Manusia itu bersifat lemah! Memerlukan sesuatu untuk bergantung. Memerlukan sesuatu untuk bergantung harap.
Allah. Dia tempat untuk berserah dan meminta pertolongan.
Tapi ada sesetengah manusia itu.....
Sombong.
Belagak.
Meninggi diri.
Angkuh.
Rasa hebat.
Kamu ada rasa macam tu tak?
"Dan janganlah engkau memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan berjalan di bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membangga diri."
- Surah Luqman, ayat 18.
Dah jelas dalam ayat tu Allah kata Dia tak suka orang yang sombong.
Allah tak suka!
Kamu faham tak yang Allah tak suka?
Ya Rahim.
Sebab apa nak sombong?
Kamu ada banyak harta?
Kamu cantik?
Kamu pandai?
Kamu boleh ngorat ramai orang?
Na'zubillah.
Apa yang kamu dapat bila jadi sombong? Seronok?
Wahai insan.
Apa yang Allah berikan pada kita di atas muka bumi ini hanya la sekadar sementara. Semuanya tidak akan kekal. Semuanya milik Allah.
Bahkan semuanya akan kembali kepada Allah!
Orang yang kamu sangka huduh akan mati, orang cantik juga akan mati!
Orang yang kamu sangka bodoh akan mati, orang yang pandai juga akan mati!
Orang miskin akan mati, orang yang kaya juga akan mati!
Jadi orang yang sombong takkan mati ke?
Fikir!
Baru sedikit rezeki dan nikmat Allah berikan kepada kamu tapi kamu dah sombong!
Wahai manusia, ketahui la bahawa itu bukan hak kamu! Itu bukan milik kamu! Itu bukan kepunyaan kamu!
Semua apa yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah.
Rugi jadi orang yang sombong. Dibenci Allah. Orang yang Allah benci ni azab balasannya.
Ingatlah wahai insan, kerana sombong la iblis di laknat oleh Allah. Kerana sombong la iblis dicampak keluar daripada syurga. Kerana sombong la iblis kekal di neraka Allah.
Kamu nak jadi macam iblis ke?
"Dan janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali tidak akan sampai setinggi gunung."
- Surah Al Isra', ayat 37.
Jelas Allah sampaikan dalam ni bahawa yang bernama manusia itu penuh dengan keterbatasan.
Jadi, makhluk yang lemah seperti manusia layak untuk sombong?
Fikir mudah.
Orang kaya yang rasa dirinya hebat tu kalau sakit akan lemah juga.
Orang cantik yang rasa dirinya hebat akan rasa sakit kalau kena tumbuk.
Orang yang rasa dirinya pandai akan tidur juga kalau mengantuk.
Alahai. Terbatasya manusia.
Tapi...
Ada yang masih buta!
Ada yang masih jahil!
Ada yang masih tak sedar diri!
Ada yang masih menindas orang lain!
Ada yang masih suka menghina!
Sila bawa kesombongan kamu apabila berjumpa dengan Allah kelak. Nescaya kamu akan diazab!
Jangan kerana nikmat yang sedikit Allah kurniakan kepada kamu, kamu jadi sombong.
Sedarlah semuanya milik Allah. Kamu tak punya apa apa!
Bahkan nyawa kamu sendiri dipegang oleh Allah!
Didik hati supaya jadi manusia yang merendah diri dan merasakan kehinaan sebagai hamba.
Allah memiliki tiap sesuatu di dalam dunia ini.
ciknaura.blogspot.com
No comments:
Post a Comment