Cuba kamu ambil barang dan lempar!
Periuk.
Kasut.
Baju.
Handbag.
Handphone.
Lemparkan!
Apa perasaan kamu ketika melemparkan sesuatu?
Marah?
Kecewa?
Bengang?
Syok lempar barang bila tengah marah?
Tapi syok kena lempar dalam neraka?
"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yang menggerikan, sedang neraka itu menggelegak."
-Surah Al Mulk, ayat 7.
Kamu ingat masuk neraka tu ada invitation card macam kad kenduri kawin, ada red carpet, ada lampu chandeliar yang liplapliplap. Kamu ingat macam tu ke?
"Nak masuk neraka ke? Meh jemput masuk meh. Alalalala. Jemput masuk. Sila. Sila."
Kamu ingat dijemput macam tu ke?
Allah kata orang yang masuk neraka kena lempar!
Lempar!
Na'uzubillah.
Bayangkan punya hinanya makhluk tu sampai kena lempar. Punya murkanya Allah sampai Dia lempar hambaNya masuk dalam neraka.
Kenapa kena lempar?
"Dan orang yang ingkar kepada Tuhannya, akan mendapat azab Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali."
-Surah Al Mulk, ayat 6.
Jawapannya mudah. Orang yang akan dilempar ke dalam neraka Jahannam adalah orang yang ingkar.
Orang yang taknak solat!
Orang yang taknak puasa!
Orang yang tak bagi zakat!
Orang yang tak adil!
Orang yang berbohong!
Orang yang tinggalkan agama!
Orang yang hidup dengan nafsu!
Tu semua ciri-ciri orang yang ingkar.
Allahuakbar...
Ya mukmin, Ya insan.
Telah 1400 tahun lebih Allah turunkan ayat ini buat memperingatkan ummat ini tentang murkanya Dia pada orang-orang yang ingkar.
Tapi adakah kamu tau tentang ayat ni? Adakah kamu sedar tentang peringatan ini? Adakah kamu semua berusaha untuk tidak menjadi golongan yang dilemparkan?
Ramai lagi yang ingkar!
Ramai lagi yang lalai!
Ramai lagi yang kufur!
Laailahaillallah.
Sampai bila umat ni nak sedar? Allah jelaskan Al Quran bahawa orang yang ingkar akan dilempar dalam neraka Jahannam.
Bila tanya nak masuk neraka atau tak, semua akan jawab taknak.
Tapi apa yang kamu lakukan untuk tidak mengundang murka Allah?
ciknaura.blogspot.com
No comments:
Post a Comment