Tuesday, 23 December 2014

TAK BAHAGIA SEBAB TAK FAHAM

Selagimana kamu tak faham tentang konsep keesaan Allah, selagi tu la kamu akan rasa hidup kamu tak bahagia.

"Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruh Allah"

Semua orang sebut dilidah. Tapi tak semua orang faham.

Disebabkan tak faham la ramai orang menderita. Kecewa dengan hidup. Putus asa dengan ujian.

Allah turunkan 2 perkara yang akan buatkan kita bahagia selagimana kita ikut apa yang dikabarkannya.

1. Al Quran.

2. Rasulullah saw dan sunnah baginda.

Macam-macam benda yang Allah cakap dan beritahu dalam Al Quran.

Tapi ada sesetengah orang dia kata

"Apa yang ada dalam quran hanya buatkan hidup dia susah dan menderita"

"Itu tak boleh buat"

"Ini tak boleh buat"

"Semuanya haram"

Manusia-manusia macam ni memang tak faham apa pun tentang konsep keesaan dan kasih sayang Allah!

"Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) agar kamu menjadi susah."
-Surah Taha, ayat 2.

"Petunjuk dan berita gembira bagi orang yang beriman."
-Surah Al Naml, ayat 2.

Al Quran diturunkan untuk jadikan hidup kamu gembira.

Tapi kalau kamu rasa Islam buatkan hidup kamu tak bahagia, maknanya 'islam' kamu bermasalah!

1 benda kamu kena faham.

Semuanya dari Allah!

Maksudnya apa?

Allah yang bagi.
Allah yang ambil.
Allah yang jadikan.
Allah yang gerakkan.
Allah yang sembuhkan.

Semuanya Allah!

Allah ciptakan kita di dunia ni untuk kita beribadah pada Dia sahaja.

Bukan nak buat benda lain!

Dan kamu juga kena faham bahawa...

Allah yang duga kamu accident.

Allah yang bagi kamu gaji.

Allah yang bagi kamu lulus exam.

Semuanya Allah!

Gaji kamu bukan sebab kamu bekerja!

Rezeki kamu bukan bos kamu yang bagi!

Kamu sembuh bukan sebab makan ubat!

Faham tak ni?

Orang kaya yang ada duit berjuta-juta bukan sebab dia keturunan kaya, bukan sebab dia pandai tapi sebab Allah yang letakkan dia di situ!

Makcik yang sapu sampah di koridor tu bukan sebab dia tak pandai, bukan sebab dia takde keturunan kaya tapi sebab Allah yang letakkan dia di situ!

Kamu berada di tempat kamu sekarang ni sebab Allah letakkan kamu di situ!

Semua orang kena faham perkara ni.

Selagimana kamu tak faham benda ni, selagi tu kamu takkan rasa bahagia!

Sebab tu ada orang frust menonggeng.

Sebab tu ada orang balas dendam.

Sebab tu ada orang berbunuhan.

Sebab mereka semua tak faham bahawa tidak akan ada perkara pon yang jadi melainkan dengan izin Allah.

Allah kata apa?

"Maka orang-orang kafir menyangka bahawa mereka (dapat) mengambil hamba-hambaKu menjadi penolong selain Aku? Sesungguhnya Kami telah menyediakan neraka Jahannam tempat tinggal bagi orang kafir."
-Surah Al Kahfi, ayat 102.

Anak anak kamu, isteri kamu, harta-harta kamu takkan 1 dapat tolong kamu di akhirat. Tapi Allah menerima orang orang yang datang padaNya dengan hati yang ikhlas.

Ni tugas kita untuk faham.

Tidak ada Tuhan, tidak ada kuasa melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Dalam Al Quran Allah kata "qul ya Muhammad"

Beritahu orang yang beriman!

Bukan orang munafik!
Bukan orang musyrik!
Bukan orang fasik!

Sekiranya anak mereka, isteri mereka, harta mereka, kemahsyuran mereka lebih dicintai mereka berbanding Allah, azab Allah menanti mereka.

Selagimana kamu tak faham...

Semuanya hak Allah.
Semuanya dari Allah.
Semuanya akan kembali kepada Allah.

Selagi tu kamu takkan rasa bahagia.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment