Sunday, 21 December 2014

DITIPU DENGAN HIBURAN

Zaman sekarang ni petik je button 'on' di remote tv tu macam-macam siaran ada. Pilih je yang mana berkenan di hati.

Rancangan untuk anak-anak kecil dalam buaian sampai la ke rancangan yang dah tu beruban. Semuanya lengkap.

Yang menjadi masalahnya rancangan-rancangan hiburan di negara kita. Dah macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Terlalu banyak sangat.

Program...

Tarian.
Nyanyian kanak-kanak.
Nyanyian remaja.
Nyanyian orang-orang tua.
Dan macam-macam lagi.

Setanding dengan negara barat!

Bangga?

"(Iaitu) mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji, selain daripada kesalahan-kesalahan yang kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas KeampunanNya. Dia mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu daripada tanah dan semasa kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang-orang yang bertaqwa."
-Surah Al Najm, ayat 32.

Memang program hiburan di tanah air kita ni sudah keterlaluan. Terlalu banyak sampaikan ada makcik-makcik dah pening nak tengok yang mana 1.

Sedar 1 benda tak?

Dalam program tu ada...

Wanita yang bernyanyi.
Aurat dibuka sesuka hati.
Menari di atas pentas.
Bercampur lelaki dan wanita.

Na'uzubillah.

Memang manusia itu tak lepas dari dosa.

Tapi...

Jauhi la dosa-dosa besar.
Elakkan dosa-dosa kecil.

Hairan bila lihat mak ayah yang kononnya sempoi sangat sampai galakkan anak-anak mereka masuk program hiburan. Sepatutnya anak-anak itu dihantar belajar tentang agama, belajar fahami Al Quran, belajar takut dengan dosa.

Sepatutnya remaja-remaja penuhkan saf-saf di masjid, penuhkan majlis-majlis ilmu, penuhkan kelas-kelas agama, perjuangkan agama Islam.

Sepatutnya orang-orang tu atau warga emas ni biasakan diri dengan ke masjid, latih anak-anak kecil cintakan agama, didik remaja untuk jadi orang-orang Islam yang hebat.

Tapi sekarang apa dah jadi?

Jangan bagi alasan...

"Yang ke masjid pon belum tentu masuk syurga."

"Solat di rumah pon boleh."

"Kami dah hantar anak-anak ke kelas agama. Kira okay la tu."

"Tak salah nak berhibur. Kami masih lagi solat."

Allahuakbar!

Kamu sedar tak apa yang kamu cakap?

Imam Ghazali yang hebat ilmunya pon masih mengaku jahil.

Imam Malik yang tinggi ilmunya pon masih lagi mengaku jahil.

Itu ulama!

Kamu baru sekadar 'pernah' hadir ke kelas agama dah rasa cukup dengan ilmu agama?

Dasyat umat Islam kita kena tipu dengan budaya Yahudi dan Nasrani.

Hidup ini bukan untuk berhibur!

Itu masalah yang join program.

Ada manusia-manusia yang pergi support program ni.

Sponsor.
Undi.
Tontonnya tiap minggu.

Laailahaillallah.

Ini ke akhlak Islam?
Ini ke budaya Islam?
Ini yang Islam ajar?
Ini ke yang kamu belajar?

Kamu tanya la diri kamu sendiri.

Hiburan penuh disekeliling kehidupan kita. Dari anak kecil sampai la yang dah beruban.

Ada yang bangga pulak tu!

Bangga suara sedap!
Bangga pandai menari!
Bangga kena puji!
Bangga bila buka aurat!
Bangga disentuh bukan mahram!

Orang-orang yang macam ni bangga kena tipu dengan budaya orang kafir gamaknya.

Mengaku Islam tapi takmau ikut apa yang Allah sebut dalam Al Quran!

Mengaku Islam tapi takmau ikut apa yang Rasulullah saw ajarkan!

Mengaku Islam tapi tiru gaya hidup orang kafir!

Ya mukmin!

Sedar la dari sekarang. Dunia ni dah akhir zaman. Terlalu banyak fitnah akhir zaman. Terlalu ramai yang meninggalkan agama.

Jangan disebabkan seronok dengan hiburan, kamu tinggalkan Allah. Biar hidup dalam keterbatasan, asalkan ia penuh keberkatan.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment