Saturday, 6 December 2014

THE POWER OF KALIMAH "BASMALLAH"

Hari ni saya nak cerita betapa hebatnya kalimah "Bismillahirrahmanirrahim"

Siapa tau apa makna "Bismillahirrahmanirrahim"?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Apa yang anda tau mengenai kalimah tu? Apa kepentingannya?

Allah pemurah sebab Dia beri kita udara free. Dia berikan kita rezeki melimpah ruah tapi masih kurang bersyukur.

Allah pengasih even kita ni selalu lalai leka tapi dia tetap kasih kan kita dengan beri kita kesedaran dan kesedaran sampai kita sedar diri.

Biasakan diri kita setiap kali nak buat apa apa pekerjaan sekalipun, ringankan mulut tu nak baca kalimah basmallah tu. Kalimah basmallah tu mengandungi doa yang sangat hebat. 1 kalimah yang penuh dengan keberkatan dan kebesaran.

Rugi bagi sesiapa yang tak suka baca basmallah. Setiap pekerjaannya sah tapi kurang berkat. Sebab Rasulullah saw ada berpesan, setiap kali nak mulakan apa apa perkara pastikan kalimah basmallah mendahuluinya.

Allah akan payung kita dengan keberkatan kalau setiap perkara itu dimulakan dengan kalimah basmallah. Syaitan pon akan takut nak hasut kita. Kalimah basmallah tu akan halang hati kita daripada nak berniat untuk lakukan perkara mungkar.

Nabi Sulaiman as adalah orang pertama yang tulis kalimah basmallah. Kalimah basmallah ini hanya diturunkan pada 2 orang Nabi sahaja. Nabi Sulaiman as dan Nabi Muhammad saw.

Cuba kita bayangkan kita keluar rumah dengan baca basmallah, agak agak kita malu tak nak pergi ke tempat tempat yang ada maksiat?

Mesti akan terdetik dalam hati kita "eh, tadi masa nak keluar rumah beriya aku baca basmallah. Takkan la aku nak pergi kat tempat tu? (Tempat maksiat)"

Betul tak?

Jadi saya nak kita biasakan diri baca basmallah sebelum buat apa apa pekerjaan. Sebab kalimah basmallah tu penuh keberkatan. Allah akan pelihara hati kita daripada nak buat benda benda kemungkaran.

Tak susah pon. Kalau dah biasakan diri In Shaa Allah hati kita akan rasa dekat dengan Allah. Setiap pekerjaan kita nanti semuanya akan berbalik pada "lillahitaala".

In Shaa Allah.

No comments:

Post a Comment