Wednesday, 17 December 2014

COUPLE ISLAMIK DAN MEREKA YANG TERTIPU

Ini adalah masalah yang dialami kebanyakan:

Mereka bertudung labuh.
Mereka berjubah.
Mereka berserban.
Mereka berdakwah.
Mereka yang taktau bahasa.

Erkkk. Tenenenene~

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
- Surah Al Isra', ayat 32.

Dekati zina pon tak boleh. Apatah lagi nak berzina.

Masalah~ Masalah~ Harus dirungkai.

Nak tau tak alasan apa yang selalu 'geng islamik' ni bagi?

"Kami saling kejut-mengejut untuk bangun tahajud."

"Mak ayah dah tau hubungan kami. Lagipun ana memang sayangkan dia. Dia juga sayangkan ana."

"Ana nak merubah dia supaya dia jadi lebih baik."

Bla.. Bla.. Bla..

Malas nak dengan alasan lapok macam tu.

Cinta itu fitrah. Nak bercinta tu tak salah. Tapi harus la kena pada tempatnya.

Bercinta lepas nikah.

Kebanyakkan 'geng islamik' ni ada je yang keluar dating. Ni la masalah besarnya. 'Geng islamik' ditipu oleh nafsu dan syaitan.

Nak tau tak apa syaitan dah buat?
Nak tau tak apa nafsu dan goda?

Syaitan ni dia buatkan kamu pandang perbuatan buruk tu sebagai sesuatu yang baik dan pandang perbuatan yang baik tu sebagai sesuatu yang buruk.

Nafsu ni bagi kamu menghalalkan segala niat tanpa memikirkan cara.

Jadi, 'geng islamik' ni fikir couple tanpa ber-ailebiyu tu takpe. Digantikan dengan 'till jannah'.

Ailebiyu = till jannah

Equation yang mantap! Pandai hangpa aplikasikan ilmu matematik.

Wahai abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, tak semestinya kamu tak berdating, ber-abang sayang, ber-hubby baby kamu tak terlepas daripada perbuatan zina.

Kenapa nak couple?

Tak sabar nak nikah?
Takut buah hati diambil orang?
Nak dakwah?
Nak mengeratkan ukhwah?

Orang-orang yang bagi alasan macam ni pernah baca Al Quran tak?

"Dan Kami ciptakan kamu berpasang-pasangan."
-Surah An Naba', ayat 8.

Dah jelas Allah bagitau kita bahawa setiap makhluk itu ada pasangan masing-masing.

Cara yang paling halal adalah pernikahan. Yang ni baru betul caranya.

Jadi couple bukan la satu jalan untuk menghalalkan niat kamu supaya berpasang-pasangan!

Yakin dengan janji Allah. Ada baiknya kamu persiapkan diri untuk menjadi calon suami/isteri yang baik. Baiki ilmu agama, skill rumahtangga, ekonomi dan akhlak yang baik.

Setiap orang tu sudah ditetapkan ajal, rezeki dan jodohnya. Semua tu takkan tertukar. Jadi nak takut apa?

Tak faham betul haku!

Dengar sini.

Seseorang yang telah ditakdirkan menjadi milik kamu, Allah tidak akan membiarkan dia menjadi hak orang lain.

Faham tak?

Geng islamik yang mana masih lagi kena tipu dengan syaitan dan nafsu, sila la putus cepat.

"Sayang la nak putus dengan dia. Hubungan kami dah bertahun-tahun."

Kalau la sayang tu benda yang solid dan boleh nampak dengan mata kasar, sila ambil sayang tu dan ketuk kepala sendiri.

1 soalan perlu kamu jawab.

Sayang boipreng/gelpreng?

Atau..

Sayang iman dan taqwa?

Sendiri jawab la yee.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment