Monday, 15 December 2014

HATI DAH BERULAT

Pernah tak cakap.......

"Eeeee. Si Tipah tu tau la cantik. Dia saja je jalan depan kita. Nak tayang muka la tu."

"Alaaa. Pak Kassim tu wakafkan tanah dia di kampung kita untuk buat masjid. Saja nak tunjuk kaya."

"Anak si Kiah dan beli rumah baru. Mesti duit rasuah."

Dan macam macam lagi....

Astaghfirullahal'azim....

Kalau kamu pernah cakap macam ni maknanya hati kamu sedang sakit !

Atau mungkin dah berulat dan membusuk !

""Alangkah buruknya (perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan mengingkari apa yang telah diturunkan Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan kurniaanNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Kerana itulah mereka mendapat kemurkaan demi kemurkaan. Dan untuk orang kafir siksaan yang menghinakan."
- Surah Al Baqarah, ayat 90.

Kamu kena sedar 1 benda.

Rezeki itu milik Allah !

Apa-apa sahaja yang kamu miliki sekarang adalah rezeki yang Allah bagi pada kamu!

Apa-apa sahaja yang orang lain miliki adalah rezeki yang Allah bagi pada mereka!

Jangan sebab kamu tak ada apa yang orang lain ada, kamu jadi benci pada mereka.

Jangan sebab kamu tak ada apa yang orang lain ada, kamu fitnah mereka.

Itu hasad dengki namanya!

Allahuakbar.

Wahai manusia, ketahui la bahawa sesungguhnya rezeki setiap orang itu tak pernah tertukar.

Allah Maha Adil lagi Maha Pemurah.

Kalau kamu tak suka dengan apa yang orang lain melebihi dengan apa yang kamu ada, maknanya kamu seolah-olah menuduh Allah tidak adil !

Kalau kamu nak, doa la pada Allah.

Kalau kamu nak, minta la pada Allah.

Kalau kamu nak, usaha la untuk dapatkannya.

Kenapa nak hasad dengki dengan orang lain?

Kamu tak suka seseorang sebab.....

Dia lebih cantik?
Dia lebih pandai?
Dia lebih kaya?
Dia lebih disenangi?

Itu rezeki yang Allah bagi pada dia.

Kamu kena akur!

Sebenarnya, Allah tak bagi apa yang kamu mahukan tapi Allah bagi apa yang perlukan.

Ada sebab kenapa Allah tak bagi sesuatu kelebihan pada kita. Mungkin Dia simpan supaya kamu ni tak lupa bahawa kamu ada Tuhan.

Faham tak?

Yang paling dasyat bila kamu gembira orang yang kamu hasad dengki itu ditimpa musibah.

Laailahaillallah.

Kalau kamu ada rasa seperti itu, ketahui la hati kamu sedang sakit!

Kamu tak bersyukur!

Kamu ingkar pada rezeki Allah!

Apa yang Allah bagi pada kamu sekarang ni adalah cukup buat kamu. Apa yang Allah bagi pada kamu adalah yang terbaik untuk kamu.

Takkan kamu tak nampak lagi?

Manusia itu kalau ada perasaan hasad dengki, rezeki yang dia ada takkan pernah cukup!

Manusia itu kalau bersyukur, rezeki yang dia punya dia dapat rasakan apa yang dia ada melebihi dengan apa yang selayaknya dapat!

Allah dah aturkan rezeki setiap orang selayaknya dia terima.

Jadi kenapa perlu hasad dengki?

Kerana hasad dengki la manusia bermusuhan!

Kerana hasad dengki la manusia berbunuhan!

Kerana hasad dengki la fitnah dilemparkan!

Kerana hasad dengki la manusia menjadi kufur!

Kerana hasad dengki la manusia dicampakkan di neraka!

Kalau seketul daging tak di simpan dalam peti sejuk, dibiarkan dihinggapi lalat, lama lama pasti akan membusuk dan berulat.

Sama macam hati kita. Kalau dibiarkan dengan hasad dengki pada orang lain, lama lama akan membusuk dan mati.

Na'uzubillah.

Ayuh! Perbanyakkan istighfar dan belajar untuk bersyukur.

Rawat hati kita. Semoga Allah pelihara hati kita daripada sifat hasad dengki ini.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment