mesti kena ke sekolah, buat homework, pergi tuisyen, datang ke kelas tambahan, doa pada Allah, ulangkaji sampai lewat malam. Usaha macam ni baru boleh capai straight A dalam SPM.

Jadi, kamu fikir nak syurga tu lebih mudah daripada usaha kamu nak dapat straight A dalam SPM?

La! Tidak!

Usaha untuk capai syurga itu tidak lebih murah atau mudah daripada usaha kamu di dunia untuk hal-hal keduniaan!

Manusia ni kalau bab keduniaan sanggup korbankan segalanya demi nak capai matlamat keduniaan tu. Demi dunia kamu berusaha sesungguhnya tapi untuk syurga kamu hanya goyang kaki.

Kamu kena ingat bahawa syurga itu lebih berharga daripada apa sahaja yang kamu impikan tentang hal-hal keduniaan.

Demi dunia kamu sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Ada yang sanggup berlumba-lumb bersaing untuk dapatkan sesuatu. Sampai ada yang menghemtam orang lain sebab taknak disaingi.

Kamu korbankan masa kamu, tenaga kamu, susah payah kamu, duit kamu untuk capai hal-hal keduniaan. Tapi untuk masuk syurga kamu goyang kaki dan berdoa "masukan aku ke syurga, ya Allah."

Doa itu perkara yang baik. Tapi perlu ada usaha. Kamu jangan bermimpi nak masuk syurga tanpa diduga oleh Allah.

Dikatakan Rasulullah saw bahawa orang-orang yang meminta syurga tetapi nak keselesaan di dunia, ini adalah orang jahil !

Orang yang jahil tu di dunia ni hidup dengan hawa nafsu tapi minta pemberian yang besar di sisi Allah.

Allahuakbar.

Dimanakah letaknya nilai syurga di hati kamu?

Dalam ayat ini Allah nak bagitau kita bahawa kamu takkan masuk syurga tanpa diuji.

Mustahil.

Maka, kalau kamu diuji jangan la merungut. Usaha la untuk selesaikan ujian Allah itu.

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berdusta.

Orang yang sabar dan orang yang bermujahadah di jalan Allah, pastikan akan mendapat tempat yang baik di sisi Allah.

Sesungguhnya Allah itu tidak akan sesekali memungkiri janji.

No comments:

Post a Comment