Bila tengok tajuk, teringat saya pada lagu dendangan semula arwah Sudirman Haji Arshad. Al Fatihah untuk beliau.
*Dari kerana mata yang mempunyai kuasa. Aku tergoda terkecewa. Tenenenenene~*
Ok stop!
Mata.
Setiap makhluk yang namanya manusia itu dikurnikan sepasang mata. Boleh melihat. Boleh menikmati setiap ciptaan Allah atas muka bumi ni.
Semua orang ada mata.
Tapi tak semua orang dapat melihat. Betul tak?
Yang dapat melihat kena bersyukur sebab dapat tengok macam-macam benda yang Allah cipta. Subahanallah. Allah itu Maha Mencipta lagi Maha Menyempurnakan.
Yang tak dapat melihat pon kena bersyukur. Nikmat juga tu. Cuma Allah tangguh. Ingat! Yang disimpan Allah itu lebih baik.
Berbaik sangka dengan Allah.
Ada mata. Allah suruh gunakan dengan sebaiknya supaya kamu mengetahui kebesaran Allah.
Ada mata. Boleh melihat. Tapi bukan pada semua benda!
Apa yang tak boleh lihat?
"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
-Surah An Nur, ayat 30
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan jangnlah mereka menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali yang terlihat (biasa).............."
-Surah An Nur, ayat 31
Jelas dalam ayat ni Allah nak bagitau kamu bahawa semua benda tak boleh tengok. Tak semua benda boleh lihat.
Zaman sekarang ni, baik lelaki mahupun perempuan sama sahaja. Dua-dua tak jaga pandangan. Tapi bukan semua orang. Ada segelintir.
Segelintir?
Kot....
Manusia. Dalam banyak-banyak benda yang boleh dilihat, benda yang dilarang tu la yang nak ditengoknya.
Betul tak?
Tanya hati.
Tau tak kenapa kena jaga pandangan? Terutamanya pandangan pada bukan muhrim.
Kenapa yee?
Semua taktau mata kita ada magic. Ada power. Ada kuasa.
Dan ada scanner !
Dari mata jatuh ke hati. Dari hati terfikir-fikir. Terbayang-bayang. Sampai jatuh katil.
Na'zubillah.
Istighfar.
Sebab sampai terbayang-bayang dan terfikir-fikir ni la Allah suruh kita jaga pandangan. Sebab panahan mata ni mampu mengoncangkan iman!
Awas!
Nampak macam benda kecil je. Tapi impaknya pada hati dan iman, besar!
Dalam tak sedar ada ramai orang berzina. Zina mata. Zina hati.
Macam mana la hati tu nak sihat. Asyik fikir berzina je. Hati yang ada maksiat adalah hati yang sakit.
Apa yang kita pandang, sampai ke minda, jatuh ke hati.
Gedebuk gedebak!
Penting jaga pandangan ni. Sangat penting! Pelihara mata dengan baik. Jangan jamu sangat maksiat.
Sangat susah nak jaga pandangan. Tapi at least elakkan pandang benda-benda yang maksiat atau boleh merosakkan hati.
Kalau terpandang macam mana?
Cepat-cepat alihkan pandangan!
Cepat-cepat istighfar!
Cepat-cepat beredar ke tempat lain!
Kena ada usaha nak jaga mata. Memang syok dapat tengok macam-macam perkara.
Tapi tak syok dapat dosa.
Tak syok hati sakit.
Tak syok gugur iman.
Tak syok Allah benci.
Moga Allah beri kita kekuatan untuk jaga mata.
ciknaura.blogspot.com
No comments:
Post a Comment