Time time cuti sekolah ni rasanya ramai adik adik ke kem. Kem ibadah, kem solat, kem jati diri dan macam-macam kem lagi la. Dalam kem tu mesti banyak tekankan bab solatkan?
Ramai malas nak solat. Eh! Kalau solat pon mesti ada yang buat sekadar cukup syarat. Memang la bukan semua orang macam tu. Kita ada tak rasa macam tu?
Alaaaa. Bukan kata adik adik je, abang abang adik, kakak kakak adik, mak mak adik, ayah ayah adik pon kadang-kadang ada rasa macam tu. Kan? Hahahaha. Macam mana nak buang rasa macam tu?
Jom kita cek sirah. Dalam banyak banyak makhluk, makhluk apa yang benci solat? Tenenenenenenene~
"Syaitan, jin, iblis"
Jadi kalau orang malas solat ni macam perangai spisis apa? Jawab! Jawab! Jawab!
Kalau rasa taknak jadi geng dengan spisis tu kena la solat. Walau malas macam mana sekalipun, asalkan solat. Walau letih sampai tak larat nak menapak sekalipun kena solat.
Jangan la nak samakan kualiti solat kita dengan para sahabat Rasulullah, solat para wali sebab memang jauh bezanya. Tak kisah la kusyuk atau tak, asalkan solat.
Sebab solat tu la yang membezakan kita dengan orang kafir. Teringat 1 video UAI. Katanya orang yang tak solat ni amalan lainnya sah tapi tak diterima.
*nangis*
Seram bila dengar. Jadi, jangan cari alasan untuk taknak solat. Hang suka ke, hang tak suka ke, hang kena buat. Takmau jadi perangai macam spisis syaitan, maka solat la.
Hangpa takmau ka dating? Dating dengan Allah. Bukan semua orang merasa. Ada yang dapat peluan tapi tolak. Jadi kita yang ada peluang ni rebut la. Bila dah rasa keseronokkan solat tu, confirm akan jadi ketagih. Jom sama sama kita cuba.
No comments:
Post a Comment