Sunday, 14 December 2014

MASIH NAK JADI 'NILA' KE?

Berfikir panjang saya sebelum nak tulis isu ni. Cuba kamu tengok manusia manusia di sekeliling kamu. Cuba tengok!

Dan fikir.

Jahilnya manusia zaman sekarang ni lebih jahil daripada masyarakat zaman jahiliyah!

Tak percaya?

"Janganlah sesekali kamu terpedaya oleh kegiatan orang kafir (yang bergerak) di dalam negeri."
-Surah Al Imran, ayat 196.

"Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali."
- Surah Al Imran, ayat 197.

Dalam surah ketiga lagi Allah nak bagitau kita jangan ikut cara orang kafir.

Sebab apa?

Sebab mereka tu jauh menyimpang daripada ajaran dan syariat Islam yang sempurna.

Tapi apa yang masyarakat muslim kita lakukan pada hari ini?

Adakah...

Semua muslim solat?
Semua muslim puasa?
Semua muslim tutup aurat?
Semua muslim ikut syariat Islam?

Saya tak nafikan masih ada yang mengamalkan syariat Islam. Tapi berapa peratus?

Ya mukmin.

Pernah kamu berdialog dengan orang bukan Islam?

Kalau kamu pernah, adakah semua soalan mereka dapat kamu jawab?

Atau kamu terdiam dengan soalan yang dikaitkan dengan masalah muslim?

Pernah dengar........

Alaaa. Sibuk nak tarik orang masuk Islam. Pergi la penuhkan masjid dengan muslim dahulu!

Dakwah pada kami (non-muslim) tapi muslim pon ramai jee yang minum arak.

Kenapa tak boleh sentuh berlawanan jantina? Aku tengok Labu (bukan nama sebenar) tu relaks je pegang tangan dengan Kiah (bukan nama sebenar).

Buat apa pakai tudung ni? Kiah selamba je free hair. Cantik what.

Fuhhhh.

Kamu nampak dimana nilai Islam dimata penganut non-muslim?

Kamu nampak tak serendah mana kamu pijak agama kamu?

Kamu nampak tak sekeji apa perbuatan kamu?

Kamu tak sentap ke?

Ya Rabb, nau'zubillah.

Dah jelas Allah terangkan dalam Al Quran bahawa seorang yang bergelar muslim itu tak boleh ikut perangai orang kafir!

Tapi berapa ramai yang patuh perintah Allah tu?

Kita nisbahkan bagi yang akur perintah Allah tu ada tak sampai 10:1?

Apa yang syok sangat sampai nak ikut perangai orang kafir?

Arak?
Zina?
Campur lelaki perempuan?
Tak payah solat?
Tak payah puasa?
Takde aurat?
Clubbing?

Apa lagi? List kan.

Ya insan.

Kamu sedar tak segala "nikmat" tu cuma sementara? Kamu sedar tak itu semua kesesatan?

Kamu nampak tak ni?

Tak nampak kamu masih buta!

Tak nampak kamu masih jahil !

Disebabkan kejahilan kamu la Islam semakin lemah! Disebabkan kejahilan kamu la Islam dihina! Disebabkan kejahilan kamu la muslim itu diketawakan!

Kamu faham tak ni?

Sampai bila nak jahil? Sampai mati? Sampai hari ni?

Ke tak puas lagi nak jadi jahil? Tak puas lagi diketawakan? Tak puas lagi nak tinggalkan Tuhan?

Ketawakan orang lain jatuh longkang pandai. Diri tu jatuh dalam tipu daya syaitan takmau ketawa pulak?

Kesiankan la pada iman tu.

Jangan jadi zalim!

Jangan jadi hina!

Jangan jadi jahil !

Jangan fitnah agama sendiri !

Sayangkan la agama ni melebihi macam mana kita sayangkan harta dunia kita. Islam kita makin menyedihkan. Sama-sama kita bela. Moga Allah mencintai kita melebihi kecintaan kita pada dunia.

Jadikan dunia itu sedikit pada pandang mata kita. Sebab nikmat dan rahmat Allah hanya kekal cuma di jalanNya.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment