Ramai orang mudah kecewa. Termasuk juga saya. Perasaan kecewa dan seakan-akan putus harapan. 1 perasaan yang sukar untuk diubati. Sakitnya hanya diri sendiri sahaja yang mengerti.
Mengapa putus harapan?
Barangkali manusia itu sudah mula melupakan tuhan, atau sudah ada yang meninggalkan Dia. Nauzubillah. Semoga Allah memelihara hati kita.
Putus harapan itu datangnya dari jiwa yang tidak bergantung pada Maha Mencipta. Mungkin datangnya dari jiwa yang sudah hilang percaya bahawa Allah itu Maha Mengetahui setiap sesuatu kejadian. Boleh saja datang dari hati yang sudah mula jauh meninggalkan amalan-amalan agama.
Sungguh makhluk itu sifatnya lemah. Tiada daya upaya untuk melakukan apa sahaja melainkan dengan izin Tuhannya. Jadi, jangan pernah jadikan makhluk itu sandaran. Kerana makhluk itu sendiri perlukan sesuatu yang lebih utuh untuk berpaut.
Jadi, mengapa memilih makhluk untuk bersandar?
Jika kamu mengambil makhluk sebagai sesuatu untuk berpaut, maka sifat lemahnya akan membuatkan kamu merasa tidak berdaya. Malah boleh saja kamu putus harapan dengan kelemahan makhluk itu sediri.
Allah itu Maha Tinggi. Allah itu Maha Agung. Allah itu Maha Kuat. Allah itu adalah sebaik-baik penolong. Sudah jelas dalam Surah Al Imran ayat 173, Dia lah yang layak untuk kita semua berharap dan berpegang. Dengan segala sifat kesempurnaanNya, Dia memiliki arasy dan setiap pertolongan. Maka atas kehendakNya Dia mengutuskan rahmat dan kasih sayang.
Sifat Penyayang Allah itu mengatasi sifat MurkaNya. Berharaplah pada Dia yang sentiasa berada bersama kita dimana-mana sahaja, Surah Al Hadid ayat 4. Jangan ditinggal Dia yang sentiasa menemani.
Tidak ada 1 makhluk pun di atas muka bumi ini mampu memberikan pertolongan mahupun harapan melainkan dengan izinNya. Jadi, mengapa berputus asa dari Dia yang mampu memberikan kekuatan dan jalan disetiap kekusutan yang menimpa.
Putusnya harapan bila hati sudah hilang yakin pada yang Khaliq. Atas sebab dugaan dan lemahnya makhluk, sampai kita lupa masih ada pertolonganNya yang tersedia. Doa itu kekuagan hati orang orang yang memilih untuk bergantung pada Penciptanya. Hinanya hamba itu apabila dia melupakan Tuhannya. Harapan itu selalu ada bagi orang orang yang bertaqwa dengan memohon kekuatan dan perlindungan cuma pada Allah.
No comments:
Post a Comment