Secara jujurnya siapa ada post gambar di laman sosial?
Okay. Ni semua ada kena mengena dengan menutup aurat. Percaya tak?
Percaya.
Dan kenapa kamu tutup aurat?
Tutup aurat sebab nak jaga kehormatan kamu sebagai seorang wanita. Kan?
Apa yang dimaksudkan dengan kehormatan?
Bila kamu tutup aurat, maknanya kamu berpegang pada prinsip untuk taknak dilihat oleh setiap pasang mata.
Betul tak?
Tutup aurat sebab malu. Malu pada Allah, malu pada diri sendiri dan malu pada orang lain. Jadi sebab nak menutup rasa "malu" tu kamu memilih untuk menutup aurat dan memelihara kehormatan kamu.
Menutup aurat tu sebab taknak "dilihat".
Jadi kalau post gambar, adakah terms "taknak dilihat" tu masih wujud?
Berfungsi lagi ke "menutup aurat?"
Cuba kamu fikir semula!
Adakah bila kamu post gambar di social sites tu, even menutup aurat dengan sempurna kamu dapat menjaga integriti kamu sebagai seorang wanita yang terpelihara kehormatannya?
Yakin takde mata mata yang memandang dengan pandangan nafsu?
Yakin bila orang komen "cantik" takde rasa bangga?
"Wanita yang post gambarnya di media sosial ibarat menjual dirinya sendiri"
- Habib Umar
Wanita muslimah yang memaknakan kesempurnaan dalam Islam tidak pernah mahu dirinya dilihat oleh sesiapa pun.
Yang paling sedih bila ada yang gunakan imej muslimah untuk dakwah selfie di laman sosial. Allahuakbar.
Sedihkan?
Tiada istilah dakwah dengan post gambar imej islamik di sosial sites. Bila kamu buat macam tu akan lenyaplah segala fungsi menutup aurat.
Ada sesetengah orang yang menutup aurat dengan sempurna tapi dalam gambar post tu ada gambar kawan dia yang dedahkan aurat pula. Jatuh dia pula yang tayang aurat kawan sendiri.
Buat setakat ni faham?
Jadi kalau betul betul nak jaga kehormatan sebagai seorang wanita Islam seperti yang diajarkan agama, janganlah post gambar gambar di laman sosial.
Mungkin ada yang kata sekadar nak berkongsi atau memorikan gambar tu dengan orang lain tapi rasanya ada baiknya kamu simpan sahaja kenangan tu dalam hati. Kalau kamu post pon bukannya orang lain boleh buat apa dengan gambar tu.
Macam syok sendiri je nak post gambar. Kan?
Erkkk.
Sebab apa yang ada pada diri kita secara fizikalnya adalah aurat. Maka aurat itu perlu dilindungi. Kalau nak lindungi mestilah tak perlu untuk dilihat atau ditayang pada orang lain.
Betul tak?
Ini sekadar bagi nasihat sahaja.
Selebihnya terpulang pada para pembaca. Berharap sangat kamu adalah wanita wanita yang memaknakan Islam pada zahir dan hati.
Sebab imej muslimah yang di post di media sosial itu adalah tipu daya syaitan pada kamu. Kamu tak "buka" aurat kamu secara zahirnya tapi dia "buka" aurat kamu secara hakikatnya.
Banyak lagi gambar lain yang kamu boleh post. Kamu boleh jadikan media sosial sebagai tujuan dakwah.
Tapi kenapa nak gunakan untuk menambahkan penyakit hati?
Tapi kenapa nak gunakan untuk datangkan fitnah?
Fikir fikirkanlah.
ciknaura.blogspot.com
No comments:
Post a Comment