Thursday, 11 December 2014

JANGAN SAMPAI MATI

*Drama kanak-kanak yang baru kenal C.I.N.T.A*

"Hati abang milik ayang sorang jee"

"Hanya abang je ada hak dan ruang dalam hati ayang*

Haih.

Kalau la hati tu solid keras boleh pegang macam kotak, sila ambil hati tu dan ketuk kepala si dia.

Okay gurau. Lawak hambar.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya dan janganlah kamu mati melainkan dalam Islam"
-Surah Al Imran, ayat 102.

Bukan nak cakap soal cinta. Tapi nak cakap mengenai hak kepada hati.

 Pernah tau? Pernah dengar?

Sebenarnya, hak hati kamu bukan la cinta kepada si dia. Tapi hak kepada hati adalah iman dan taqwa.

Iman ! Taqwa !

Setiap makhluk tu ada haknya yang tersendiri. Begitu juga dengan hati. Pasti ada haknya.

Kamu zalim kalau tak tunaikan hak hak kepada hati kamu.

Rasanya kamu dah tau macam mana nak bina iman dan taqwa. Saya yakin kamu tau macam mana nak bina iman dan taqwa.

Amaf makruf nahi mungkar jawapannya.

Islam itu mudah. Kamu tinggalkan segala apa yang Allah larang dan kamu buat apa yang Allah perintahkan.

Mudahkan?

Ke kamu taktau apa yang Islam tegah? Atau kamu taktau apa yang Islam perintahkan?

Cop! Al Quran kan ada. Boleh rujuk. Sirah pon ada. Boleh baca. Jadikan bertime stories kita.

Errrrr. Tak pun mesti zaman sekolah dulu cikgu ada cerita. Kalau tak ingat pergi tanya adik-adik kamu atau anak saudara kamu atau anak jiran kamu yang masih bersekolah.

"Adik, nak pinjam buku teks Pendidikan Islam boleh? Nak buat revision sekejap."

Jangan jadikan alasan family kamu bukan background agama untuk kamu menolak tunaikan hak hak hati.

Iman dan taqwa itu tak boleh diwarisi! Iman dan taqwa tu bukan hadiah! Iman dan taqwa itu perlu dibina!

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya mereka itu musuh kamu yang nyata."
-Surah Al Baqarah, ayat 208.

Kalau nak cakap pasal dalil ni memang banyak. Banyak kali disebut ITTAQULLAH !

Takut la kamu kepada Allah !

Sepatutnya, kita ni tunaikan hak hati. Bina iman! Bina taqwa!

Siapa suruh?

Allah suruh!

Manusia yang takde iman, rosak agamanya. Manusia yang takde taqwa, rosak hatinya.

Bayangkan bila hati rosak. Maka rosak la seluruh anggota itu.

Hati yang hidup adalah hati yang penuh dengan iman dan taqwa. Hati yang hidup adalah hati yang dideritai nafsu. Hati yang hidup adalah hati yang sentiasa gigih membina cinta pada Allah.

Cuba fikir!

Hati kita ada apa?

Minat pada artis kpop?

Cinta pada boiprengg?

Lagi?

Macam-macam. Hmmm.

Analoginya mudah. Bayi yang baru lahir hanya boleh minum susu khas daripada ibunya. Bayangkan bayi yang baru lahir tu kita sumbat bagi makan pizza. Agak-agak apa jadi?

Sakit!
Silap hari bulan terus mati.

Sama juga macam hati. Sepatutnya isi dengan iman dan taqwa tapi kamu sumbat dengan maksiat.

Kesian hati.

Sakit.

Paling dasyat, terus mati.

Na'uzubillah.

Faham tak apa yang saya nak sampaikan?

Memang susah nak capai iman dan taqwa yang hebat tapi pada awalnya iman dan taqwa itu perlu dibina dengan mujahadah. Susah tapi tak mustahil.

Kita ada kemampuan. Jangan sia-siakan hati kita. Jangan biarkan hati terus sakit.

Tunaikan hak hati !

Moga hati kita semua takkan pernah mati.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment